omniture

Sidang Kemuncak Kecerdasan Mesin: Barisan Penceramah Diumum

Machine Intelligence Summit
2018-02-09 19:59 903

LONDON, 9 Februari 2018 /PRNewswire/ -- Di Hong Kong pada 6 – 7 Jun ini, pakar-pakar dunia dalam AI akan membentangkan kerja mereka di Sidang Kemuncak Kecerdasan Mesin dan Sidang Kemuncak Kecerdasan Mesin dalam Penjagaan Kesihatan di mana mereka akan meneroka transformasi pengimejan perubatan, diagnosis dan peningkatan mesin pintar untuk merevolusikan perniagaan.

Sebagai tawaran istimewa Tahun Baru Cina, para hadirin boleh menjimatkan 25% dengan menggunakan kod CNY 25 sebelum 12 Feb. Diskaun sah untuk semua sidang kemuncak APAC termasuk Sidang Kemuncak AI dalam Penjagaan Kesihatan dan Sidang Kemuncak AI dalam Automasi, Beijing 7 – 8 Mac 2019.

Setiap orang bergantung kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan, sama ada untuk imbasan, pembedahan, ubat atau pemeriksaan. Dengan perkembangan AI, para profesional boleh merawat, diagnos dan meramal penyakit dengan lebih cekap dan kurang ralat. Ankur Purwar, Saintis Utama di Procter & Gamble akan membincangkan diagnostik dan pemperibadian dalam penjagaan kulit. Ankur akan berkongsi kerja beliau dengan Penasihat Kulit Olay yang baru dibangunkan, alat penasihat penganalisa berdasarkan web yang menggunakan AI. Menyambung perbincangan tentang pemperibadian, Artur Kadurin, Ketua Pegawai AI di Insilico Medicine akan berbicara tentang penggunaan penyelesaian rantaian blok yang dipacu AI untuk mengembalikan semula kawalan data peribadi dan perubatan kepada pesakit. 

Di Sidang Kemuncak Kecerdasan Mesin ini, Danfeng Li, Pengarah di Alibaba akan menerangkan bagaimana data tingkah laku pengguna merupakan satu lombong emas. Apabila perniagaan mempunyai data tingkah laku pelanggan yang berkait langsung dengan perniagaan mereka, ia mudah untuk dibaca, tetapi tingkah laku yang kelihatan seperti tidak berkaitan mungkin juga berguna. Danfeng akan menggunakan contoh dalam kawalan risiko kewangan internet, menunjukkan bagaimana model yang sofistikated boleh mencari hubung kait antara matlamat perniagaan dan tingkah laku dalam talian.

Tahun lepas di Boston, Sangram Ganguly dari NASA menerangkan tujuan mereka ialah 'untuk menyediakan sains sebagai satu perkhidmatan kepada komuniti sains Dunia yang menangani cabaran alam sekitar global'. Di Hong Kong, Hamed Valizadegan, Saintis Kanan ML di Penyelidikan Ames NASA akan menerangkan bagaimana kejayaan projek-projek angkasa mereka bergantung kepada kemampuan mereka untuk memahami dan menganalisa data yang terkumpul.

Para penceramah tambahan termasuk: Michal Szczecinski: GoGoVan, Johnson Poh: DBS Bank, Pallab Maji: R& D Mercedes-Benz India, Lawrence Wee: Allianz Asia Pasifik dan ramai lagi.

Sidang-sidang kemuncak yang lalu telah habis terjual, jadi daftar sekarang untuk menjamin tempat untuk anda. Para peserta boleh menjimatkan hampir HK$4000 apabila mereka mendaftar sebelum 16 Februari dengan tiket Pelanggan Paling Awal.

Hubungan media: Yaz How, yhow@re-work.co, +442081332947

Source: Machine Intelligence Summit
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronic Design Automation Health Care/Hospital Medical Equipment Trade show news Future Events