omniture

Namirial Group Tubuhkan Subsidiari Baharu di Jerman

Namirial
2018-02-15 16:56 1130

SENIGALLIA, Itali, 15 Februari 2018 /PRNewswire/ -- Namirial Group, peneraju global bagi penyelesaian Pengurusan Transaksi Digital (DTM), menubuhkan subsidiari baharu di Jerman, Namirial Deutschland GmbH, bagi mempercepatkan penerimaan penyelesaian syarikat untuk pengecaman, pengesahan dan tandatangan elektronik. Pejabat berkenaan ialah lokasi ke-20 daripada Namirial Group. Berjuta-juta pengguna melakukan e-tandatangan setiap hari menerusi penyelesaian Namirial.

generated by system

Namirial merekrut pasukan awal yang terdiri daripada para eksekutif jualan, pembangunan perniagaan dan pemasaran yang berpengalaman. Ia diketuai oleh Johannes Leser, yang menyertai syarikat sebagai Pengarah Urusan bersama-sama Antonio Taurisano, yang juga merupakan Pengurus Besar Pengurusan Transaksi Digital Namirial Group. Turut berada dalam pasukan tersebut ialah Irina Kulakova selaku Perunding Kanan Penyelesaian, Ralph Maute sebagai Ketua Perunding Penyelesaian dan Joerg Lenz sebagai Pengarah Pemasaran dan Perhubungan Awam. Pasukan awal ini mempunyai gabungan pengalaman selama lebih 60 tahun dalam penyelesaian pengurusan transaksi digital. Pejabat baharu mereka akan ditempatkan di wilayah Stuttgart.

Claudio Gabellini dan Enrico Giacomelli, pengasas dan pemilik Namirial Group mengulas: "Sejak tahun 2014, Peraturan eIDAS telah memajukan perniagaan Eropah kami dengan begitu hebat. Kumpulan pelanggan kami di Jerman dan beberapa negara jiran turut berkembang maju dengan pesat. Subsidiari baharu kami ialah satu tindak balas semula jadi terhadap peningkatan permintaan untuk penyelesaian kami dan merupakan sebahagian daripada strategi pertumbuhan mampan kami dalam tempoh jangka panjang. Usaha peluasan terkini kami diikuti dengan tahun 2017 yang amat berjaya, ditonjolkan oleh kejayaan pelancaran penyelesaian bawaan pelanggan hujung-ke-hujung digital kami termasuk pengecaman video secara langsung untuk pengguna jarak jauh."

Antonio Taurisano menjelaskan: "Kami berasa teruja kerana mempunyai pasukan yang mantap dan berpengalaman yang terlibat bersama pelanggan, rakan kongsi dan bakal pelanggan selain membimbing mereka dalam perjalanan transformasi digital mereka. Peraturan eIDAS menyediakan banyak pilihan baharu untuk mewujudkan proses-proses yang berkesan kos dan mesra pengguna dalam semua saluran. Proses suaikenal dan kontrak pelanggan yang cekap merupakan keutamaan tertinggi dalam banyak organisasi. Sijil-sijil patuh eIDAS yang berkelayakan perlu dimiliki dalam banyak senarai tindakan B2C dan kami dapat menampung semua keperluan terhadap pengurusan transaksi digital yang boleh dipercayai dan dipatuhi."

Johannes Leser menambah: "Kertas masih menjadi penghalang dalam kebanyakan proses perniagaan. Kami berasa amat teruja untuk menyokong pelanggan dan rakan kongsi Namirial menerusi kemahiran dan pengalaman kami dalam proses, teknologi dan industri bagi mengeluarkan kertas daripada aliran kerja mereka melalui kaedah yang dipercayai selain menyediakan pengalaman tandatangan yang menarik. Namirial menyediakan platform untuk memastikan proses-proses ini kekal fleksibel, khususnya pengecaman dan pengesahan yang kritikal dan berkaitan keselamatan pengguna mereka."

Latar Belakang Namirial  

Namirial ialah peneraju global bagi keselamatan dipercayai untuk Pengurusan Transaksi Digital menerusi penyelesaian untuk pengecaman elektronik pengguna, pengesahan berbilang-faktor, pensijilan digital, tandatangan elektronik, invois elektronik dan juga pengarkiban digital. Syarikat telahpun mendapat pengesahan untuk banyak produk dan perkhidmatan termasuk menjadi Penyedia Perkhidmatan Dipercayai dengan Kelayakan eIDAS. Namirial menggaji lebih 350 kakitangan dan memproses beberapa juta transaksi setiap hari. Selain beberapa pejabatnya yang pelbagai di Itali, Namirial group mengendalikan subsidiari-subsidiari di Austria, Brasil, Jerman dan Romania dan turut diwakili di Amerika Syarikat.

Pada akhir tahun 2015 Namirial mengambil alih syarikat Austria Xyzmo, amat dikenali dengan perisian tandatangan biometrik tulisan tangannya, "Significant" yang kini dipasang di lebih 375,000 tempat kerja. Hari ini, Namirial mempunyai portfolio e-tandatangan yang lengkap bagi memenuhi situasi menandatangan secara jarak jauh dan menawarkan suit penyelesaian yang amat fleksibel demi penyepaduan berlabel putih sepenuhnya yang lancar.

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.namirial.com/it/  atau ikuti kami melalui LinkedIn dan Facebook.

Source: Namirial
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics High Tech Security