omniture

Pakar Pembiayaan Perdagangan, Bachmann & Welser dan Syarikat Rakan Kongsi mempunyai Kemudahan untuk Keluarkan dan Jana Untung Instrumen Perbankan

Bachmann & Welser Global Group & Subsidiaries
2018-02-14 01:40 1079

HONG KONG, 14 Februari 2018 /PRNewswire/ --

Bachmann & Welser Global Group & Subsidiari-subsidiari memperkenalkan Instrumen Bank bagi membantu pelanggan dalam pengewangan, modal kerja bermula daripada USD 1 juta ke atas menerusi instrumen berikut:

  • BG - Jaminan Bank 
  • SBLC - Surat Kredit Tunggu Sedia 
  • LC- Surat Kredit 

Instrumen Bank digunakan untuk semua kategori transaksi; khususnya untuk perdagangan import dan eksport selain beberapa instrumen yang disebutkan di atas yang boleh didagangkan melalui pedagang yang dilesenkan dan dikawal selia sepenuhnya untuk program-program dengan permodalan kecil atau hasil yang tinggi.

Bachmann & Welser Global Group & Subsidiari-subsidiari turut membantu banyak pelanggan menubuhkan kemudahan kredit mereka sendiri dengan bank-bank mereka dan memanfaatkan kuasa instrumen bank.

Terdapat protokol-protokol dikawal selia yang perlu diikuti dengan ketat apabila menggunakan Instrumen Bank; protokol-protokol ini dikawal oleh ICC - International Chamber of Commerce (Dewan Perniagaan Antarabangsa).

Atas sebab ini, pasukan pakar dalaman Bachmann & Welser membantu para pelanggan dengan semua keperluan Instrumen Bank.

Pengewangan instrumen bank (BG atau SBLC) ialah proses mencairkan instrumen bank yang sah, menukarkannya kepada wang sah, iaitu wang tunai.

Pengewangan dapat diselesaikan melalui bukan-rekursa (tanpa bayaran balik) atau rekursa (bayaran balik pinjaman menurut terma yang dipersetujui).

Kedua-dua opsyen mempunyai LTV (pinjaman kepada nilai) yang diberikan sebaik sahaja pematuhan dan rundingan bermula.

Bachmann & Welser Global Group & Subsidiari-subsidiari mempunyai kemudahan pengewangannya sendiri dan bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi utama seperti bank-bank Terbaik Dunia untuk menjana wang daripada instrumen untuk pelanggan seluruh dunia.

Bachmann & Welser Global Group & Subsidiari-subsidiari juga boleh mempertimbangkan pengewangan instrumen bank yang dikeluarkan daripada semua institusi atau bank.

Tiada kemudahan yang "sesuai untuk semua keadaan" apabila menjana kewangan daripada instrument bank memandangkan terdapat pelbagai faktor yang perlu dipertimbangkan seperti:

  • Penarafan bank dari lokasi instrumen tersebut dikeluarkan.
  • Penarafan dan bidang kuasa bank-bank yang menerima.
  • Daya tahan projek.
  • Sama ada ia merupakan bayaran balik terus atau dagangan.
  • Amaun nilai muka instrumen bank.

Pengewangan instrumen bank ialah cara hebat bagi mengumpul dana untuk projek. Oleh itu, semua penyelesaian pengewangan kami memerlukan gambaran ringkas projek bagi tujuan pematuhan. Setelah pematuhan telah diselesaikan, terma-terma penuh dan LTV akan disediakan kepada pelanggan berdasarkan maklumat yang diberikan.

Kami berpeluang menjana wang daripada instrumen yang disewa dan dibeli dengan sewaan yang memberikan LTV lebih rendah.

Bachmann & Welser Global Group & Subsidiari-subsidiari menawarkan bayaran balik pengewangan tunai secara terus, atau boleh dibayar balik sebahagiannya, dan menggunakan baki dana untuk melibatkan pelanggan dalam platform perdagangan.

Nasihat Penting 

Mereka yang mempunyai instrumen bank atau ingin mengumpul instrumen bank seperti SBLC atau BG bagi tujuan pembiayaan dinasihat untuk berbincang dengan Bachmann & Welser secara idealnya, sebelum mengeluarkan instrumen. Ramai pelanggan yang berakhir dengan kertas instrumen bank namun malangnya tiada apa yang dapat dilakukan. Ini berpunca daripada khidmat nasihat yang lemah daripada bank-bank atau institusi-institusi kewangan yang mengeluarkan kertas instrumen bank.

  • BACHMANN & WELSER GLOBAL GROUP & SUBSIDIARI-SUBSIDIARI MENDAFTAR DALAM KESATUAN COMOROS AND SCOTLAND. 
    KAMI BERPEGANG TEGUH PADA SEMUA PERATURAN FCA UK DAN BUTIRAN LANJUT TENTANG SYARIKAT RAKAN KONGSI DIKAWAL SELIA AKAN DISEDIAKAN SETELAH PEMATUHAN DISELESAIKAN. Sila emelkan atau hubungi pasukan kami bagi sebarang pertanyaan pengewangan: enquiries@bachmannwelser.com  Tel: +44(0)131-357-0361

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: 
Sarah Atkins 
Pegawai Perhubungan Media
Sarah.Atkins@bachmannwelser.com 

Source: Bachmann & Welser Global Group & Subsidiaries
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services Financial Technology