NEW YORK, 1 Februari 2018 /PRNewswire/ -- DoubleVerify, penyedia bebas yang terkemuka bagi perisian dan analitik pengukuran media digital, mengumumkan pembukaan pejabat baharunya di Singapura, bagi tujuan mempercepatkan kemajuan syarikat di seluruh rantau Asia-Pasifik. Bersempena dengan pembukaan pejabat tersebut, Jordan Khoo dilantik sebagai Pengarah Urusan, APAC, bagi memimpin operasi yang diperluas di seluruh rantau tersebut. Inisiatif-inisiatif ini mengesahkan kemajuan terkini DoubleVerify dalam menggalakkan kualiti media digital dan keselamatan jenama pada peringkat antarabangsa.
"Usaha peluasan DoubleVerify di Asia ialah langkah seterusnya yang dijangkakan untuk syarikat kami," kata Wayne Gattinella, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif. "Kami komited untuk menyediakan penyelesaian lancar yang dapat melindungi keselamatan jenama dan integriti media milik pelanggan kami di seluruh dunia. Saya berasa teruja untuk mengalu-alukan Jordan Khoo, yang mempunyai pengalaman dalam industri dan pengetahuan tentang pasaran agar dapat segera menyumbang kepada pertumbuhan Asia-Pasifik kami."
Khoo menyertai DoubleVerify dengan pengalaman selama hampir dua dekad dalam pemasaran digital dan pembangunan perniagaan di seluruh rantau Asia-Pasifik. Terdahulu, Khoo menyandang jawatan sebagai Naib Presiden-APAC untuk Sizmek/MediaMind sejak 11 tahun lalu. Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, beliau membantu menjalin dan meluaskan hubungan yang mantap bersama jenama-jenama, agensi-agensi dan platform-platform media digital di seluruh rantau berkenaan.
"Lanskap media masa kini menjadikan keselamatan jenama dan penipuan iklan digital sebagai suatu isu yang amat mendapat perhatian di seluruh dunia," kata Khoo. "Saya berharap dapat menyokong pelanggan dan rakan kongsi kami di rantau tersebut bagi memacu pulangan pelaburan (ROI) yang lebih baik daripada pelaburan media digital mereka dan melindungi integriti jenama mereka."
Latar Belakang DoubleVerify
DoubleVerify ialah penyedia bebas yang terkemuka bagi perisian, data dan analitik pengukuran pemasaran yang mengesahkan kualiti dan juga keberkesanan media digital untuk jenama-jenama dan platform media yang terbesar di dunia. DV memberikan ketelusan dan kebertanggungjawapan media bagi menyediakan tahap kualiti impresi tertinggi demi prestasi pengiklanan yang maksimum. Sejak tahun 2008, DV membantu beratus-ratus syarikat Fortune 500 mendapatkan yang terbaik daripada perbelanjaan media mereka dengan menyediakan penyelesaian yang terbaik dalam kategori dalam ekosistem digital yang dapat membantu membangunkan industri yang lebih baik. Ketahui lebih lanjut di doubleverify.com.
Perhubungan Akhbar
Susan Zemlyakova
212-631-2022
susan.zemlyakova@doubleverify.com