omniture

NIRA Dynamics dan Klimator Perhebat Kerjasama - Data Geseran Daripada Kereta Tambah Baik Model Cuaca Jalan Raya

NIRA Dynamics AB
2018-02-05 15:00 598

LINKOPING, Sweden, 5 Februari 2018 /PRNewswire/ -- NIRA Dynamics dan Klimator perhebat kerjasama mereka dan tawarkan perkhidmatan jalan Sweden ramalan keadaan jalan raya terperinci. Ini membolehkan perkhidmatan musim sejuk dioptimumkan bagi mengurangkan kesan alam sekitar dan kemalangan disebabkan jalan licin. Intipati teknologi cuaca jalan raya baharu dipanggil Maklumat Status Jalan (RSI) ini ialah perisian yang menggabungkan maklumat stesen cuaca jalan raya dengan data geseran daripada kenderaan yang dihubung ke rangkaian dan ramalan cuaca biasa.  

generated by system

generated by system

Pada musim sejuk 2016/2017 yang lepas, NIRA mengumpulkan data geseran daripada kumpulan teksi di Sweden dan hasilnya dikongsikan dengan Klimator dan pihak berkuasa jalan raya Sweden Trafikverket. Data ini dihantar secara berterusan ke pelayan NIRA untuk diproses bagi membolehkan keadaan jalan raya diawasi pada masa sebenar.

NIRA dan Klimator kini melangkah setapak lagi menggabungkan data kenderaan masa sebenar dengan model cuaca jalan raya tempatan Klimator, mentransformasikan data-data ini menjadi ramalan keadaan jalan raya beresolusi tinggi.

"Kami menyepadukan kedua-dua pendekatan untuk saling bertukar data dengan cepat dan lancar. Perkhidmatan jalan raya perlu sentiasa mempunyai maklumat terkini dan boleh dipercayai dengan resolusi yang belum pernah dialami, bermakna ia berada pada masa sebenar dan boleh diteliti sehingga ke segmen jalan raya satu-persatu," David Askenteg, Pengurus Projek RSI di NIRA menjelaskan.

Menerusi RSI, perkhidmatan jalan raya akan berjuang melawan ais dan salji dengan lebih cekap lagi. "Sekiranya anda tahu dengan tepat di mana dan bila ia menjadi licin, anda juga tahu di mana dan bila untuk menabur garam secara proaktif - dan di mana ia tidak diperlukan. Ini memberikan manfaat besar bagi keselamatan jalan raya dan juga alam sekitar. Anda menjimatkan kos garam dan boleh merancang dan menggunakan sumber dengan lebih cekap. Namun kelebihan utama tetap juga keselamatan, dan perkara ini melibatkan nyawa yang diselamatkan di atas jalan raya," tambah Torbjörn Gustavsson, Ketua Pegawai Eksekutif di Klimator.

NIRA dan Klimator kini mencuba untuk menyebarkan RSI kepada lebih banyak kenderaan. Syarikat teksi dan kereta sewa juga pengendali kumpulan kereta menjadi keutamaan untuk meningkatkan liputan rangkaian jalan raya.

Latar Belakang NIRA: NIRA Dynamics, diasaskan pada 2001 dengan pejabat utama di Linköping/Schweden, berkepakaran khusus dalam lakuran sensor dan membangunkan penyelesaian keselamatan dan navigasi yang berkesan kos untuk industri kenderaan global. Antara pelanggannya ialah pembuat kenderaan terkemuka seperti Audi, Volkswagen, Seat, Skoda, Volvo, Fiat dan Renault. 

Latar Belakang Klimator: Klimator, ditubuhkan pada 1999, merupakan sebuah syarikat penyelidikan dan pembangunan di Universiti Gothenburg/Sweden yang berfokuskan model cuaca jalan raya tempatan.  

Hubungi: 
Johan Hagg, Ketua Pemasaran & Jualan
Telefon: +46-(0)-700-454056
Emel: johan.hagg@niradynamics.se

Source: NIRA Dynamics AB
Keywords: Computer/Electronics Transportation Travel Licensing/marketing agreements Data Analytics