omniture

Tetamu hotel teruja dengan selipar boleh tersimpan secara automatik tajaan Nissan

Alami hospitaliti tradisional Jepun dengan teknologi luar jangka di ProPILOT Park Ryokan
Nissan Motor Co., Ltd.
2018-01-26 08:58 764

YOKOHAMA, Japan, 26 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Menggabungkan tahap terbaik hospitaliti tradisional dengan teknologi pemanduan berautonomi Nissan, rumah tumpangan Jepun menyediakan pelanggan dengan kemudahan luar biasa: selipar, meja dan kusyen lantai yang boleh tersimpan secara automatik.

Nissan ProPILOT Ryokan
Nissan ProPILOT Ryokan

Sekali pandang, ProPILOT Park Ryokan kelihatan sama seperti rumah tumpangan tradisi Jepun atau ryokan yang lain. Selipar bersusun kemas di ruang legar yang menjadi tempat para tetamu membuka alas kaki mereka. Bilik tatami dilengkapi dengan meja rendah dan kusyen lantai untuk duduk.

Apa yang menjadikan ryokan ini berbeza ialah selipar, meja dan kusyen telah dipasang dengan teknologi letak kereta berautonomi ProPILOT Park Nissan versi istimewa. Apabila tidak digunakan, ia akan kembali ke tempatnya secara automatik sebaik sahaja butang ditekan.

Kali pertama diperkenalkan dalam Nissan LEAF yang serba baharu di Jepun pada Oktober 2017, ProPILOT Park mengesan objek di sekitar dan membolehkan pemandu meletak kenderaan secara automatik di ruang letak kereta terpilih dengan menekan butang. Teknologi yang sama digunakan pada kemudahan yang disediakan di ProPILOT Park Ryokan apabila pertunjukan diadakan bagi menghiburkan tetamu dan untuk mengurangkan beban kerja staf.

Peluang alami pengalaman ProPILOT Park Ryokan

Nissan bakal menawarkan penginapan satu malam percuma di ProPILOT Park Ryokan, terletak di Hakone, Jepun, untuk sepasang pelancong yang bertuah. Bagi berpeluang memenangi tawaran ini, peserta mesti membuat hantaran di Twitter menggunakan tanda pagar #PPPRyokan dan #wanttostay antara 25 Januari hingga 10 Februari.

Pengunjung Galeri Ibu Pejabat Global Nissan di Yokohama juga boleh menikmati suasana ProPILOT Ryokan dan mencuba selipar tersimpan secara automatik sebenar ini di reruai pameran khas, dibuka dari 10 pagi hingga 8 malam dari 1-4 Februari. Galeri ini terletak di 1-1-1 Takashima, Nishi-ku, Yokohama.

Satu video ProPILOT Park Ryokan boleh ditonton di saluran YouTube Nissan: 
https://youtu.be/tazFfEP_NcY

Sila lawati laman rasmi ProPILOT Park Ryokan untuk maklumat lanjut.

Latar Belakang Nissan Motor Co., Ltd.

Nissan merupakan pembuat kenderaan rangkaian penuh global yang menjual lebih daripada 60 model di bawah jenama Nissan, INFINITI dan Datsun. Pada tahun fiskal 2016, syarikat ini berjaya menjual 5.63 juta kenderaan di seluruh dunia, menjana hasil 11.72 trilion yen. Pada tahun fiskal 2017, syarikat ini memulakan Nissan M.O.V.E. to 2022, pelan enam tahun yang menyasarkan 30% peningkatan hasil tahunan kepada 16.5 trilion yen pada akhir tahun kewangan 2022, berserta margin keuntungan operasi teras sebanyak 8% dan alir tunai bebas kumulatif sebanyak 2.5 trilion yen. Sebagai sebahagian daripada Nissan M.O.V.E. to 2022, syarikat ini merancang untuk meluaskan penguasaannya dalam kenderaan elektrik, bersimbolkan kenderaan elektrik sepenuhnya yang paling laris dalam sejarah dunia, iaitu Nissan LEAF. Ibu pejabat global Nissan di Yokohama, Jepun menguruskan operasi di enam rantau: Asia & Oseania; Afrika, Timur Tengah & India; China; Eropah; Amerika Latin; dan Amerika Utara. Nissan mempunyai tenaga kerja global sebanyak 247,500 dan menjalin usaha sama dengan pembuat kenderaan Perancis Renault sejak 1999. Pada 2016, Nissan mengambil alih 34% saham dalam Mitsubishi Motors. Renault-Nissan-Mitsubishi hari ini merupakan perkongsian automotif terbesar di dunia, dengan gabungan jualan tahunan lebih daripada 10 juta kenderaan.

Untuk maklumat lanjut tentang produk, perkhidmatan dan komitmen kami terhadap mobiliti mapan, sila lawati nissan-global.com. Anda juga boleh mengikuti kami di FacebookInstagramTwitter dan LinkedIn serta menonton semua video terkini kami di YouTube.

Perhubungan Media:

Koji Okuda
Timbalan Pengurus Besar
+81-(0)45-523-5552
koji-okuda@mail.nissan.co.jp

Nicholas Maxfield
+81-(0)45-523-5552
n-maxfield@mail.nissan.co.jp

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180125/2041057-1

Source: Nissan Motor Co., Ltd.
Keywords: Auto Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Hotels and Resorts Transportation Travel