omniture

Football for Friendship Gazprom 2018 Bakal Satukan Kanak-Kanak dari 211 Negara dan Wilayah

Gazprom Football for Friendship
2018-02-17 02:41 1183

MOSCOW, 17 Februari 2018 /PRNewswire/ --

Pemilihan Terbuka (Open Draw) Football for Friendship 2018 (F4F) telah diadakan hari ini di Moscow. F4F merupakan program Sosial Kanak-Kanak Antarabangsa yang dilaksanakan oleh syarikat Gazprom – rakan kongsi rasmi FIFA dan Piala Dunia 2018 Rusia. Matlamat program ini ialah untuk melibatkan generasi muda di seluruh dunia dalam mempromosi nilai-nilai penting manusia di kalangan rakan-rakan sebaya – persahabatan, kesamaan, keamanan dan hormat kepada budaya dan kerakyatan yang berbeza. 211 negara dan wilayah menyertai Football for Friendship 2018. Acara akhir musim ini akan diadakan di Moscow, Rusia, 8 – 15 Jun 2018.

generated by system

32 Pasukan Persahabatan Antarabangsa dibentuk semasa Pemilihan Terbuka, serta peranan bermain untuk setiap Pemain Muda dari setiap negara (penjaga gol, pemain pertahanan, pemain tengah atau hadapan) ditentukan. Pasukan-pasukan ini diatur menggunakan prinsip "bola sepak untuk persahabatan" – atlit dari kerakyatan, jantina dan keupayaan fizikal yang berbeza akan bermain dalam satu pasukan. Umur para pemain ialah 12 tahun. Setiap Pasukan campuran Antarabangsa akan dilatih oleh Jurulatih-jurulatih Muda - pemain bola sepak yang berumur 14 – 16 tahun dari pelbagai negara. Lebih daripada 5000 media dari seluruh dunia akan membuat liputan acara program, serta Pusat Akhbar F4F Kanak-Kanak Antarabangsa, terdiri daripada wartawan-wartawan muda berumur 12 tahun dari 211 negara dan wilayah. Pemilihan peserta di peringkat kebangsaan yang akan menjadi Duta-Duta Muda untuk keamanan, persahabatan dan kesamaan di negara mereka telah bermula di seluruh dunia.

Sebagai inisiatif ekologi Football for Friendship, kesemua 32 Pasukan Persabahatan Antarabangsa dinamakan sempena haiwan-haiwan terancam di semua benua di dunia. Duta Muda F4F dari pelbagai negara menyertai majlis Pemilihan Terbuka: Zahar Badyuk (Rusia), Runqi Chui (China), Juan Manuel Pinola Silveira (Uruguay), Lilya Matsumoto (Jepun), Ananya Kamboj (India), Christopher Sowah Mensah (Ghana). Pengerusi Lembaga Pengarah PJSC Gazprom En. Victor Zubkov, Setiausaha Agung FIFA Cik Fatma Samoura, pemain luncur Rusia, juara Olimpik Cik Adelina Sotnikova, juara dua kali Rusia, juara ragbi kerusi roda Eropah En. Yuri Kamenets, Legenda bola sepak dunia En. Marco van Basten memberikan ucapan kepada para peserta dengan kata-kata sokongan untuk program Football for Friendship.  

Versi video Pemilihan Terbuka Football for Friendship 2018 boleh didapati di saluran rasmi YouTube F4F https://www.youtube.com/user/FOOTBALL4FRIENDSHIP .

http://www.gazprom-football.com

Source: Gazprom Football for Friendship
Keywords: Sporting Events Sports Children-related news