omniture

mobiquity(R) Money Mahindra Comviva Terima Dua Pencalonan untuk Anugerah GSMA GLOMO 2018

Mahindra Comviva
2018-01-31 11:48 590

NEW DELHI, 31 Januari 2018 /PRNewswire/ --

  • Dicalonkan bersama Airtel Tanzania bagi perkhidmatan Airtel Money di Tanzania 
  • Dicalonkan bersama Cassava Fintech (Econet Wireless Zimbabwe) bagi perkhidmatan EcoCash Savings Club di Zimbabwe    

Mahindra Comviva, pemimpin terkemuka dalam penyediaan penyelesaian mudah alih, menerima pencalonan dalam dua kategori di Anugerah Mudah Alih Global 2018 yang berprestij. Pencalonan ini diterima dalam kategori 'Inovasi Mudah Alih Terbaik untuk Pembayaran' dan 'Inovasi Mudah Alih Terbaik untuk Wanita dalam Pasaran Baru Muncul'. Pemenangnya akan diumumkan pada GSMA MWC, Barcelona dijadualkan pada 26 Februari - 1 Mac.

generated by system

Pencalonan dalam 'Inovasi Mudah Alih Terbaik untuk Pembayaran' diterima bagi Airtel Money Tanzania, dikuasakan oleh Comviva's  mobiquity® Money. Dilancarkan pada 2009, Airtel Money di Tanzania bukan lagi sekadar pemindahan P2P ringkas, recaj, dan pembayaran bil, ia kini merupakan suatu penyumbang ekosistem pinjaman mikro, pembayaran transit, pembayaran pedagang, insurans tanaman, pembayaran rentas sempadan dan kumpulan simpanan, yang membantu Tanzania beralih daripada masyarakat yang sangat bergantung kepada tunai kepada masyarakat yang terangkum secara digital.

Pencalonan dalam 'Inovasi Mudah Alih Terbaik untuk Wanita dalam Pasaran Baru Muncul' dibuat bagi EcoCash Savings Club yang dikuasakan oleh mobiquity® Money. Dilancarkan pada Mei 2015, EcoCash Savings Club mendigitkan kelab simpanan yang tidak rasmi di Zimbabwe, dipanggil 'Mukando' atau 'Maround,' menyediakan platform yang inklusif, selamat, telus dan mudah untuk wanita Zimbabwe mengumpulkan wang mereka dan menggunakannya ketika kecemasan.

Manoranjan Mohapatra, Ketua Pegawai Eksekutif, Mahindra Comviva berkata, "Kami sangat gembira menerima pencalonan untuk Anugerah GLOMO 2018 kerana ia mengesahkan keupayaan kami untuk melakukan inovasi dan berhadapan keadaan mencabar di mana-mana tempat di dunia. Kami percaya persilangan antara perniagaan dan teknologi membuka banyak peluang baharu untuk transformasi digital, selain menyumbang kepada masyarakat. Kami sangat gembira kerana mobiquity® Money kami mendahului yang lain dalam usaha pendigitan masyarakat dan memberi kesan dalam hidup jutaan orang."

"GLOMO menawarkan peluang kepada pertubuhan dan individu di serata dunia untuk mempamerkan cara teknologi mudah alih terus memberi ilham kepada kepintaran, inovasi dan pencapaian tahap baharu," kata Michael O'Hara, Ketua Pegawai Pemasaran, GSMA. "Sama kebiasaan, kaliber penyertaan sangat tinggi, jadi disenarai pendek untuk GLOMO hari ini merupakan satu pencapaian tersendiri. Kami mengucapkan selamat berjaya kepada semua calon dan tertunggu-tunggu saat pemenang diumumkan pada Kongres Mudah Alih Dunia bulan hadapan."

Perhubungan Media:
Sundeep Mehta
pr@mahindracomviva.com

 

Source: Mahindra Comviva
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Awards