NEW DELHI, 12 Februari 2018 /PRNewswire/ --
Pertandingan Bakal Tampilkan Tiga Gergasi Kriket Sub-benua – India, Bangladesh dan Sri Lanka
Selaras dengan komitmen jangka panjangnya untuk mempromosi sukan, Hero MotoCorp Ltd., pengeluar motosikal terbesar dunia, hari ini memperluaskan sokongannya kepada permainan kriket dengan menjadi Penaja Gelaran pertandingan Tiga Negara T20 – Piala Hero Nidahas.
Bakal diadakan di Sri Lanka dari 6 – 18 Mac, siri ini dianjurkan untuk meraikan kemerdekaan 70 tahun negara ini.
Pertandingan ini akan menampilkan tiga pasukan yang mantap dari sub-benua – India, Bangladesh dan negara tuan rumah, Sri Lanka. Piala ini akan dimainkan di Stadium R Premadasa di Colombo dan akan dipanggil Piala Hero Nidahas.
Sinonim dengan beberapa acara sukan di seluruh dunia, Hero MotoCorp telah sekian lama mempunyai komitmen yang mantap terhadap mempromosi pelbagai disiplin sukan termasuk kriket, golf, bola sepak dan hoki padang.
Hero MotoCorp yang berpangkalan di New Delhi telah dikaitkan dengan kriket selama lebih dua dekad. Sybarite merupakan salah satu Rakan Kongsi Global Majlis Kriket Antarabangsa. Ia kini merupakan Penaja Gelaran Liga Perdana Hero Caribbean, peneraju pertandingan kriket T20 di kepulauan Caribbean.
Bercakap tentang hubungan ini, En. Pawan Munjal, Pengerusi, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Hero MotoCorp, berkata, "Kriket terus menjadi salah satu sukan paling popular di Sri Lanka dan kami gembira untuk memperluaskan hubungan kami dengan kriket Sri Lanka. Hero MotoCorp merupakan jenama muda dan telah dikaitkan dengan pelbagai sukan untuk lebih dari dua dekad. Kerjasama ini akan lebih meningkatkan pengukuhan jenama Hero di Sri Lanka, yang merupakan pasaran global penting untuk kami. Saya ternanti-nantikan satu lagi pertandingan yang berjaya dan menarik dan mengucapkan selamat berjaya kepada semua pasukan."
Melahirkan keterujaan tentang hubungan ini, Jerome Lee Jayaratne, Ketua Pegawai Eksekutif, Sri Lanka Cricket, berkata, "Sebagai sebuah jenama, Hero telah melakar peluang dan legasi dalam pasaran. Kami benar-benar gembira mendapat mereka sebagai Penaja Gelaran dan mengharapkan afiliasi yang bernilai bagi kedua-dua yang berkepentingan."
Hero MotoCorp merupakan salah satu penaja utama jelajah Sri Lanka baru-baru ini untuk pasukan kriket Australia, Windies dan England. Sri Lanka ialah pasaran global utama untuk Hero MotoCorp dan syarikat ini aktif mempromosi sukan kriket di negara ini.
Sumber: Hero MotoCorp Ltd.