omniture

Festival Habanos Bermula, Raikan Ulangtahun ke-20 Dengan Pelancaran Besar Baharu

HABANOS SA
2018-02-07 14:14 477

HAVANA, 7 Februari 2018 /PRNewswire/ --

  • Cohiba persembahkan Robustos Reserva 2014, tawarannya yang paling Premium
  • Línea Maduro Partagás satu lagi bintang pameran
  • Festival bermula pada 26 Februari dengan Malam Alu-aluan yang hebat dan berakhir pada 2 Mac dengan Makan Malam Gala.

Festival Habanos meraikan ulangtahun ke-20nya.  Acara antarabangsa terbesar bagi penggemar tembakau terbaik dunia akan diadakan dari 26 Februari hingga 2 Mac.  Festival ini akan mengetengahkan jenama Cohiba dan Partagás dan pelancaran baharunya.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8269351-habanos-festival-kicks-off/

Para hadirin akan menikmati program komprehensif termasuk lawatan ke ladang-ladang di Vuelta Abajo*, di rantau Pinar del Río*, serta lawatan ke kilang-kilang.  Kemuncak lain termasuk tiga malam muzik langsung terhebat daripada artis antarabangsa yang terkemuka, gastronomi yang terbaik di Cuba, sesi merasa Habanos dan pilihan minuman yang luas dari seluruh dunia.

Pameran Dagangan dan Malam Alu-aluan akan menandakan bermulanya Festival Habanos.  Pameran Dagangan merupakan tempat pertemuan bagi golongan professional dalam industri tembakau seluruh dunia, pempamer daripada pengeluar barangan mewah, pembuat kraf, artis, dan pengeluar.  Malam Alu-aluan akan diadakan di Dewan El Laguito Protocol, di mana para tetamu akan menikmati pelancaran Reserva Cosecha 2014.

Program ini akan turut menampilkan kelas-kelas sifu dan ucapan-ucapan ucaptama, diketuai oleh pakar-pakar yang diiktiraf dalam dunia Habanos di Seminar Antarabangsa, dibuka pada 28 Februari.  Satu lagi aktiviti yang paling mewakili industri ialah Pertandingan Habanosommelier Antarabangsa, dengan edisi ke-17. Para Habanosommelier yang hebat akan mempersembahkan pengetahuan dan kemahiran mereka dan meraih anugerah berprestij ini.

Buat pertama kalinya, edisi terulung Cabaran Dunia Habanos akan diadakan, satu pertandingan yang baharu dan asli (http://www.habanos.com).  Setiap negara akan menganjurkan pertandingan tempatan yang akan memilih pasangan pemenang yang bakal mewakili mereka di peringkat akhir utama di ibu negara Cuba.

Malam Penghormatan Festival Habanos XX akan diadakan di Teatro Martí dan di Gran Teatro de la Habana pada 28 Februari, satu acara yang didedikasikan khas untuk sejarah dan kejayaan Festival-festival ini.

Diadakan pada 2 Mac, Malam Gala akan didedikasikan kepada jenama Partagás dan pengenalan Linea Maduro.  Acara ini akan diakhiri dengan Anugerah Habanos 2017 dan Lelongan Humidors tradisi, dengan semua hasil perolehan disalurkan kepada Sistem Kesihatan Awam Cuba.

HUBUNGI: press.habanos@yr.com, Carla Lladó, Tel: +34-669-54-69-09

     (Photo: https://mma.prnewswire.com/media/638537/Habanos_Festival.jpg )
     (Video: https://www.multivu.com/players/uk/8269351-habanos-festival-kicks-off/)

Source: HABANOS SA
Related Links:
Keywords: Tobacco Awards New products/services Future Events