omniture

iPoint Kuasai Kepimpinan Industri dalam Penilaian Kitar Hayat dan Perakaunan Kos Aliran Bahan

iPoint-systems gmbh
2018-01-27 00:01 417

REUTLINGEN, Jerman, 27 Januari 2018 /PRNewswire/ --

Syarikat Perisian berpangkalan di Reutlingen Perluas Portfolio Ekonomi Pusingan menerusi Penyelesaian LCA dan MFCA  

iPoint-systems meneruskan fasa pertumbuhannya. Sejak Disember 2017, ifu Institute for Environmental IT Hamburg menjadi subsidiari milik penuh iPoint Group. Syarikat perisian dan perundingan yang beribu pejabat di Reutlingen, Jerman, terus meluaskan portfolio penyelesaiannya dalam segmen penilaian kitar hayat dan perakaunan kos aliran bahan.

Institute for Environmental IT telah membantu syarikat-syarikat berusaha ke arah pengeluaran yang mampan sejak tahun 1992 bagi meningkatkan daya saing mereka. Syarikat yang berpangkalan di Hamburg ini menawarkan perisian dan perkhidmatan dalam bidang-bidang penilaian kitar hayat (LCA), pengurusan aliran bahan dan perakaunan kos aliran bahan (MFCA), kecekapan sumber dan tenaga, jejak karbon dan ekologi, selain produk mampan dan rantaian penciptaan nilai.

"Kami berasa gembira kerana berupaya membawakan penyelesaian ifu Institute for Environmental IT Hamburg yang terkemuka ke dalam syarikat kami," kata Jörg Walden, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif iPoint-systems gmbh. "Usaha peluasan portfolio penyelesaian iPoint ini merupakan satu langkah penting ke arah merealisasikan visi kami untuk membangunkan platform digital bersepadu demi Ekonomi Pusingan. ifu Institute for Environmental IT Hamburg turut menyediakan kepakaran silang-industri dan rangkaian pelanggan dan penyelidikan yang penting untuk iPoint Group."

Pengarah Urusan ifu, Jan Hedemann menekankan: "Kami bersama-sama mengimbau sejarah kejayaan kami sejak 40 tahun lalu menerusi penyelesaian yang meneraju pasaran. Pada masa depan, kami ingin terus membangunkannya bersama-sama demi pelanggan kami, juga dalam rangka kerja kerjasama penyelidikan yang terbukti berjaya."

iPoint dan ifu telahpun bekerjasama sejak tahun 2013 dalam projek kajian "MultiMaK," yang menyasarkan pembangunan reka bentuk dan instrumen penilaian untuk komponen automotif pembinaan ringan berbilang bahan yang dioptimumkan secara ekologi bagi tujuan pengeluaran secara besar-besaran. Projek "Live LCA", yang bermula pada tahun 2017, juga merupakan satu kerjasama dengan rakan-rakan kongsi yang lain daripada industri dan penyelidikan. Matlamatnya adalah untuk membangunkan penyelesaian perisian yang membolehkan syarikat-syarikat menggabungkan data penggunaan bahan dan tenaga yang tersedia bagi tujuan pengiraan langsung LCA dan MFCA, dan oleh yang demikian mengurangkan kos EPD (Deklarasi Produk Alam Sekitar) dan LCA sebanyak 90 peratus.

Latar Belakang iPoint

iPoint ialah penyedia utama perisian dan khidmat runding untuk pematuhan terhadap alam sekitar dan produk sosial, serta kemampanan. Lebih 50,000 syarikat di seluruh dunia bergantung pada iPoint untuk mengurus, menjejak, menganalisis dan melapor data dalam seluruh rangkaian penciptaan nilai. Perisian dan khidmat runding iPoint dapat membantu anda untuk memenuhi dan memastikan anda berada selangkah di hadapan berhubung peraturan dan keperluan seperti REACH, RoHS, WEEE, ELV, EHS, Bahan-bahan Konflik dan undang-undang berkaitan Perhambaan Moden, selain perkembangan trend lain dan cabaran-cabaran berkaitan produk, rantaian bekalan dan pengawasan perusahaan. Perspektif iPoint yang bersifat menyeluruh dan membulat memperlihatkan proses pengurusan kitar hayat sistem digital berterusan, yang menyokong bukan sekadar pematuhan terhadap undang-undang, tetapi juga kemampanan produk, rantaian nilai dan juga jenama. Untuk maklumat lanjut: http://www.ipoint-systems.com dan http://www.ifu.com

Maklumat perhubungan akhbar

Dr. Katie Boehme, iPoint-systems gmbh, Ketua Komunikasi Korporat & Perhubungan Awam

+49(0)7121-1-44-89-60, katie.boehme(at)ipoint-systems.com.

Source: iPoint-systems gmbh
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Internet Technology