omniture

Fokus kepada Penyelesaian Hujung ke Hujung 5G, ZTE Asaskan Kepimpinan Industri Menjelang Pengkomersialan 5G

ZTE Corporation
2018-02-07 20:47 695

SHENZHEN, China, 7 Februari 2018 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia utama antarabangsa penyelesaian teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna untuk Internet Mudah Alih, awal-awal lagi mengenal pasti peluang yang disediakan oleh 5G dan dalam membangunkan strategi 5G, sewaktu pelaksanaan komersial rangkaian mudah alih generasi ke-5, lebih dikenali sebagai 5G, semakin menghampiri.  

Dengan fokus terhadap penyelesaian hujung ke hujung 5G, syarikat ini berusaha keras dalam aspek formulasi piawaian, penyelidikan dan pembangunan serta pengesahan teknologi 5G, sebagai langkah mengasaskan kepimpinan industri dalam teknologi teras, pengkomersialan dan ekonomi skala untuk rangkaian mudah alih generasi akan datang.

Berterusan Menetapkan Tanda Aras Industri dengan Teknologi 5G Terkemuka

ZTE telah menempatkan taruhan besar ke atas 5G dan menyandarkan taruhan ini pada pasukan yang terdiri daripada lebih 4,500 bakat dalam teknologi tinggi yang menumpukan masa kepada penyelidikan 5G yang bersandarkan pelaburan tahunan tiga bilion yuan.

Selain daripada memimpin promosi teknologi berbilang input berbilang output (MIMO) secara besar-besaran, yang akan menjadi kunci utama untuk menambah baik kecekapan spektrum serta meluaskan kapasiti rangkaian dan liputan dalam era 5G, ZTE ialah syarikat pertama yang menggunakan teknologi 5G dalam rangkaian 4G, membolehkan pelaksanaan 5G komersial lebih awal daripada dijadualkan dan menambah baik kecekapan spektrum rangkaian 4G sebanyak lapan kali ganda.

Langkah awal ini membantu pengendali dan pengguna mendapat manfaat daripada teknologi 5G, dan pada masa yang sama mempercepat perkembangan pelaksanaan MIMO Besar-besaran sewaktu inovasi berterusan, selain menyumbangkan usul teknologi termasuk hasil data ujian untuk piawaian 5G.

Untuk memenuhi syarat akses rangkaian besar-besaran merentasi rangkaian 5G, akses berbilang bukan ortogon (NOMA) seluruh industri telah diusulkan, dengan penyelesaian Akses Bersama Berbilang Pengguna (MUSA) yang diusulkan ZTE menjadi calon terpilih. Penyelesaian ini membolehkan sistem menyokong 3-6 kali bilangan akses pengguna menggunakan sumber kekerapan masa yang sama, membolehkan penjadualan yang benar-benar bebas konflik dan mengurangkan penggunaan kuasa terminal dengan banyak.

Dalam fasa kedua pengujian 5G China, teknologi MUSA mencapai prestasi 90 juta sambungan/MHz/jam, jauh mengatasi tanda aras yang ditetapkan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU).

Oleh sebab keaslian teknologi canggih terkemuka MUSA, ZTE, sebagai pendraf pertama, memimpin penerimaan NOMA oleh Kumpulan Kerja 1 3GPP RAN, kumpulan yang bertanggungjawab untuk spesifikasi lapisan fizikal antara muka radio (lapisan radio 1) untuk Radio Baharu (NR) 5G, memacu pembangunan piawaian industri.

Pada masa yang sama, dengan reka bentuk cip yang kukuh dan keupayaan pembangunan, ZTE melancarkan unit jalur asas generasi akan datang (NGBBU) bersepadu paling tinggi dalam industri berdasarkan cip jalur asas pemprosesan vektor prestasi tinggi proprietari yang dibangunkan secara dalaman, dan diikuti dengan pembangunan unit antena aktif (AAU) 5G paling ringan dan paling kecil dalam industri berdasarkan cip IF digital bersepadu tinggi. 

Dalam ujian 5G fasa pertama dan kedua China, stesen pangkalan 5G ZTE bukan hanya memenuhi syarat asas, tetapi turut melengkapkan ujian lapangan frekuensi tinggi 26 GHz, dengan hasil prestasi lompang yang hebat. Hari ini, ZTE melancarkan fasa ketiga ujian 5G China dengan produk 5G lengkap, dan menyempurnakan pelancaran peralatan di pasaran serta penyahpepijatan hujung ke hujung bagi penyelesaian komersial.

Memimpin Pengkomersialan 5G  dan Menyusun Portfolio Global dengan Memasuki Pasaran Atasan

Berdasarkan banyaknya inovasi 5G ZTE, beberapa pengendali rangkaian mudah alih terkemuka dunia memilih untuk menjalin usaha sama dengan ZTE.

Pada 2017, ZTE menjalin usaha sama dengan lebih daripada 20 pengendali rangkaian mudah alih terkemuka dunia daripada aspek kolaborasi 5G, termasuk membuka stesen pangkalan pra-komersial 5G pertama China dengan China Mobile, memulakan ujian lapangan 5G pertama dengan Softbank Jepun dan membina rangkaian pra-komersial 5G pertama Eropah, antara lain.

