omniture

Pakar SBLC/Pembiayaan Perdagangan, Bachmann & Welser tandatangan Memorandum Persefahaman ("MoU") dengan Blend Financial Services Limited

Bachmann & Welser Capital Ltd
2018-01-29 09:36 306

EDINBURGH, Scotland, 29 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Bachmann & Welser Capital Ltd ("Bachmann & Welser"), pakar dalam Surat Kredit Tunggu Sedia (SBLC), Pembiayaan Perdagangan dan Instrumen Perbankan lain, sukacita mengumumkan bahawa ia telah menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Blend Financial Services Ltd ("Blend"), sebuah syarikat India yang ditubuhkan dalam tahun 1997 dengan tumpuan kepada khidmat nasihat Pembiayaan Perdagangan, Korporat dan Kewangan dan pendanaan projek. Blend mempunyai pejabat di Dubai, UK, Singapura, Kenya, USA dan India.

  • MoU ditandatangani dengan Pakar Pembiayaan Perdagangan, Blend Financial Services Ltd
  • Bachmann & Welser dan Blend akan bekerjasama menyediakan penyelesaian pendanaan kepada pelanggan seluruh dunia
  • Bachmann & Welser akan mengembangkan operasi ke Amerika Selatan dan Asia Tenggara
  • Perjanjian ini sah untuk setahun

Di bawah perjanjian MoU ini, Bachmann & Welser akan, untuk tempoh setahun, bekerjasama dengan Blend untuk meneroka pilihan pembiayaan bagi transaksi perdagangan. Kedua-dua pihak percaya terdapat beberapa peluang yang boleh diteroka dalam pembiayaan Perdagangan.

Edward Bachmann, Ketua Pegawai Eksekutif Bachmann & Welser mengulas: "Kami gembira untuk mengumumkan MoU dengan Blend Financial Services Ltd ini dan kami berharap untuk bekerja dengan mereka dalam mewujudkan kehadiran kukuh di India dan lebih jauh lagi. Blend ialah pemain utama dalam arena Pembiayaan Perdagangan Asia dengan perkongsian bersama penggiat-penggiat utama."

"Gabungan pengalaman kami dalam industri Pembiayaan Perdagangan meletakkan kami di kedudukan yang baik untuk mewujudkan penyelesaian inovatif, andal dan selamat untuk pelanggan kami terutamanya mereka yang berada dalam pasaran baru muncul. Kepakaran pasukan kami, yang dikumpul dalam tempoh bertahun-tahun, merupakan elemen penting dalam menarik dan mendapatkan kerjasama dengan rakan kongsi berkualiti seperti Blend."

Latar Belakang Bachmann & Welser Capital 

Bachmann & Welser Capital Ltd ialah Pakar Surat Kredit Tunggu Sedia dan Pembiayaan Perdagangan berpusat di United Kingdom yang ditubuhkan oleh mantan Pembiaya dan Jurubank Pelaburan Bandar Raya London. Melalui perkongsiannya di seluruh dunia, syarikat berupaya menyediakan penyelesaian kewangan unik untuk para pelanggannya.

Untuk Maklumat Lanjut: Sila lawati http://www.bachmannwelser.com. Atau, anda boleh menelefon +44(0) 131-357-0361.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Sarah Atkins
Pegawai Hubungan Media
Sarah.Atkins@bachmannwelser.com

Sumber: Bachmann & Welser Capital Ltd

Source: Bachmann & Welser Capital Ltd
Keywords: Banking/Financial Service Corporate Expansion