omniture

Ujian Mendengar dan Membaca TOEIC® Bakal Dikemas Kini

Educational Testing Service
2018-01-24 23:23 397

Pengemaskinian cerminkan perubahan penggunaan bahasa Inggeris di tempat kerja; tetapi tiada sebarang perubahan pada skala markah, kesukaran ujian, bilangan item ujian atau tempoh ujian

PRINCETON, New Jersey, 24 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Educational Testing Service (ETS), pencipta Program TOEIC®, mengumumkan pengemaskinian format soalan yang digunakan dalam ujian Mendengar dan Membaca TOEIC ® . Perubahan ini bakal dimulakan dengan pelaksanaan ujian awam pada April 2018.

Latar Belakang 

Ujian TOEIC kali pertama dilancarkan pada 1979 untuk mengukur kemahiran berbahasa Inggeris di tempat kerja global. Ujian ini kali terakhir disemak pada 2006. Format soalan yang dikemas kini bakal mencerminkan perubahan penggunaan bahasa Inggeris dan cara individu umumnya berkomunikasi dalam situasi sosial dan pekerjaan harian di seluruh dunia.

Soalan ujian yang dikemas kini ini kali pertama muncul dalam pelaksanaan ujian awam TOEIC yang diadakan di Jepun dan Korea pada 29 Mei 2016. Berikutan kejayaan pelancaran di Jepun dan Korea, soalan ujian yang dikemas kini itu bakal muncul dalam pelaksanaan ujian awam TOEIC bermula April 2018.

Kesan Pengemaskinian  

Dengan pengemaskinian ini, mutu dan kesukaran keseluruhan ujian Mendengar dan Membaca TOEIC kekal sama dan dengan demikian ujian ini akan terus menjadi penilaian yang adil, sah dan boleh dipercayai untuk bahasa Inggeris harian dan di tempat kerja. Tiada sebarang perubahan pada tahap kesukaran atau keseluruhan tempoh ujian. Tiada sebarang perubahan dalam pelaksanaan ujian. Laporan pemarkahan kekal tanpa perubahan kecuali pada satu penambahan iaitu Ukuran Keupayaan Mendengar: Memahami tujuan atau makna tersirat dalam frasa atau ayat yang dituturkan seseorang. Penambahan baharu Ukuran Keupayaan Mendengar tidak memberi kesan kepada markah keseluruhan calon. Markah kekal boleh dibanding merentasi semua pelaksanaan ujian.

Untuk maklumat lanjut tentang ujian Membaca dan Mendengar TOEIC, lawati https://www.ets.org/toeic.

Latar Belakang Ujian TOEIC ®
Selama lebih 35 tahun, program TOEIC telah menjadi piawai global bagi mengukur kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris di tempat kerja. Penilaian TOEIC, termasuk ujian Mendengar dan Membaca TOEIC ®, ujian Bertutur dan Menulis TOEIC ® dan ujian TOEIC Bridge™, dipercayai oleh lebih 14,000 organisasi di lebih 160 negara dan diiktiraf dengan meluas sebagai piawaian emas dalam penilaian bahasa Inggeris di tempat kerja. Untuk maklumat lanjut tentang program TOEIC, lawati www.toeicglobal.com.

Latar Belakang ETS
Di ETS, kami menawarkan mutu dan kesaksamaan dalam pendidikan untuk semua orang di seluruh dunia dengan mencipta penilaian berasaskan penyelidikan yang rapi. ETS melayani keperluan individu, institusi pendidikan dan agensi kerajaan dengan menyediakan penyelesaian tersuai untuk pensijilan guru, pembelajaran bahasa Inggeris, dan pendidikan rendah, menengah dan pascamenengah, serta dengan mengendalikan kajian penyelidikan, analisis dan dasar pendidikan. Diasaskan sebagai sebuah organisasi tidak berasaskan keuntungan pada 1947, ETS membangun, melaksana dan mencapai lebih 50 juta ujian setiap tahun — termasuk ujian TOEFL® dan TOEIC ®, ujian GRE ® dan penilaian The Praxis Series ® — di lebih 180 negara, dan lebih 10,000 lokasi di seluruh dunia. www.ets.org.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/562926/Educational_Testing_Service_Logo.jpg

Source: Educational Testing Service
Related Links:
Keywords: Education Not for profit