omniture

Laporan CSR 2017 Infinitus Global dan LKK Health Products Group Dikeluarkan

LKK Health Products Group
2018-02-06 14:58 618

GUANGZHOU, China, 6 Februari 2018 /PRNewswire/ -- Pada 5 Februari 2018, Persidangan Pelancaran Laporan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) 2017 Infinitus Global dan LKK Health Products Group (LKKHPG) diadakan di Pusat Infinitus, Guangzhou. Tema persidangan ini ialah "usah lupakan niat asal dan bina masa hadapan lebih baik bersama-sama", dan pakar serta wakil pihak berkepentingan dalam CSR turut dijemput untuk menyertainya.

Student funded by the Si Li Ji Ren Education Dream Support Program expressed sincere gratitude at the launch conference
Student funded by the Si Li Ji Ren Education Dream Support Program expressed sincere gratitude at the launch conference

Ini ialah laporan CSR ke-11 yang telah dikeluarkan Infinitus. Pada 2008, Infinitus mengeluarkan laporan CSR buat kali pertama dalam industri jualan langsung di China. Sejak hari itu, menjadi tugas Infinitus untuk menyusun laporan CSR tahunannya dan menyampaikan falsafah, inisiatif dan amalan CSRnya kepada para pihak berkepentingan, bertujuan untuk melibatkan mereka dalam pengisian CSR.

Tahun ini, laporan tersebut dikemas kini sebagai laporan CSR Infinitus Global buat kali pertama, merangkumi pelbagai amalan CSR bukan hanya di tanah besar China, tetapi juga dalam pasaran lain termasuk Hong Kong, Taiwan, Malaysia, Singapura dan Kanada. Ini menunjukkan Infinitus komited untuk menangani isu sosial dalam semua pasaran tatkala membangunkan perniagaan globalnya.

Pada pelancaran persidangan ini, LKKHPG mengeluarkan laporan CSR terkininya bersama-sama Infinitus Global buat kali pertama (http://www.lkkhpg.com/en-us/sustainability/csr-reports/). Pada tahun 2016, laporan CSR LKKHPG dikeluarkan buat kali pertama seiringan dengan pembangunan perniagaan LKKHPG yang telah dipelbagaikan. Pada 2017, ia terus menumpukan perhatian kepada keperluan manusia dan memimpin empat unit perniagaannya untuk membangunkan dunia yang lebih baik sekaligus membantu manusia hidup secara sihat. Kedua-dua laporan yang dikeluarkan serentak pada persidangan ini menunjukkan gen CSR dalam LKKHPG dan unit perniagaannya serta kesungguhan dan janji mereka dalam memikul CSR.

En. Huang Jianlong, Naib Pengerusi Yayasan Si Li Ji Ren dan Naib Presiden Kanan Infinitus (China) Company Ltd., memperkenalkan falsafah CSR Infinitus pada persidangan ini. Pada 2017, Infinitus berpegang teguh kepada nilai teras "Si Li Ji Ren" dan secara konsisten menumpukan perhatian kepada enam aspek untuk memikul tanggungjawabnya, termasuk kesihatan, mutu, pekerja, rakan kongsi, alam sekitar dan komuniti, sentiasa berusaha untuk mencipta nilai bagi pihak berkepentingannya.

Pada September 2015, Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu meluluskan "Transformasi dunia kita: Agenda 2030 untuk Pembangunan Mapan", dan mengeluarkan Matlamat Pembangunan Mapan (SDG). Infinitus memberi maklum balas sepenuhnya dengan mengenal pasti SDG berkaitan dan membina rangka kerja bagi inisiatif SDGnya. Laporan CSR Infinitus 2017 membentangkan amalan CSR Infinitus melalui empat dimensi, iaitu kesihatan, manusia, Bumi dan masyarakat, menjadikannya laporan CSR pertama menerapkan rangka kerja SDG dalam industri jualan langsung di China.

Sebagai sarjana pihak ketiga, En. Han Bin, Setiausaha Agung Eksekutif Bangsa-bangsa Bersatu untuk Rangkaian Padat Global China mempunyai pandangan tinggi tentang laporan CSR Infinitus. Beliau berkata, "Laporan CSR Infinitus 2017 menghuraikan tentang contoh-contoh kes kejayaan cara ia memenuhi SDG yang boleh dirujuk oleh syarikat lain. Penuh dengan wawasan yang berpandangan jauh, laporan ini memperkenalkan banyak amalan CSR yang mengilhamkan dan kreatif."

Pada 2018, Infinitus bakal mengukuhkan amalan CSR dan menyebarkan falsafah kesihatannya untuk membantu lebih ramai manusia hidup secara sihat dengan seimbang, mewah dan harmoni.

  • Dalam aspek Kesihatan, Infinitus bakal memberi maklum balas aktif kepada rangka tindakan "China Sihat 2030" dan membangunkan lebih banyak produk kesihatan bermutu.
  • Dalam aspek Manusia, ia akan terus menyediakan peluang yang lebih fleksibel dan adil kepada para pengedar dan pekerjanya.
  • Dalam aspek Bumi, ia akan terus melaksanakan ikrar operasi hijau melalui teknologi dan produk mesra alam.
  • Dalam aspek Masyarakat, ia akan terus mempromosikan pengurangan kemiskinan disasar menerusi Program Riang-ria Bola Sepak meliputi 100 sekolah dan Program Sokongan Impian Pendidikan Si Li Ji Ren yang menaja 25 kelas.

Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180205/2048902-1

Source: LKK Health Products Group
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Corporate Social Responsibility Survey, Polls & Research