omniture

Quess Corp Perkukuh Platform Perkhidmatan Melalui Dua Pemerolehan Penting untuk Beli Perniagaan Monster Seluruh India, Asia Tenggara & Timur Tengah serta Care Business daripada HCL Services

Quess Corp
2018-02-02 18:11 700

BENGALURU, India, 2 Februari 2018 /PRNewswire/ --

Quess Corp, penyedia perkhidmatan perniagaan bersepadu yang terkemuka di India, hari ini mengumumkan ia telah menandatangani perjanjian muktamad untuk membeli:

  • Monster India dan perniagaan-perniagaannya di Asia Tenggara serta Timur Tengah ("Monster") daripada Monster Worldwide Inc.
  • Care Business HCL Services ("Care Business") daripada HCL Infosystems

Urus niaga-urus niaga ini dijangka selesai beberapa minggu akan datang, tertakluk kepada pemenuhan syarat-syarat penutupan biasa dan memerlukan kelulusan undang-undang.

Monster, sumber kerjaya dan pengambilan pekerja dalam talian terkemuka yang mempunyai teknologi canggih, menyediakan profil-profil yang relevan kepada majikan dan pekerjaan-pekerjaan yang juga relevan kepada para pencari pekerjaan mengikut vertikal industri, tahap pengalaman dan kawasan. Monster, jenama internet terkemuka yang telah bertapak selama lebih 20 tahun, menyediakan keupayaan pencarian pekerjaan, pengurusan kerjaya, perekrutan dan pengurusan bakat yang paling luas dan paling sofistikated di dunia. Perniagaan yang diperoleh beroperasi di sekitar India, Singapura, Malaysia, Filipina, Hong Kong, Vietnam, Thailand, Indonesia, UAE dan Kerajaan Arab Saudi. Dengan hampir 65 juta pengguna berdaftar, lebih 80 juta resume dan kira-kira 800,000 pendaftaran baharu setiap bulan, syarikat merupakan antara peneraju pasaran dalam segmen perekrutan dalam talian yang mencakupi setiap lokasi operasinya.

Care Business daripada HCL Services ialah salah satu penyedia perkhidmatan selepas jualan yang utama untuk kategori-kategori produk seperti telefon bimbit, barangan elektronik pengguna & barangan tahan lama pengguna dalam segmen pengurusan kitar hayat pelanggan. Ia mempunyai jaringan perkhidmatan yang luas di seluruh negara dan menyediakan perkhidmatan sokongan hujung-ke-hujung dengan lebih 80 pusat temuduga jumpa terus serta lebih 200 penyedia perkhidmatan berdaftar. Ia menjalin hubungan kukuh dengan pembuat-pembuat telefon pintar yang terkemuka dan syarikat-syarikat barangan tahan lama pengguna dengan lebih 2 juta pembaikan dibuat setiap tahun.

En. Ajit Isaac, Pengerusi dan Pengarah Urusan Quess Corp, berkata, "Kami berasa teruja untuk mengumumkan dua pemerolehan penting: Perniagaan-perniagaan Monster di India, Asia Tenggara & Timur Tengah, serta Care Business daripada HCL Services. Pemerolehan Monster selari dengan 'Strategi Pengutamaan Digital untuk Perniagaan' kami dan merupakan satu pelaburan strategik dalam hala tuju tersebut manakala pemerolehan Care Business memperlihatkan penembusan kami dalam pasaran rosak-baiki yang mengalami pertumbuhan tinggi untuk telefon pintar, barangan elektronik pengguna dan juga barangan tahan lama pengguna yang berada di Pan India. Meskipun pemerolehan Monster melengkapi kehadiran utama Quess dalam pasaran bagi segmen perkhidmatan HR dengan menyediakan tawaran hujung-ke-hujung mencakupi bidang Pengurusan Kitar Hayat Kakitangan, pemerolehan Care Business akan mengukuhkan keupayaan perkhidmatan kami dalam bidang Pengurusan Kitar Hayat Pelanggan. Kedua-dua pelaburan ini merupakan falsafah tipikal kami untuk menyokong pasukan pengurusan yang mantap dan menyediakan posisi tetap dalam Quess, di samping mencipta nilai jangka panjang untuk pemegang saham dan pelanggan kami." 

En. Robert Gibney, Ketua Pegawai Kewangan, Monster Worldwide, berkata, "Kami bertuah kerana menemui rakan kongsi dalam Quess yang akan menyediakan rantau APAC dengan keutamaan strategik bagi memacu hasil yang menggalakkan untuk pencari pekerjaan dan majikan menerusi jenama Monster. Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada rakan sejawat kami Sanjay dan pasukannya dalam usaha mengembangkan perniagaan, manakala kami menumpu pada usaha-usaha di Amerika Utara dan juga Eropah."

En. Sanjay Modi, Pengarah Urusan, Monster.com (APAC & Teluk), berkata, "Ini benar-benar satu pencapaian penting buat kami. Ia memberi peluang kepada Monster (di APAC & Teluk) untuk menghubungkan lebih ramai orang dengan lebih banyak pekerjaan. Tatkala kami melangkah ke Tahun Baharu, kami lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk memberi lebih nilai kepada pencari kerja individu dan majikan melalui penggunaan teknologi dan platform terbaik kami. Kehadiran utama Quess dalam pasaran akan membantu meningkatkan keupayaan kami untuk membangunkan dan melaksanakan platform teknologi yang baharu dan inovatif demi memperoleh kelebihan dalam persaingan, dan seterusnya menjadi peneraju pasaran dalam setiap kawasan operasi kami."

En. Premkumar Seshadri, Naib Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan, HCL Infosystems, berkata, "Kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa kami telah menandatangani perjanjian muktamad dengan Quess Corp berhubung penjualan Care Business daripada HCL Services. Sejak dua dekad lalu, HCL telah membina perniagaan mantap bagi memenuhi permintaan pasaran perkhidmatan pembaikan telefon bimbit. Kami mengembangkan Care Business menjadi rakan kongsi pilihan untuk jenama-jenama terkemuka dan percaya bahawa pertumbuhan pesat dalam pasaran memerlukan tumpuan dan jangkauan yang signifikan, yang dapat disumbangkan oleh Quess. Kami yakin perniagaan ini akan mencapai kejayaan lebih hebat bersama Quess."

Latar Belakang Quess Corp 

Untuk butiran lanjut tentang Quess Corp Ltd., sila layari: http://www.quesscorp.com.

Latar Belakang APAC & Teluk

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Monster di APAC & Teluk, layari: http://www.monsterindia.com | http://www.monstergulf.com | http://www.monster.com.sg | http://www.monster.com.my | http://www.monster.com.ph | http://www.monster.com.hk

Latar Belakang Care Business (Sebahagian daripada HCL Services Ltd.) 

Untuk butiran lanjut sila layari: http://www.hclcare.in/

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Maklumat Perhubungan Pelabur /Penganalisis:
Sangram Keshari Mallick
Perhubungan Pelabur
sangram.mallick@quesscorp.com
+91-80-61056417    

Perhubungan Media:
Vinay Rao
Ketua - Pemasaran & Komunikasi
vinay.rao@quesscorp.com
+91-80-61056418

Source: Quess Corp
Keywords: Banking/Financial Service Internet Technology Workforce Management/Human Resources Acquisitions, mergers, takeovers