omniture

Nano-Care Deutschland AG Bangunkan Penjejalan Canggih Tekstil Ganti Teknologi Fluorokarbon C8

Nano-Care Deutschland AG
2018-02-07 15:00 681

SAARWELLINGEN, Jerman, 7 Februari 2018 /PRNewswire/ -- Bermula 7 Februari 2018, Nano-Care Deutschland AG, syarikat bersaiz sederhana berpangkalan di Saarwellingen bakal menawarkan sistem penyalutan untuk pengalisan air dan minyak bertujuan untuk merevolusikan kemasan tekstil. "Penghapusan 'teknologi fluorokarbon C8' yang telah diharamkan kerana pengeluaran PFOS dan PFOA, meninggalkan jurang prestasi yang besar dalam pasaran," kata Oliver Sonntag, Pengarah Nano-Care. "Cabaran besar bagi kami adalah untuk mengekalkan piawaian tinggi sedia ada bagi pengalisan minyak – dan pada masa yang sama menghapuskan rantaian panjang pemfluorinan. Kami berjaya menyelesaikan masalah ini dengan mencipta tulang belakang silikon dioksida khas." Hasilnya - Nanoflex F-Bond, yang dipasarkan di bawah jenama naungan INTELLIGENT HYBRIDS adalah berasaskan pati cecair dan diaplikasi menggunakan kaedah celupan industri yang biasa. Selama bertahun-tahun wujud desakan yang kuat supaya inovasi dibuat dalam sektor kemasan tekstil untuk memenuhi tuntutan peraturan dan ekologi yang semakin meningkat. Sebagai keluaran sampingan dari Institut Liebniz untuk Bahan Baharu (INM), Nano-Care Deutschland AG melihat potensi pasaran yang bernilai ratusan juta Euro. "Fokus khusus kami adalah dalam sektor ketenteraan, pakaian kerja dan kesihatan yang perlu memenuhi keperluan prestasi yang sangat tinggi dan kini hanya memiliki kebenaran sementara untuk menggunakan teknologi C8. Penghapusannya - terutamanya di luar Kesatuan Eropah - merupakan satu langkah penting ke arah mencapai 'kemapanan ekologi' dalam industri tekstil."

Nano-Care Deustchland AG telah membangunkan salutan inovatif untuk tekstil dan permukaan lain sejak ia diasaskan pada tahun 2000. Selepas penyusunan semula struktur korporat pada awal 2018, jabatan baharu Kesan Tekstil bakal membangunkan pengkhususan yang lebih lagi dalam sektor ini. Secara khusus syarikat ini membentuk perkongsian dengan klien "label persendirian", sama ada mereka ini pembuat salutan permukaan, pengedar produk kimia atau pengguna kemasan permukaan berteknologi tinggi. Buat masa ini, syarikat dan pelanggan di lebih 65 negara mendapat manfaat daripada kelebihan prestasi mereka yang berbilang fungsi.

- Rujukan silang: Foto boleh didapati di AP Images  (http://www.apimages.com) -

Hubungan media:

Oliver Sonntag
Vorstand
Nano-Care Deutschland AG
Telefon: +49-6838-9749140
info@nano-care.de
http://www.nano-care.com
 

Source: Nano-Care Deutschland AG
Related Links:
Keywords: Chemical Nanotechnology Textiles New products/services