omniture

Spring Fling Bond No. 9

BOND NO 9 NEW YORK
2018-02-08 22:37 506

Memperkenalkan Spring Fling Bond No. 9 – wangian feminin berbunga-bunga yang girang meraikan bandar yang mekar berbunga.

NEW YORK, 8 Februari 2018 /PRNewswire/ -- Siapa tahu? Orang luar berpendapat tempat asal kesayangan Bond No. 9 kesemuanya konkrit, keluli dan kaca, jalan rayanya padat dengan bangunan pencakar langit dan kenderaan Uber yang dipandu ke hulu ke hilir. Namun begitu, apabila tiba musim bunga, New York melangkaui jangkaan; tidak semena-mena metropolis yang penuh sesak ini dihiasi bunga-bunga di seluruh taman bandar, halaman, mahupun rekahan di kaki lima—apatah lagi jambangan bunga keratan di hadapan setiap 'bodega'. Dengan itu, sempena musim bunga '18, tidak lagi mahu meraikan kawasan kejiranan, kami menumpu pada satu konsep: banyaknya bunga-bunga yang berwarna warni (bunga iris, bluebells, geranium, goldenrod, dafodil, antara nama yang biasa didengar) di seluruh kawasan kehijauan di Bandar Raya New York, bermula dari High Line ke Central Park, dari Bryant Park ke Washington Square (keempat-empatnya merupakan antara taman bandar kami yang diraikan oleh eaux de parfum Bond No. 9).

Alami Hebahan Berita Berbilang Saluran interaktif di sini: https://www.multivu.com/players/English/8270651-bond-no-9-april-release-for-new-eau-de-parfum-spring-fling/

Nama eau de parfum terbaharu kami, yang cukup sesuai diperkenalkan buat julung kalinya pada tanggal 1 April 2018: Spring Fling, pastinya, menonjolkan kegirangan sejati dan keceriaan menggoda untuk dinikmati hari ini. Bauan feminin ultra yang setara dengan New York Fling kami, ia merupakan jambangan dipenuhi bunga yang terkini. Bauan pemulanya? Bunga convallaria majalis dan bunga pokok markisah dengan bauan buah-buahan— Jambangan ini dilanjutkan dengan tiga bauan utama yang benar-benar menggoda: buas-buas seakan-akan mawar, melur dan bunga freesia seakan-akan wain. Kesemua elemen kemeruapan yang bergabung dengan ketahanan dalam elemen-elemen wangian paling lama berkekalan yang seirama, menerusi ambar yang kontemporari, kesturi yang sedikit liar dan kayu jati, mengingatkan kepada kotak kayu antik yang berharga.

Mengumpulkan dengan indah intipati aroma di dalamnya, botol Spring Fling diberikan warna musim bunga—biru ungu yang gelap dan memukau. Bahagian hadapannya? Bunga sutera fuksia bersaiz amat besar dan menggamit perhatian, berkembang mekar, untuk dilihat oleh seluruh dunia. Bahagian belakang pula? Pesanan berbentuk naskhah, ditulis tangan di bahagian penjuru, berbunyi: ANDA CINTAKAN SAYA, BUKAN? MAKA KEMBALILAH UNTUK MENDAPATKAN LEBIH LAGI DARIPADA SAYA. Seterusnya, dengan cetakan halus pada bahagian bawah: BAWALAH SAYA KE MANA-MANA KAUNTER BOND NO. 9 UNTUK MENDAPATKAN SEKALI ISIAN SEMULA PERCUMA. Dan anda akan melakukannya. Dengan haruman seperti ini, penolakan hanya sesuatu yang sia-sia.

Spring Fling bakal berada di kaunter: April 2018 dan akan dijual di Butik-butik New York Bond No. 9, Saks Fifth Avenue seluruh negara, kedai-kedai Bloomingdales terpilih, Harrods UK dan www.bondno9.com
Harga: 100ml, $375

Source: BOND NO 9 NEW YORK
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services