omniture

Aeroflot Open 2018 Bermula di Moscow pada 19 Februari

Aeroflot
2018-02-20 03:27 869

MOSCOW, 20 Februari 2018 /PRNewswire/ --

Festival catur antarabangsa Aeroflot Open 2018 bakal diadakan dari 19 Februari hingga 1 Mac di Hotel Cosmos.  Pertandingan ini merupakan salah satu daripada pertandingan yang tertua dan paling popular, dan secara tradisinya diadakan dengan sokongan Aeroflot.  Acara tahun ini diadakan di ibu negara Rusia buat kali ke-16 dan menghimpunkan barisan peserta yang mantap.

Aeroflot Open terdiri daripada tiga pertandingan (A, B dan C), yang disertai oleh para pesaing berdasarkan kedudukan mereka.  Para pemain dalam semua bahagian akan bermain mengguna sembilan pusingan sistem Swiss.  Seperti kebiasaannya, minat akan tertumpu pada kumpulan "A", yang mana para pemain terdiri daripada mereka mempunyai kedudukan 2,550 atau lebih tinggi.

Senarai pemain pertandingan "A" tahun ini termasuk pemain utama seperti Vladimir Fedoseev, pemenang Aeroflot Open 2017 (Rusia, 2,724); Vidit Gujrathi, pemenang pertandingan Tata Steel Challengers 2018 (India, 2,723); Dmitry Andreikin, juara Rusia 2012 (2,712), bekas juara blitz Eropah Rauf Mamedov (Azerbaijan, 2,709); juara semasa Eropah Maxim Matlakov (Rusia, 2,709); Vladislav Artemiev, pemenang Higher League of the Russian Championship 2015 (2,697); bekas juara Eropah Ernesto Inarkiev (Rusia, 2,684); Evgeny Naer, bekas juara Eropah dan pemenang Aeroflot Open 2016 (Rusia, 2,683); dan banyak lagi bintang lain.

Lebih daripada 90 pemain catur dari 23 negara akan bertanding dalam pertandingan "A".  Pemenang keseluruhan pertandingan akan menerima tiket ke pertandingan elit di Dortmund (12-23 Julai 2018).

Pertandingan ini menyediakan hadiah istimewa untuk keputusan terbaik dalam kalangan veteran, wanita dan junior (berjumlah EUR 2,500).  Setiap peserta akan menerima hanya satu hadiah.  Jumlah dana keseluruhan hadiah ialah EUR 120,000.

Ketua Pegawai Eksekutif Aeroflot Vitaly Saveliev berkata: "Selama bertahun-tahun, Aeroflot menyediakan sokongan komprehensif dalam mempromosikan acara sukan dan mempopularkan pelbagai sukan.  Festival Aeroflot Open yang kami taja mempunyai reputasi sebagai satu acara global dan salah satu pertandingan yang paling mesra dan popular dalam dunia catur.  Kedua-dua jenis peserta grandmaster dan amatur mengambil bahagian; untuk mereka yang amatur ia merupakan acara yang menjadi pemula bagi kerjaya sukan yang hebat."

Persekutuan Catur Rusia dan Persatuan Persekutuan Catur merupakan penganjur bersama pertandingan ini.  Aeroflot Open ini dianggap pertandingan catur terbuka yang paling mendapat sambutan di dunia.  Pada tahun 2004, ia dimasukkan dalam Guinness Book of Records kerana bilangan grandmaster yang mengambil bahagian.  Sejak bertahun-tahun, lima juara dunia dan lebih daripada sepuluh pencabar kejohanan dunia telah mengambil bahagian.

 Latar Belakang Aeroflot 

Aeroflot merupakan syarikat penerbangan kebangsaan Rusia dan ahli pakatan penerbangan global SkyTeam.  Aeroflot dan rakan kongsinya berkhidmat kepada 1,074 destinasi dalam 177 negara di seluruh dunia.  Pada tahun 2017, Aeroflot membawa 32.8 juta penumpang (50.1 juta penumpang bagi Aeroflot Group termasuk subsidiari).

Aeroflot menjadi syarikat penerbangan pertama Rusia yang dianugerahkan status Syarikat Penerbangan Empat Bintang oleh Skytrax bagi mengiktiraf khidmat pelanggannya yang berkualiti tinggi.  Dalam tahun 2017, Aeroflot dinamakan Syarikat Penerbangan Terbaik di Eropah Timur buat kali keenam di Anugerah Skytrax World Airline.

Pada tahun 2017, Aeroflot dinamakan jenama paling hebat di Rusia dan jenama syarikat penerbangan paling mantap di dunia oleh peneraju penilaian dan rundingan strategi Brand Finance.  Aeroflot turut dinamakan Syarikat Penerbangan Besar Terbaik di Eropah oleh pengembara TripAdvisor dan diiktiraf sebagai Syarikat Penerbangan Antarabangsa Kegemaran China di Majlis Anugerah Flyer 2017.

Aeroflot mengendalikan salah satu kumpulan pesawat termuda di dunia dengan 228 pesawat penerbangan.  Aeroflot berpangkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo, Moscow.

Aeroflot merupakan antara peneraju global dalam keselamatan penerbangan, dengan Indek Penilaian Keselamatan Kapal Terbang Asing (SAFA) Komuniti Eropah, parameter keselamatan utama yang diiktiraf di peringkat global, setanding dengan syarikat setara global.

Syarikat penerbangan Rusia yang pertama memasuki daftar Audit Keselamatan Operasi IATA (IOSA), membaharui pendaftarannya buat kali ketujuh dalam tahun 2017, Aeroflot telah berjaya melepasi Audit Keselamatan untuk Operasi Di Darat IATA (ISAGO) dan patuh ISO 9001:2015, ISO 14001:2004 sepenuhnya.

Ketahui lebih lanjut di http://www.aeroflot.com/

Source: Aeroflot
Related Stocks:
RTS:AFLT
Keywords: Airlines/Aviation Passenger Aviation Sporting Events Sports Transportation Travel