omniture

Pelabur Baharu untuk FileWave

FileWave
2018-02-02 14:36 393

Armira bakal bantu sokong FileWave melalui fasa pertumbuhan

WIL, Switzerland, 2 Februari 2018 /PRNewswire/ -- Pihak pemegang saham FileWave International Holding AG, Switzerland bersetuju menjual kepentingan majoriti dalam FileWave kepada syarikat pemegangan perindustrian yang berpangkalan di Munich, Armira. Kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak mendedahkan sebarang butiran mengenai urus niaga berkenaan.

"Kami berasa teruja dengan peluang untuk mempercepatkan pertumbuhan dan inovasi kami melalui pelaburan yang strategik terhadap manusia dan teknologi," kata Nurdan Eris, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas FileWave. "Dengan memperoleh pelabur baharu, kini kami mendapat akses kepada himpunan kepakaran dan sumber yang lebih besar untuk melabur dalam platform kami, meluaskan pasaran kami dan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami."

Ditubuhkan pada tahun 1992, FileWave membolehkan beratus-ratus organisasi mengurus perubahan yang semakin pesat berlaku terhadap teknologi komputer dan mudah alih melalui penyelesaian pengurusan titik akhir tunggal dan boleh diskala untuk semua peranti macOS, Windows, Android, Chrome OS dan iOS.

Armira menyertai FileWave sebagai pelabur ketika sedang mencapai pertumbuhan pelanggan dan momentum pasaran yang kukuh di Amerika Utara dan Eropah. Nurdan Eris, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, serta John Clayton, Ketua Pegawai Teknologi, terus memimpin pengurusan FileWave.

Latar Belakang FileWave
Ditubuhkan pada tahun 1992, FileWave menyediakan institusi perusahaan, pendidikan dan kerajaan serata dunia dengan perisian pengurusan titik akhir pelbagai platform untuk seluruh kitar hayat IT. FileWave meningkatkan produktiviti dalam jabatan-jabatan IT yang terbeban dengan menyingkirkan "ulangan kemasukan data" ("swivel chair") dalam penyelesaian platform tunggal, memudahkan proses-proses rumit melalui antara muka yang intuitif dan pengautomatan pintar. Penyelesaian yang komprehensif ini menyokong fungsi komputer meja dan peranti mudah alih merentasi macOS, Windows, iOS, Chrome OS dan Android.

FileWave mempunyai pejabat-pejabat di AS dan Eropah. FileWave (USA) Inc. dan FileWave (Europe) GmbH Switzerland ialah subsidiari milik penuh Syarikat.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari https://www.filewave.com/.

Latar Belakang Armira
Armira ialah sebuah syarikat pemegangan perindustrian yang menumpu pada pelaburan ekuiti langsung dalam perniagaan-perniagaan milik persendirian yang bersaiz kecil dan sederhana di Jerman, Switzerland dan Austria.

Maklumat Perhubungan
Jason Noel
FileWave
(888) 345-3928
pr@filewave.com

 

Source: FileWave
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Data Analytics