HONG KONG, 8 Februari 2018 /PRNewswire/ -- Premia Partners Company Limited ("Premia Partners"), firma pelaburan yang berpangkalan di Hong Kong yang menumpu pada ETF dan penyelesaian beta pintar, hari ini mengumumkan ia memeterai satu perjanjian dengan WisdomTree Investments, Inc. (NASDAQ: WETF), penaja serta pengurus aset bagi dana dagangan bursa ("ETF") dan produk dagangan bursa ("ETP") yang beribu pejabat di New York, AS, untuk berkolaborasi di negara-negara Asia yang tertentu, kecuali Jepun.
"Kami berasa teruja untuk berganding bahu dengan WisdomTree yang turut berkongsi falsafah perniagaan, tumpuan penyelesaian dan kesungguhan terhadap inovasi ETF yang sama mantap," kata Rebecca Chua, Rakan Pengurusan Premia Partners. "Pada Oktober lalu dengan kolaborasi CSI dan Caixin Rayliant, kami melancarkan ETF beta pintar saham-A China berbilang-faktor yang pertama untuk pendedahan ekonomi paling asas dan baharu. Dengan hubungan bersama WisdomTree ini, kami berharap dapat memanfaatkan kepakaran sebagai penginovasi beta pintar mereka bagi menyediakan penyelesaian ETF yang terbeza kepada para pelabur kami."
"Memandangkan penggunaan ETF semakin meningkat di seluruh rantau Asia Pasifik, kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Premia Partners dalam pasaran yang penting ini untuk terus meluaskan kehadiran kami dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelabur institusi Asia, tidak termasuk Jepun," kata Kurt MacAlpine, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pengedaran Global WisdomTree. "Peluasan global WisdomTree ialah bahagian yang amat penting dalam strategi pertumbuhan kami, dan hubungan baharu ini dapat melengkapi perniagaan sedia ada kami di Jepun."
Latar Belakang Premia Partners
Premia Partners ialah sebuah firma pelaburan yang ditubuhkan di Hong Kong pada tahun 2016, oleh sekumpulan peminat yang percaya dalam mendayakan pelabur dengan instrumen pelaburan yang cekap dan menyaksikan skop yang luas bagi tujuan inovasi dalam industri ETF Asia. Pasukan ini terdiri daripada pelbagai pemimpin kini industri global dan serantau yang bertanggungjawab dan mempunyai matlamat yang sama – untuk membentuk semula lanskap ETF di Asia dengan menggunakan pengetahuan kolektif dan pengalaman pelaksanaan selain berkolaborasi dengan pakar-pakar global yang terbaik dalam kelas mereka bagi mengurus ETF dan penyelesaian beta pintar untuk para pelabur. Di Asia, dan untuk Asia – kerana di sinilah asal kami. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.premia-partners.com.
Latar Belakang WisdomTree
WisdomTree Investments, Inc., menerusi subsidiari-subsidiari di A.S., Eropah, Jepun dan Kanada (secara kolektif, "WisdomTree") ialah penaja serta pengurus aset bagi dana dagangan bursa ("ETF") dan produk dagangan bursa ("ETP") yang beribu pejabat di New York. WisdomTree menawarkan produk-produk yang merangkumi ekuiti, pendapatan tetap, mata wang, komoditi dan strategi alternatif. Kini, WisdomTree memiliki kira-kira $46.8 bilion aset bawah pengurusan di seluruh dunia.
WisdomTree® ialah nama pemasaran untuk WisdomTree Investments, Inc. dan subsidiari-subsidiarinya di seluruh dunia.
Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi
Premia Partners Company Limited/ +852 2950 5778/ media@premia-partners.com