![]() |
Omics International capai 50 juta pangkalan pembaca
LONDON, dan SINGAPURA, 1 Februari 2018 /PRNewswire/ -- Dr. Srinubabu Gedela, Ketua Pegawai Eksekutif OMICS International mengatakan Penerbitan ilmiah akses terbuka kini menghapuskan halangan bahasa. Penyelidikan ilmiah yang diterbitkan dalam jurnal akses terbuka boleh diterjemahkan dalam pelbagai bahasa tanpa terikat dengan undang-undang hak cipta. Jika kandungan ilmiah ini diterjemahkan ke pelbagai bahasa serantau dan global, hasil penyelidikan ilmiah akan sampai kepada golongan memerlukan di dunia. Kini, sesetengah kerajaan mementingkan penterjemahan kandungan ilmiah dalam bahasa serantau mereka.
Kandungan ilmiah percuma penting bagi masyarakat, kerana ia memperkasa perkembangan ekonomi, warisan dan kebudayaan. Karya ilmiah percuma membasmi dominasi dan menghapuskan ketidakadilan ekonomi antara golongan miskin dan kaya. "Industri penerbitan akses terbuka masih lagi berusaha untuk membuat improvisasi bagi menyediakan capaian di tempat paling terpencil di dunia kepada maklumat ilmiah dengan kos berkesan, mampu milik dan percuma," Dr. Gedela menambah.
Memberi komen tentang perkembangan terbaru berkenaan berita palsu dan blog palsu, Dr. Srinubabu Gedela menyebut, "Berita palsu dan beberapa blog palsu memberi kesan pada reputasi jurnal akses Terbuka, kerana semua itu diada-adakan oleh pihak yang bersalah. Para penulis blog palsu ini menutup blog mereka setelah mendapat bayaran yang diingini daripada penerbit akses berbayar atau mereka membuat keuntungan peribadi. Sebilangan kecil penerbit akses berbayar memperniagakan kandungan ilmiah kepada komuniti ilmiah dan menguruskan mafia akademik dengan sokongan daripada agensi perdagangan. Bagaimanapun, aliran kini berubah, para sarjana mula menyokong akses terbuka dan lebih berminat menerbitkan kajian dalam jurnal akses terbuka.
Kini jurnal akses Terbuka terkemuka sudah memperoleh momentum. "Ia petanda yang baik," Dr. Gedela menambah. Sokongan daripada masyarakat terpelajar termasuk persatuan akademik, badan kerajaan, dan semua ahli komuniti ilmiah yang lain mencurah-curah datang selepas menyedari kesan jangka panjang penerbitan akses digital Terbuka.
OMICS International dengan lebih 3000 pekerjanya merupakan perintis dalam penyebaran maklumat ilmiah dan penjagaan kesihatan serta meraikan kemenangan besar penerbitan akses Terbuka. Dengan bantuan lebih 50,000 saintis yang berkelayakan sebagai ahli lembaga pengarang OMICS Antarabangsa mampu berkembang daripada 10 jurnal pada 2009 kepada lebih 1000 jurnal berwasit pada 2017 dengan peningkatan pangkalan pembaca seramai 50 juta. OMICS Group juga mengendalikan lebih 3000 pertemuan ilmiah dan perubatan secara kerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa.
Hubungi: contact.omics@omicsonline.org ; 650-268-9744
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/431540/OMICS_International_Logo.jpg