omniture

Borderless Access Lancar 'TAPP' - Kunci kepada Dunia Tingkah Laku dan Emosi Pengguna

Borderless Access Panels Pvt Ltd.
2018-02-20 09:00 980

BANGALORE, India, 20 Februari 2018 /PRNewswire/ -- Borderless Access, sebuah Syarikat Penyelesaian MR Digital bertaraf global, memudahkan capaian jenama kepada pelbagai tingkah laku, emosi dan mikro-momen pengguna menerusi produk revolusioner baharunya 'TAPP ' Pelancaran ini sejajar dengan visinya untuk menjadi peneraju global dalam menyediakan penyelesaian kajian pasaran digital bagi memahami pengalaman dan tingkah laku pengguna, dalam pasaran yang berkembang pesat dan membangun di dunia; dipacu oleh Analitik dan Teknologi termaju.

Mengulas tentang pelancaran TAPP, Ruchika Gupta, Ketua Pegawai Eksekutif Borderless Access berkata, "Memandangkan penggunaan telefon pintar, media sosial dan platform komunikasi digital yang lain terus meningkat, ia menawarkan peluang yang luas untuk memahami tingkah laku pengguna pada masa sebenar dan butiran lebih terperinci berbanding sebelum ini. Ini akan memberi faedah kepada jenama-jenama yang sentiasa tercari-cari cara untuk mendekati pelanggan mereka pada saat terbaik bagi menawarkan produk dan perkhidmatan. Menerusi pengalaman kami selama bertahun-tahun untuk memahami pengguna di seluruh kawasan, kami membangunkan TAPP, yang telah menjalani ujian rintis menerusi dua jenama global utama, membolehkan mereka memahami detik-detik kehidupan dan pengalaman pengguna pada slot masa dan lokasi yang berbeza."

Produk TAPP mengenal pasti pola dan trend dengan melihat interaksi pengguna dan keadaan emosi serta tingkah laku dalam persekitaran mereka menerusi kaedah yang unik dan algoritma pembelajaran mesin untuk mendapat maklumat beraneka dan mudah ditafsir yang boleh diambil tindakan untuk jenama-jenama. Dengan TAPP, pemasar dan penyelidik dapat memahami mikro-momen pengguna untuk membangunkan komunikasi, mengurus pengaktifan jenama, menguji konsep, menambah baik produk dan banyak lagi.

TAPP memperkasa pemasar dan penyelidik untuk menyasarkan in-situ dan membangunkan kandungan dengan cekap berdasarkan kisah-kisah mereka.

Latar Belakang Borderless Access:

Borderless Access , sebuah syarikat penyelesaian MR digital bertaraf global, menyediakan akses kepada pengalaman dan detik-detik kehidupan pengguna yang terlibat daripada audiens yang sukar didekati (Pengguna, B2B & Khalayak Pakar, termasuk Penjagaan Kesihatan) dalam pasaran-pasaran baru muncul dan membangun, dipacu oleh Analitik Teknologi & Komuniti untuk kumpulan pelanggan global daripada firma-firma MR, Agensi-agensi Pengiklanan, Firma-firma Khidmat Runding dan Perusahaan Akhir.

Tumpuannya terhadap inovasi turut melibatkan penyediaan produk & penyelesaian kajian pasaran, seperti Panel Solutions, SmartSight, HealthSight dan TAPP.

Perhubungan Media:
Anshul Agarwal
Marketing@borderlessaccess.com  

Sumber: Borderless Access Panels Pvt Ltd.

Source: Borderless Access Panels Pvt Ltd.
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Household/Consumer/Cosmetics Internet Technology Multimedia/Online/Internet New products/services Data Analytics