omniture

IBS Software Tandatangani Kontrak Berbilang Tahun Dengan Korean Air Lancar Sistem iCargo

IBS Software (IBS)
2018-02-07 12:58 534

SEOUL, Korea Selatan, 7 Februari 2018 /PRNewswire/ --

IBS Software (IBS), pakar penyelesaian IT untuk industri penerbangan, telah memeterai kontrak selama 7 tahun bersama Korean Air, syarikat penerbangan yang terkemuka dalam industri kargo udara, bagi mengurus sistem kargo syarikat penerbangan berkenaan.

generated by system

Di bawah kontrak tersebut, IBS akan melaksanakan penyelesaian pengurusan kargo yang memenangi anugerah, iCargo bagi mengurus fungsi-fungsi perniagaan kargo hujung-ke-hujung milik Korean Air. Menerusi pelaksanaan berkenaan, Korean Air akan beralih daripada sistem teras legasi sedia adanya dan sejumlah besar sistem satelit, kepada platform generasi baharu yang bersepadu sepenuhnya. Sistem iCargo akan menempatkan skop penuh operasi perniagaan Korean Air - tempahan, jualan, pengurusan operasi terminal dan perakaunan pendapatan - dalam satu platform yang bersepadu. Ini akan membolehkan Korean Air menaik taraf beberapa keupayaan bernilai tambah dalam pelbagai segmen, seperti pengurusan pendapatan dan hasil, pengurusan produk, pemantauan dan kawalan penghantaran pada masa sebenar dan keupayaan teknologi termaju seperti mobiliti perusahaan, demi meningkatkan perniagaan dan operasi kargonya ke tahap kecekapan yang jauh lebih tinggi. Platform iCargo juga akan membolehkan Korean Air menyelaraskan syarikatnya agar selari dengan piawaian dan amalan terbaik yang dipacu industri seperti eAWB dan CXML. Korean Air memiliki 161 pesawat dan mengendalikan penerbangan berjadual ke 123 bandar di 43 negara seluruh dunia, termasuk 13 bandar di Korea.

Penyelesaian iCargo yang amat bermodul daripada IBS menyokong semua keperluan IT bagi pengurusan kargo udara dalam satu platform yang bersepadu sepenuhnya dan dapat disesuaikan untuk memenuhi keperluan dan keutamaan khas pelanggan. Berupaya menangani keperluan semua jenis operasi kargo - besar atau kecil, pengangkut gabungan atau pengangkut sepenuhnya, LCC atau khidmat penuh – iCargo memperkasa pergerakan kargo hampir 30 syarikat penerbangan utama di seluruh dunia, menjadikannya sebagai penyelesaian pengurusan kargo yang utama untuk industri pengangkutan udara. Merupakan pemenang bagi beberapa anugerah industri, penyelesaian iCargo terpilih sebagai "Inovasi Produk Penerbangan Terbaik Tahun 2015" oleh CAPA - Pusat Penerbangan.

Menandatangani kontrak di Seoul, Cho WonTae, Presiden Korean Air, berkata, "Dengan memilih iCargo sebagai platform teknologi kami, kami berharap dapat bertindak balas dengan lebih baik terhadap permintaan daripada persekitaran logistik yang pantas berubah dan meningkatkan nilai yang kami tawarkan kepada pelanggan kami."

V K Mathews, Pengerusi Eksekutif, IBS Group, berkata, "Menerusi pemilihan sebagai rakan kongsi Korean Air, salah satu pembawa kargo yang paling disegani di dunia, menyerlahkan kebolehan IBS untuk membangunkan dan menyediakan penyelesaian IT yang utama dalam industri kepada konglomerat global yang terkenal dengan piawaian yang ketat. IBS terus melabur dalam tawaran inovatif untuk industri penerbangan, bagi menyediakan faedah perniagaan yang hebat dan memastikan pelanggan kekal mendepani persekitaran disruptif yang pantas berubah. Perkongsian bersama Korean Air ini juga menjadi bukti komitmen kami terhadap pasaran Korea dan menandakan pengaruh kami yang semakin berkembang di Asia Pasifik."

Maklumat lanjut tentang IBS disediakan di http://www.ibsplc.com

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Bratati Ghosh
Ketua Pegawai Pemasaran, IBS
bratati.ghosh@ibsplc.com  

Source: IBS Software (IBS)
Keywords: Air Freight Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Transportation Contracts