omniture

ZTE Keluarkan Penyelesaian Hirisan Rangkaian 5G E2E Pertama di Dunia

Memimpin Mod Baharu Operasi Hirisan
ZTE Corporation
2018-02-07 17:15 611

SHENZHEN, China, 7 Februari 2018 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia penyelesaian teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna antarabangsa yang utama untuk Internet Mudah Alih, hari ini mengumumkan penyelesaian hirisan rangkaian 5G E2E pertama di dunia.

Keluaran ini akan mendorong kematangan teknikal sistem komersial 5G ke tahap baharu, meletakkan asas kukuh untuk mod baharu operasi rangkaian berasaskan hirisan 5G, membangunkan keupayaan NSaaS (Hirisan Rangkaian sebagai Servis), dan berterusan memimpin inovasi aplikasi 5G untuk industri vertikal. 

Sebagai infrastruktur dan teknologi utama yang membolehkan hal ini berlaku, skop perkhidmatan 5G telah diluaskan daripada komunikasi mudah alih semata-mata kepada perhubungan berterusan dan aplikasi pelbagai senario. Rangkaian 5G perlu menyokong senario dengan SLA berbeza. Model perniagaan berbeza boleh wujud secara bersama dalam seni bina rangkaian 5G yang disatukan.

Penyelesaian hirisan rangkaian 5G E2E ialah kunci kepada rangkaian 5G yang menyokong transformasi digital industri. Ia membenarkan sumber rangkaian fizikal untuk ditempatkan secara fleksibel ke dalam berbilang hirisan rangkaian dimayakan untuk disesuaikan pada keperluan pelbagai perkhidmatan industri, seperti kawalan industri, pemanduan automatik, grid kuasa pintar dan rawatan perubatan kawal jauh.

Dengan ciri utama "Ketangkasan, Kepintaran dan Keterbukaan", penyelesaian ZTE ialah penyelesaian hirisan rangkaian berasaskan awan seluruhnya hujung ke hujung merentas rangkaian teras dan rangkaian pembawa 5G RAN. Penyelesaian ini adalah berasaskan pada seni bina perkhidmatan mikro yang meneraju industri dan merealisasikan penumpuan antara muka udara disatukan, rangkaian teras dimayakan dan rangkaian pembawa berasaskan SDN.

Penyelesaian hirisan rangkaian 5G E2E ZTE juga menyokong pengurusan kitar hayat hirisan rangkaian hujung ke hujung melalui sistem operasi dan pengorkestraan yang pintar. Berorientasikan perkhidmatan keperluan, ia turut menyokong penyesuaian hirisan rangkaian atas permintaan dan pembekalan masa sebenar. Penyelesaian ini juga menggabungkan enjin polisi yang dikuasakan oleh AI untuk menambah baik keupayaan jaminan operasi dan perkhidmatan rangkaian 5G secara berterusan.  

"Sebagai perintis global dalam 5G, ZTE melakukan inovasi dalam lapangan 5G secara berterusan. Pengumuman penyelesaian hirisan rangkaian 5G E2E ini ialah pencapaian penting ke arah pengkomersialan 5G. Ia bukan sahaja menyediakan kaedah pelaksanaan hirisan rangkaian yang meneraju industri, tetapi juga menukar hirisan rangkaian menjadi produk operasi yang bernilai untuk industri vertikal, memperkenalkan kaedah baharu operasi hirisan rangkaian 5G," kata You Yan, Naib Presiden ZTE. "ZTE bersungguh-sungguh dalam percubaannya untuk mempromosikan integrasi 5G dan industri vertikal merentas sempadan, merangsang inovasi aplikasi secara besar-besaran, merealisasikan kombinasi lengkap nilai sosial dan komersial 5G dan membina ekosistem ekonomi digital."

Latar Belakang ZTE

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited menyediakan pengguna dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), produk dan perkhidmatan ZTE dijual kepada lebih 500 pengendali di lebih 160 negara. ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada hasil tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi penetap standard antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan merupakan ahli UN Global Compact. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zte.com.cn.

Perhubungan Media:
Margaret Ma                                                       
ZTE Corporation                                                 
Tel: +86 755 26775189                                      
Emel: ma.gaili@zte.com.cn     

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services