LAS VEGAS, 12 Februari 2018 /PRNewswire/ --
"Semua orang tahu saya sangat sukakan kecantikan mekanikal, terutama sekali jam tangan yang berkilauan. Jadi, saya sangat berbangga dapat melihat huruf-huruf TMT x Hublot bergemerlapan di atas jam tangan saya. Jam tangan ini sangat bermakna untuk saya, ia melambangkan kerjaya saya, rekod tanpa kalah 50-0 saya dan pertandingan terakhir saya apabila saya mencipta sejarah!"
-Floyd "Money" Mayweather, Duta Hublot
Pemegang rekod juara dunia lima kali dalam lapangan beliau dengan 50 kemenangan berturut-turut.
"Ia merupakan penghargaan kepada kami untuk dikaitkan dengan legenda agung Noble Art. Seorang juara, yang, dalam merangkul kemenangan ke-50nya, memegang rekod lapangan ini. "Yang Terbaik"! 50 kemenangan, tanpa kalah, penguasaan mutlak sebuah seni yang memerlukan semangat juang, keberanian, menjangkaui diri sendiri, maruah yang dipertahan dan pertimbangan taktikal yang tajam. Mengelak tumbukan, dan menghantar yang tepat, jitu dan berkuasa, tanpa ragu, pusingan demi pusingan, perlawanan demi perlawanan. Ketabahanlah yang menjadi penentu. Seorang juara pada imej kami "pertama, unik, berbeza!"
-Ricardo Guadalupe, Ketua Pegawai Eksekutif Hublot
Juara dunia dua belas kali, lima bahagian tanpa kalah, Floyd "Money" Mayweather ialah emas sukan tinju. Juara agung, yang menguasai lebih daripada dua dekad, mengumpul rekod gelanggang 50-0 tidak dapat ditandingi, akan menyertai eksekutif Hublot pada hari Sabtu di Las Vegas untuk memperkenalkan dua jam tangan baharu yang dicipta dengan kerjasama syarikat jam tangan mewah ini. "Money" akan membantu memperkenalkan Big Bang Unico TMT, singkatan kepada "The Money Team" dan simbol kepada kuasa dan logo yang jelas kelihatan sebagai jenama gaya hidup Floyd Mayweather.
Pada 26 Ogos 2017, Floyd Mayweather, bintang handalan sukan tinju, memasuki gelanggang Arena T-Mobile dengan penuh gaya. Seluar pendek hitam beliau yang disemat dengan emas mempamerkan "TBE" dan "HUBLOT", dua perkataan yang menggambarkan minda yang fokus dan satu kemenangan mutlak. Satu ciptaan yang direka oleh Sophie Whittam, Pengarah Fight Label, jenama seluar pendek sukan tinju mewah terunggul dan pakaian mewah. Pereka berbakat ini memilih hitam dan emas untuk melambangkan watak atlit ini yang ikonik dan tidak lapuk dek zaman. Beliau mencipta ilustrasi yang mempersembahkan Floyd pada wang kertas $1 jutanya sendiri. Diperbuat daripada daun emas, rekaan ini telah diletakkan dengan tangan ke atas kulit anak biri-biri hitam matte. Tali pinggang diperbuat daripada suede dan ular sawa hitam disulam dengan kristal Swarovski.
Seluar pendek melambangkan hubungan dan rekod
Hublot x Mayweather; kisah perkongsian "kalah mati" ini bermula dalam tahun 2015 di "Perlawanan Abad Ini" di antara Floyd menentang Manny Pacquiao. Untuk pertama kali, Money telah menggunakan nama jenama ini pada seluar pendek tinjunya. Dalam tahun 2017, untuk "The Money Fight" menentang Conor McGregor, Mayweather mengenakan Hublot di atas tali pinggangnya sekali lagi. Seluar pendek ini telah menjadi lambang legenda agung, memberikannya kemenangan berturutnya yang ke-50! Seluar pendek tentulah menjadi tumpuan rekaan Big Bang Unico TMT, Hublot malah telah menggunakan tempat di mana pertandingan tersebut diadakan untuk memperkenal dua edisi terhadnya.
BING BANG UNICO TMT -- Pengubah Permainan -- "Jam Tangan semua kemenangan"
Big Bang Unico TMT menghiasi pakaian kemenangannya dengan tali dalam kulit anak lembu hitam yang ditambahkan dengan ular sawa dan butang emas, mentransposisi kod seluar pendek terkenal yang dipakai oleh Mayweather dalam perlawanan terkini beliau. Emas juara tinju itu kelihatan dalam perincian kedua-dua jam tangan. Untuk pertama kalinya, gentian karbon yang diselaputi emas 3N menghiasi jam tangan itu dari kelongsong jam sehingga ke rangkanya. Ini merupakan bahan komposit yang unik; serbuk emas dimasukkan secara manual ke dalam lapisan gentian karbon sebelum dimampatkan. Pada pukul 12, jam tangan ini dengan bangganya mempamerkan 3 huruf TMT yang ditampal hias. Belakang kelongsong biru nilam ini mempunyai inskripsi terunggul juara itu, TBE, "The Best Ever". Dikeluarkan dalam edisi terhad sebanyak 100 utas, Big Bang Unico TMT juga tersedia dalam 10 edisi bernombor dibuat sepenuhnya dalam emas 3N. Bebibir, rangka, kelongsong, kaunter, indeks dan tiga huruf TMT keemasan berkilau di bawah 48 berlian potongan baguette dan 378 berlian potongan brilliant pada berat 4.85 karat.
Dua jam tangan tiada tandingan didatangkan dengan sarung tangan tinju yang ditandatangani oleh juara sepanjang masa.
Big Bang Unico TMT! Apakah cabaran anda seterusnya?
Sumber: Hublot