Para pengendali kini menunggu peluang untuk berkolaborasi dengan ZTE dalam mengkomersialkan 5G, termasuk mereka bentuk strategi dan melancarkan ujian lapangan. Menyebutkan beberapa contoh, Telefonica dan ZTE telah melengkapkan seni bina rangkaian 5G dan ujian pembawaan beban, dan selepas ini bakal mengesahkan lagi penyelesaian hujung ke hujung 5G. Orange merancang untuk menjalankan ujian seni bina rangkaian bebas dengan ZTE di Eropah pada 2018. China Mobile dan ZTE membina rangkaian pengujian yang hampir-hampir serupa dengan persekitaran sebenar 5G di wilayah Guangzhou dalam langkah untuk mengesahkan keupayaan rangkaian berterusan 5G, dan merancang untuk meluaskan lagi skala rangkaian ujian untuk meliputi hampir seluruh Guangzhou pada 2018. Apabila menjalankan ujian prakomersial 5G pertama di Xiong'an dan Suzhou, China Telecom memilih ZTE untuk meneroka aplikasi inovatif dalam segmen vertikal industri ini. Selain itu, tapak ujian lapangan terbuka baharu 5G NR yang pertama dibina oleh China Unicom dan ZTE juga telah menyelesaikan verifikasi perkhidmatan, mencapai kadar puncak sebanyak 2Gbps untuk UE tunggal.

Pada November 2017, ZTE menjalin usaha sama dengan Qualcomm dan China Mobile untuk bersama-sama melengkapkan ujian sistem hujung ke hujung pertama di dunia berasaskan piawaian 3GPP R15, menggunakan sepenuhnya jalur lebar ultra tinggi dan keupayaan sifar tunggu rangkaian 5G.

ZTE telahpun melancarkan siri produk aplikasi komersial 5G, termasuk siri 5G penyelesaian peralatan akses dan bearing 5G terpelbagai, rangkaian teras 5G yang fleksibel dan cekap, antara produk lain meliputi jalur frekuensi tinggi dan rendah, menyediakan pengendali sepenuhnya bagi yang ingin mencapai pelaksanaan komersial 5G berskala besar pada 2019.

Mencipta Rangkaian Komersial Paling Kompetitif dengan Memimpin Ekonomi Skala 5G

Matlamat semua kerajaan dan pengendali, sepertimana hari ini, ialah untuk memiliki 5G secara umum bagi kegunaan komersial menjelang 2020. Kerajaan China merancang untuk membangunkan rangkaian komersial 5G terbesar di dunia ketika itu. Dalam menjangkakan manfaat ekonomi yang boleh diperolehi sebagai hasil pelaksanaan 5G skala besar di China, ZTE merancang untuk mempercepatkan langkah supaya syarikat mencapai tahap kematangan dengan produk infrastruktur 5Gnya dan menambah baik secara besar-besaran kebolehskalaannya, menyediakan pengendali di seluruh dunia dengan rangkaian komersial 5G paling kompetitif dan pada masa yang sama memegang tampuk kepimpinan dalam ekonomi skala.

Dalam era 5G, dupleks pembahagian masa atau TDD memainkan peranan lebih penting dalam spektrum 5G yang baharu. Memanfaatkan keupayaan teknologi TDD lanjutan, ZTE menawarkan penyelesaian 5G untuk semua talian, berbilang senario dan fleksibel, kesemuanya dibangunkan berdasarkan pengalaman luas firma ini dalam pembangunan produk dan pengendalian rangkaian. Penghantaran TDD selama beberapa tahun berturut-turut ialah satu pertiga daripada jumlah keseluruhan penghantaran dunia. ZTE merancang untuk menggunakan sepenuhnya kelebihan yang telah dibangunkan syarikat ketika era 4G untuk meletakkan asas kukuh yang meneraju industri bagi kegunaan dikomersialkan lanjutan dan pengurangan kos 5G.

Rangkaian komersial 5G terbesar di China dijangka membawa ekonomi skala, menawarkan pengendali manfaat yang berbentuk pengalaman dan kos.

Kini, penyelesaian talian 5G ZTE menyokong secara fleksibel pelbagai senario berbeza dan menyediakan pelaksanaan rangkaian paling cekap kos. Peranan kepimpinan ZTE diberi pengiktirafan tinggi oleh firma perunding Ovum yang ternama. Menurut laporan terkini yang dikeluarkan oleh syarikat perundingan ini, daripada aspek enam barisan produk 5G, teknologi MIMO besar-besaran, stesen pangkalan talian 5G, pembawa 5G, angkut balik/angkut depan, rangkaian dan terminal teras 5G -, ZTE ialah satu daripada dua pembekal seantero dunia yang boleh menawarkan penyelesaian hujung ke hujung 5G yang komprehensif, kerana memiliki kefahaman yang lebih komprehensif dan mendalam tentang tuntutan segenap aspek rangkaian 5G.

Bergantung kepada kepimpinan yang dimiliki ZTE merentasi tiga pemacu utama teknologi 5G - pengkomersialan, ekonomi skala dan inovasi teknologi teras -, penyedia telekomunikasi antarabangsa menjangkakan ia bakal mengekalkan posisi sebagai pemimpin era 5G, mempromosikan pengkomersialan 5G di seluruh dunia.

Latar Belakang ZTE

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited menyediakan pengguna dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), produk dan perkhidmatan ZTE dijual kepada lebih 500 pengendali di lebih 160 negara. ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada hasil tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi penetap standard antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan merupakan ahli UN Global Compact. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zte.com.cn.

Perhubungan Media:
Margaret Ma                                                       
ZTE Corporation                                                 
Tel: +86 755 26775189                                      
Emel: ma.gaili@zte.com.cn     

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment