CHIAYI, Taiwan, 17 Februari 2018 /PRNewswire/ -- Festival Tanglung Taiwan mendapat pujian oleh Discovery Channel sebagai salah satu festival yang terbaik di seluruh dunia. Selepas sebelas kali dalam tempoh sebelas tahun, Majistret Chiayi, Cik Helen Chang Hua-guan, sekali lagi memimpin Daerah Chiayi bagi menganjurkan pesta rakyat tahunan itu pada 16 Februari ini.
Festival tahun ini, berserta acara-acara yang dipersembahkan oleh Korea Battuta Flying Drummer, pasukan tarian WEN SHYANG, New Image Theatre Acrobatics Group dan pertunjukan Korea Chef, mengubah tapak Cawangan Selatan Muzium Istana Taiwan, yang terletak betul-betul di Price Boulevard di Daerah Chiayi, menjadi dunia impian teknologi, seni, cahaya dan bayang-bayang.
Festival Tanglung Taiwan 2018 bakal diadakan dalam cara yang berbeza berbanding acara-acara yang sama sejak beberapa tahun lalu. Kebiasaannya acara ini mengajak para pengunjung untuk menumpu hanya pada tanglung. Menerusi cahaya daripada barisan lampu yang dipasang di dalam air, darat dan udara di kawasan berkeluasan 50 hektar, para pengunjung tahun ini disajikan dengan gabungan antara himpunan cahaya berseni serta lampu dan bayang-bayang yang berubah-ubah, membolehkan mereka menikmati begitu banyak ledakan humanistik dan pemandangan Chiayi. Ia dibuka pada hari pertama tahun kalendar lunar Cina dan akan berlangsung selama 24 hari, menjadikannya festival tanglung paling lama diadakan.
Semasa majlis perasmian, para penonton yang begitu ramai disajikan dengan persembahan istimewa daripada Korea Battuta Flying Drummer. Dibantu oleh sistem gantung yang dikawal oleh komputer, pemain-pemain dram berupaya mempersembahkan pertunjukan mereka naik-dan-turun mengikut tempo muzik.
Di samping itu, persembahan muzikal "The Utopia of Love Skyline" yang dipersembahkan oleh WEN SHYANG menonjolkan daya kreativiti daerah berkenaan.
Para pengunjung turut terpukau dengan tarian, drama, pertunjukan silap mata, muzik, opera Taiwan, sarkas dan akrobatik oleh New Image Theatre Group selain pertunjukan Korea Chef.
Ramai pengunjung pada hari pertama acara beratur untuk mengunjungi "Affinity", karya seni pemasangan oleh pasukan Australia, The Amigos. Semakin lama seseorang menyentuh bola lampu yang mempunyai gabungan 62 warna berbeza, semakin jauh cahaya akan meluncur, meninggalkan memori yang tidak dapat dilupakan kepada para peserta.
Latar Belakang Festival Tanglung Taiwan 2018 di Chiayi
| Tarikh: |
16 Februari hingga 11 Mac 2018. |
| Tempat: |
Cawangan Selatan Muzium Istana Negara, Prince Blvd, Daerah Chiayi |
| Laman Sesawang: |
|
| Video: |
Perhubungan Akhbar:
Global News Center
+886-2-23587566
Emel: runachen@iclick.com.tw