omniture

Panduan ZTE untuk Perolehan Keuntungan Bersih 293% Sepanjang Tahun 2017

ZTE Corporation
2018-02-05 08:10 490

Ramal jumlah keuntungan bersih sebanyak RMB 4.55 bilion sepanjang tahun

SHENZHEN, China, 5 Februari 2018 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia antarabangsa yang utama bagi penyelesaian teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna untuk Internet Mudah Alih, menerbitkan panduan peningkatan keuntungan bersih sebanyak 293% sepanjang tahun 2017 berakhir pada 31 Disember 2017, diperkukuh oleh pertumbuhan dalam rangkaian pembawa syarikat dan juga perniagaan pengguna.

Menurut syarikat, pendapatan operasi adalah sebanyak RMB 108.82 bilion, 7.49% lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya. Keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham biasa bagi syarikat yang tersenarai sepanjang tahun 2017 ialah RMB 4.55 billion, meningkat 293% berdasarkan penyata kewangan awal yang diterbitkan oleh ZTE hari ini.

Pada tahun 2017, dengan memanfaatkan pelaburan berterusan dalam rangkaian telekomunikasi oleh pengendali global dan peluasan dalam perniagaan pengguna serta pasaran perusahaan-kerajaan, pendapatan operasi syarikat daripada rangkaian pembawa, perniagaan pengguna dan perniagaan perusahaan-kerajaan mencapai pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun 2017, syarikat mengukuhkan aliran tunai dan pengurusan kutipan hasil jualannya. Aliran tunai bersih syarikat daripada aktiviti-aktiviti operasi bagi tahun 2017 adalah kira-kira RMB 6.78 bilion, iaitu sekitar 28.88% pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya. Tidak termasuk kesan bayaran penalti yang dikenakan oleh pihak berkuasa kerajaan A.S., aliran tunai bersih syarikat daripada aktiviti-aktiviti operasi adalah sebanyak RMB 12.44 bilion, memperlihatkan peningkatan kira-kira 136.58% berbanding tahun sebelumnya.

Pada tahun 2017 juga, syarikat menumpu pada pasaran pembawa utama dan pelanggan bernilai bersih tinggi, serta meneruskan strategi perniagaan yang proaktif namun berhati-hati, dan pada masa yang sama turut meninjau peluang-peluang baharu untuk mencapai pertumbuhan. Sementara itu, ia bergiat aktif dalam pembinaan rangkaian global dan evolusi teknologi. Dengan memanfaatkan himpunan daya saing teknologi dan produk selama bertahun-tahun, syarikat merebut peluang yang muncul hasil perubahan dalam lanskap pasaran global dan revolusi teknologi demi meningkatkan kedudukan pasaran globalnya secara beransur-ansur.

Latar Belakang ZTE

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited menyediakan pengguna dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), produk dan perkhidmatan ZTE dijual kepada lebih 500 pengendali di lebih 160 negara. ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada hasil tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi penetap standard antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan merupakan ahli UN Global Compact. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zte.com.cn.

Perhubungan Media:
Margaret Ma                                                       
ZTE Corporation                                                 
Tel: +86 755 26775189                                      
Emel: ma.gaili@zte.com.cn

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Earnings