omniture

Air China bakal lancar laluan penerbangan terus Beijing-Copenhagen

Air China
2018-01-29 08:56 511

BEIJING, 29 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Air China Limited (Air China) bakal memulakan penerbangan tanpa henti di antara Beijing dan Copenhagen mulai 30 Mei 2018. Sebaik sahaja laluan penerbangan baharu ini dilancarkan, penumpang bakal tiba dengan selesa dalam masa 10 jam di Negara bagaikan mimpi dongeng pari-pari Andersen.

Copenhagen ialah ibu negara Denmark, dan dipenuhi oleh kenaifan dongeng pari-pari dan pesona yang segar dan memukau. Sempena bermulanya "Tahun Pelancongan China-Denmark" secara rasmi, pelancong China berasa begitu teruja untuk melancong ke Denmark, dengan 260,000 pelancong melawat negara ini pada 2017. Berikutan pelancarannya, laluan penerbangan terus Beijing-Copenhagen bakal menjadi tambahan kukuh kepada laluan Beijing-Stockholm, meningkatkan lagi rangkaian laluan penerbangan Air China ke Eropah Utara. Sebaik sahaja laluan penerbangan ini dilancarkan, penumpang domestik bakal menikmati perjalanan di Eropah Utara dengan penerbangan ke dua destinasi, Copenhagen dan Stockholm. Penumpang dari Denmark dan Sweden juga bakal menikmati 144 jam transit percuma di Beijing apabila melancong ke negara ketiga.

Selama bertahun-tahun, Air China mtelah membangunkan rangkaian laluan penerbangan global dengan Beijing sebagai habnya. Rangkaian laluan penerbangan ini mencapah ke serata dunia, meliputi enam benua. Penambahan laluan penerbangan tanpa henti di antara Beijing dan Copenhagen ini ialah perkembangan terakhir strategi Air China untuk mengubah Beijing menjadi hab lapangan terbang yang memiliki capaian global sebenar, dan menambah baik liputan rangkaian di Eropah. Air China menawarkan pilihan laluan penerbangan paling banyak di antara China dan Eropah. Perkhidmatan baharu Beijing-Copenhagen bakal menjadikan bilangan keseluruhan laluan penerbangan kepada 27, dengan penawaran 300 penerbangan seminggu ke 20 destinasi utama Eropah, termasuk London, Paris, Frankfurt, Munich, Vienna, Rom, Moscow, Barcelona, Madrid, Zurich dan Stockholm, semuanya dengan pesawat berbadan besar.

Maklumat penerbangan:

Nombor laluan penerbangan Beijing-Copenhagen ialah CA877/8, dan menyediakan empat penerbangan seminggu, dijadualkan setiap Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad. Penerbangan keluar berlepas dari Beijing pada pukul 02:55 dan tiba di Copenhagen pada pukul 06:45; penerbangan masuk berlepas dari Copenhagen pada pukul 13:15 dan tiba di Beijing pada pukul 04:10 (semua waktu ialah waktu tempatan). Semua penerbangan menggunakan pesawat Airbus 330-200. Kelas perniagaan menawarkan tempat duduk mendatar sepenuhnya 180 darjah, dengan sistem hiburan peribadi sepanjang kabin, jadi anda boleh meluruskan badan dengan selesa atau menikmati hiburan yang ada, memberikan setiap penumpang ruang penerbangan peribadi yang lebih baik.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20170522/1857452-1LOGO

Source: Air China
Related Links:
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Travel New products/services