omniture

Berlinger Special AG: Piawaian Keselamatan Seragam untuk Kit Kawalan Dadah

Berlinger Special AG
2018-02-05 09:08 461

GANTERSCHWIL, Switzerland, 5 Februari 2018 /PRNewswire/ -- BEREG-KIT yang menjadi pilihan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) boleh digunakan untuk sepanjang acara Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 akan datang di PyeongChang. Pengeluarnya, Berlinger Special AG turut menambah ciri-ciri keselamatan baharu kepada produk tersebut bagi membolehkan pengenalpastian yang jelas sekiranya terdapat sebarang kit palsu. Selain itu, Berlinger Special AG akan membekalkan hanya versi BEREG-KIT "Olimpik" baharu ini yang mempunyai ciri-ciri antipemalsuan tambahan kepada organisasi-organisasi kawalan dadah dan persekutuan sukan yang lain mulai saat ini. Dengan itu, sekiranya kit-kit ini digunakan secara berterusan bagi tujuan berkenaan, satu produk seragam yang baharu kini dapat digunakan untuk semua kawalan dadah.

generated by system

generated by system

IOC memutuskan untuk tidak menggunakan "BEREG-KIT Geneva", sebaliknya menggunakan versi terdahulu, "BEREG-KIT", yang dibekalkan sehingga pertengahan September 2017, untuk aktiviti-aktiviti kawalan dadah sempena Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 yang bakal diadakan di PyeongChang, Korea Selatan. Ini kerana kedua-dua pihak IOC dan Agensi Antidadah Dunia (WADA) mendapati terdapat risiko dalam prosedur pengendalian ketika menutup bekas BEREG-KIT Geneva.

Berlinger Special AG mengambil kira sepenuhnya keputusan IOC dan saranan WADA yang berkaitan, dan kini menumpu sepenuhnya untuk mengeluarkan versi terdahulu BEREG-KIT ini. Syarikat akan berupaya menyediakan semua BEREG-KIT yang diperlukan bagi memenuhi keperluan Sukan Olimpik Musim Sejuk, dan sentiasa berhubung dengan pihak penganjur acara berkenaan. Berlinger Special AG akan memanfaatkan seluruh kapasiti pengeluarannya sebagai usaha memenuhi permintaan BEREG-KIT ini daripada persekutuan, organisasi dan juga pelanggan lain.

Pemalsuan sentiasa dapat dikesan 

Atas saranan WADA, sewaktu meneruskan pengeluaran BEREG-KIT, Berlinger Special AG akan turut mengambil peluang untuk memperkenalkan ciri-ciri keselamatan tambahan yang akan membolehkan sebarang kit palsu dikenal pasti dengan jelas sebagai palsu. Ciri-ciri keselamatan ini, yang disediakan dalam bentuk elemen-elemen pengenalan rumit, akan menyediakan perlindungan tambahan kepada sampel dadah, dan dalam masa yang sama tidak menjejaskan sama ada keadaan asal bekas BEREG-KIT atau teknologi penutupnya. Jenis kit yang diingini oleh IOC bagi tujuan kawalan dadah Sukan berkenaan seterusnya akan menggabungkan himpunan ciri-ciri keselamatan tambahan.

Penyelesaian seragam untuk semua sukan 

Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan pasaran dan menumpu semua sumbernya terhadap pengeluaran yang diperlukan, Berlinger Special AG memutuskan untuk hanya mengeluarkan dan membekalkan versi terdahulu BEREG-KIT ini pada masa kini. Ini bermakna mana-mana pelanggan Berlinger Special AG yang kini mempunyai pesanan tertunggak BEREG-KIT Geneva, mereka sebaliknya akan dibekalkan dengan versi terdahulu BEREG-KIT. Berlinger Special AG juga bersedia menggantikan mana-mana stok BEREG-KIT Geneva semasa pihak pelanggan dengan versi terdahulu BEREG-KIT. Ini akan membolehkan semua kawalan dadah dijalankan dan semua sampel yang diperoleh disimpan menerusi penyelesaian teknologi yang seragam.

Maklumat lanjut:
Berlinger Special AG
Perhubungan Media
d/a. KMES Partner I KLAUS
Hans Klaus
Basteiplatz 7
CH-8001 Zurich

Telefon: +41-43-544-1744
Emel: office@kmespartner.com

Source: Berlinger Special AG
Keywords: Health Care/Hospital Sporting Events Sports