omniture

Hawker Pacific Terus Capai Pertumbuhan Penerbangan Perniagaan Mantap di Asia Pasifik

Hawker Pacific
2018-02-05 08:13 590
  • Pertumbuhan 33% Hawker Pacific berbanding tahun sebelumnya dalam penerbangan perniagaan dan MRO 
  • Hawker Pacific ambil bahagian sebagai delegasi perniagaan berprestij untuk acara penerbangan unggul Asia  

SINGAPURA, 5 February 2018 /PRNewswire/ -- Hawker Pacific, penyedia penyelesaian penerbangan yang terkemuka di Asia, Pasifik dan Timur Tengah, dengan bangganya menyokong pertumbuhan luar biasa segmen penerbangan perniagaan di rantau Asia dengan mengambil bahagian dalam Singapore Airshow. Mengadakan pameran dalam acara dwitahunan sejak ditubuhkan pada tahun 2008 itu, Hawker Pacific berbangga dapat menjadi sebahagian daripada pertumbuhan di rantau ini.

"Selama lebih 40 tahun, Hawker Pacific telah berkhidmat untuk rantau ini daripada pangkalan Singapura kami. Kami akan berada di acara pertunjukan udara tersebut bagi berkongsi kepakaran dan pengalaman luas kami dalam MRO, Jualan Pesawat, Perkhidmatan Armada, Misi Khas dan Alat-alat Ganti bersama pelanggan baharu dan rakan kongsi sedia ada," kata En. Alan Smith, Ketua Pegawai Eksekutif, Hawker Pacific.

Singapore Airshow 2018 di Pusat Pameran Changi berlangsung mulai 6 - 11 Februari 2018. Chalet Hawker Pacific akan berada di CD43.

Melalui jaringan kemudahan sokongan mereka yang terletak secara strategik di Australia, Singapura, Malaysia, Filipina, China dan Emiriah Arab Bersatu, Hawker Pacific berada dalam kedudukan yang tepat untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada pasaran penerbangan yang berkembang pesat.

Singapura dipandang tinggi sebagai hab penerbangan perniagaan utama di Asia dan amat disegani menerusi aktiviti-aktiviti penyelenggaraan berat dan MROnya. Dianggarkan bahawa perbelanjaan MRO daripada rantau ini termasuk syarikat penerbangan komersial menyumbang kira-kira 30% daripada perbelanjaan tahunan global.

Hawker Pacific Singapore, mengalami pertumbuhan tinggi berbanding tahun sebelumnya dalam penerbangan perniagaan dan MRO. Industri aeroangkasa Singapura menyaksikan purata pertumbuhan nilai tambah sebanyak tujuh peratus sejak 20 tahun lalu.1

Bertapak kukuh di Singapura sejak tahun 1970-an, Hawker Pacific menaik taraf kemudahannya pada tahun 2012 bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada pelanggan di rantau ini.

Hangar dan kompleks pejabat seluas 9,400m2 yang dibangunkan khas di Taman Aeroangkasa Seletar menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO), penaiktarafan, pengubahsuaian dan penambahbaikan, termasuk kedai cat mesra alam yang berupaya berkhidmat sehingga untuk pesawat Falcon 8X, Global Express mahupun Gulfstream. Kemudahan ini turut menawarkan pelbagai perkhidmatan sokongan termasuk jualan pesawat, pengurusan pesawat, FBO dan perkhidmatan pengendalian pesawat.

"Hawker Pacific menjadi peneraju bagi perkhidmatan penyelenggaraan dan sokongan terkini di Asia dan Australasia. Tatkala permintaan meningkat, cabaran turut bertambah. Sebagai pilihan dipercayai oleh segmen penerbangan, Hawker Pacific sentiasa menyediakan penyelesaian yang berkualiti, inovatif dan tersuai bagi memenuhi pelbagai permintaan pelanggan kami – individu memiliki kekayaan bersih yang tinggi, syarikat dan juga kerajaan," simpul En. Alan Smith. "Kami juga merupakan pintu masuk untuk syarikat-syarikat Amerika Utara dan Eropah yang ingin meneroka rantau yang menyediakan peluang yang besar ini."

Nota untuk Editor:

Hawker Pacific ialah peneraju pasaran bagi sokongan jualan dan produk aeroangkasa awam dan tentera bersepadu di Asia Pasifik dan Timur Tengah. Ia mengendalikan perniagaan-perniagaan yang bertapak kukuh di Australia, New Zealand, Singapura, Malaysia, Filipina, China dan Emiriah Arab Bersatu. Ia menyokong pelbagai pesawat bersayap tetap dan helikopter untuk pengendali korporat, carter, pertahanan dan misi khas.

Untuk maklumat lanjut, layari www.hawkerpacific.com

Untuk pertanyaan media dan imej-imej beresolusi tinggi, sila hubungi:

En. Blake Irwin
Pengurus Kanan Pemasaran
T: +61 2 9708 8560
M: +61 466 564 025
E: blake.irwin@hawkerpacific.com

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180131/2045517-1LOGO

Source: Hawker Pacific
Keywords: Aerospace/Defense Banking/Financial Service Transportation Trade show news Future Events