AUSTIN, Texas, 15 Februari 2018 /PRNewswire/ -- Lima tahun lalu, Ryan Wiseman berada di puncak kehidupannya.
"Saya ingatkan kehidupan saya cukup sempurna," kata Wiseman. "Saya sentiasa memastikan badan saya sihat. Saya menjaga diri saya dari segi mental dan fizikal. Hubungan saya juga kukuh."
Tidak lama kemudian, semasa pemeriksaan perubatan rutin dijalankan ketika berkhidmat dalam tentera di California, doktor-doktor mendapati beliau menghidap Pemfibrilan Atrium atau A Fib.
"Pemfibrilan atrium ialah gangguan ritma pada bahagian atas ruang jantung sewaktu ruang atas kehilangan fungsi mekanikal, yang menyebabkan ia tidak mengecut," kata Andrea Natale, M.D., F.H.R.S., F.A.C.C., F.E.S.C., pengarah perubatan eksekutif Institut Aritmia Kardium Texas (TCAI) di Pusat Perubatan St. David.
"Tiba-tiba, segala-galanya berubah, dan saya tidak mampu lagi untuk bersenam. Saya mungkin tidak dapat hidup selama mana yang saya harapkan," kata Wiseman. "Semua ini juga merupakan kejutan emosi buat isteri dan saya sendiri."
Hanya dalam tempoh lima tahun, Wiseman menjalani 10 kardioversi, empat ablasi dan satu pembedahan yang gagal untuk merawat A Fib beliau, namun semuanya tidak berhasil.
"Selepas ablasi ketiga, pakar kardiologi yang saya temui di luar Denver mencari tempat alternatif yang boleh saya tuju di serata negara dan mereka berkata, "Kami telah melakukan yang terbaik. Kami tidak mahu lagi mengambil sebarang risiko yang kami rasakan tidak mampu untuk kami tanggung. Kami akan membawa anda menemui individu terbaik yang ada di dalam negara ini," kata Wiseman. "Jadi, mereka memperkenalkan saya kepada Dr. Natale."
"Usia biasa bagi seseorang yang mengalami A Fib ialah sekitar akhir 50-an, awal 60-an, maka jelas sekali Ryan ialah satu pengecualian, namun ini merupakan satu penyakit genetik," kata Dr. Natale. "Malangnya, disebabkan ruang atas tidak mengecut, A Fib boleh meningkatkan risiko strok dan kegagalan jantung."
A Fib ialah aritmia kardium yang paling kerap berlaku, menjejaskan kesihatan berjuta-juta warga Amerika. A Fib boleh menyebabkan darah terkumpul dan membentuk darah beku pada bahagian kiri apendaj atrium (LAA). Sekiranya darah beku terkeluar, ia boleh mengalir ke otak dan menyebabkan strok.
Kira-kira 20 peratus daripada semua kejadian strok berlaku terhadap pesakit dengan A Fib, dan strok berkaitan A Fib ini seringkali membawa maut dan melumpuhkan. Rawatan paling biasa untuk mengurangkan risiko strok dalam kalangan pesakit dengan A Fib ialah penggunaan ubat warfarin yang mencairkan darah. Biarpun belum terbukti keberkesanannya, penggunaan ubat warfarin secara jangka panjang tidak dapat diterima baik oleh beberapa pesakit, dan ia juga mempunyai risiko komplikasi pendarahan.
Hasilnya, doktor-doktor memutuskan untuk menutup LAA Wiseman secara mekanikal menggunakan Alat Penutupan Apendaj Atrium Kiri (LAAC) WATCHMAN.
Implan WATCHMAN ialah implan kekal yang direka untuk menutup LAA bagi memastikan darah beku yang memudaratkan daripada LAA tidak memasuki aliran darah. Dengan terus menutup LAA, risiko strok mungkin dapat dikurangkan, dan lama kelamaan, pesakit mungkin dapat berhenti mengambil warfarin.
"Bayangkan payung yang dibuka dengan cepat dan menutupnya," kata Dr. Natale.
"Bagi menghapuskan risiko strok dan tidak perlu lagi mengambil ubat cair darah—adalah suatu nikmat besar buat saya," kata Wiseman. "Peluang untuk kembali berlari dan tidak perlu lagi bimbang tentang rebah atau seseorang memukul saya di bahagian dada. Saya bergurau mengenainya bersama rakan-rakan saya, 'Eh, jangan pukul bahagian dada saya. Saya mengambil ubat cair darah, saya mungkin akan mati,' Pada satu tahap, ia agak lucu, tetapi dalam masa yang sama, ia merupakan risiko mengancam nyawa yang sebenar yang mana sekiranya saya jatuh beberapa anak tangga, saya mungkin tidak bangun lagi."
"Hakikat ini benar bagi mana-mana pesakit, bukan sahaja Ryan, namun untuk beliau, ia lebih penting kerana beliau seorang bapa yang masih muda, maka beliau perlu menjaga anak-anak yang masih kecil—dan dalam masa yang sama, beliau harus memastikan beliau dapat menyara kehidupan keluarganya," kata Dr. Natale. "Jadi, hakikatnya, ia benar-benar penting."
Kini, pada usia 32 tahun, Wiseman sihat semula.
"Saya berasa sangat hebat, suatu perasaan yang begitu hebat untuk dialami," kata Wiseman. "Apabila anda menghidap pemfibrilan atrium, jantung anda tidak mengepam dengan cekap, dan umumnya, anda tidak bahagia. Dan umumnya, saya berasa sihat— ia suatu yang hebat."
WATCHMAN diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan A.S. pada Mac 2015. TCAI terlibat dalam percubaan klinikal bagi mengkaji keberkesanannya di Amerika Syarikat selama hampir sedekad lamanya, dan ia merupakan kemudahan pertama di Texas yang mengimplan alat WATCHMAN dalam pesakit yang menghidap A Fib bukan-injap pada tahun 2015.
Perhubungan Media:
Erin Ochoa
Perhubungan Awam Elizabeth Christian
512-472-9599