omniture

Forbes Travel Guide Umum Anugerah Penilaian Bintang 2018

Forbes Travel Guide
2018-02-20 21:00 1281

199 Hotel Seluruh Dunia Terima Anugerah Lima Bintang Rebutan; 27 Hotel Baharu Raih Pengiktirafan Tertinggi Buat Julung Kali

Dilancar di 15 Destinasi Baharu, bersama Kumpulan Pemenang Terbesar dan Paling Pelbagai, Anugerah Teruskan Peluasan Global ke Timur Tengah dan Afrika

Penampilan Sulung Timur Tengah dengan Empat Hotel Lima Bintang, 21 Hotel Empat Bintang dan Enam Hotel Yang Disyorkan; Amerika Selatan Peroleh Hotel Lima Bintang Pertamanya

Forbes Travel Guide Sambut Ulang Tahun ke-60 Pada 2018, Umum Reka Bentuk Semula Laman Sesawang

ATLANTA, 20 Februari 2018 /PRNewswire/ -- Tatkala ia meraikan ulang tahun ke-60 yang bersejarah, hari ini Forbes Travel Guide menyiarkan senarai ke-60 bagi pemenang Penilaian Bintang seluruh dunia, yang meneruskan pendekatannya yang amat selektif bagi mengiktiraf hartanah paling mewah di dunia dan mengganjari perkhidmatan yang berbudi bahasa dan intuitif.

Pemenang-pemenang anugerah 2018 termasuk 27 hotel Lima Bintang baharu, 70 hotel Empat Bintang baharu dan 76 hotel baharu yang Disyorkan. Penerima pertama kali yang lain termasuk lima restoran Lima Bintang, 24 restoran Empat Bintang dan 10 restoran yang Disyorkan. Senarai tersebut turut mengiktiraf lima spa Lima Bintang baharu dan 29 spa Empat Bintang baharu. Sila lihat senarai lengkap pemenang di sini.

Forbes Travel Guide memberi penilaian kepada hartanah-hartanah di 50 negara di seluruh benua Amerika, Eropah, Asia Pasifik, Afrika dan Timur Tengah. Destinasi-destinasi baharu bagi tahun 2018 termasuk: Abu Dhabi, Amsterdam, Aruba, Chengdu, Dubai, Hokkaido, Jamaica, Kuala Lumpur, Madrid, Marrakech, Okinawa, Panama, Prague, Sanya dan Vienna. Tatkala Forbes Travel Guide menyambut ulang tahun tahun ke-60nya, ia akan berkembang ke 60 negara bagi Penilaian Bintang 2019.

"Ini merupakan tahun bersejarah buat Forbes Travel Guide. Ulang tahun kami memperingati 60 tahun yang menarik dalam menyediakan perkhidmatan kepada hotel dan tetamu," kata Gerard J. Inzerillo, Ketua Pegawai Eksekutif Forbes Travel Guide. "Sebagai sumber paling dipercayai oleh pengembara, kami terus melaksanakan misi kami untuk menentusahkan kemewahan seluruh dunia. Kami berbesar hati dapat mengiktiraf para penerima Penilaian Bintang 2018, himpunan hotel, restoran dan spa yang cemerlang dengan budaya perkhidmatan yang mantap. Ia merupakan kumpulan terbesar dan paling bersifat global bagi hartanah yang Diberi Penilaian Bintang dalam sejarah syarikat kami. Kami mengucapkan tahniah kepada hartanah-hartanah ini atas dedikasi mereka terhadap kecemerlangan perkhidmatan."

Bersempena dengan ulang tahun Forbes Travel Guide, syarikat memperkenalkan laman sesawangnya yang direka bentuk semula, forbestravelguide.com, yang memaparkan dengan indah himpunan global hartanahnya yang Diberi Penilaian Bintang.

Bagi meraikan penerimaan anugerah tersebut, para pemenang yang Diberi Penilaian Bintang diundang menghadiri Verified, Sidang Kemuncak Mewah Forbes Travel Guide di The Beverly Hilton bertempat di Beverly Hills pada 27 dan 28 Februari. Ia akan membawakan barisan chef yang terkenal, termasuk Geoffrey Zakarian dan Wilfrid Hocquet, Georgie, Beverly Hills; Jean-Georges Vongerichten dan Richard Archuleta, Jean-Georges Beverly Hills; William Bradley, Addison Restaurant, San Diego; Samir Roonwal, The Blvd, Beverly Hills; Hilary Henderson, CUT, Beverly Hills; Kaleo Adams, The Polo Lounge, Beverly Hills; Giuseppe Manco, The Restaurant di Mr. C, Beverly Hills; Craig Strong, Studio, Laguna Beach; Hugo Bolanos, Wolfgang Puck di Hotel Bel-Air, Beverly Hills; dan Derek Poirier, Valrhona. Moët & Chandon, Champagne Rasmi 2018 bagi Forbes Travel Guide, akan membantu semua orang untuk minum ucap selamat bagi perayaan tersebut. Diageo akan menaja minuman beralkohol, manakala Luxe Bloom akan menyediakan bunga.

Bagi menonjolkan sambutan 60 tahun Forbes Travel Guide dalam segmen perjalanan, Pan Am Experience yang terkenal akan berada di Verified dan membawa para peserta kembali ke zaman kegemilangan penerbangan menerusi acara retro yang dilhamkan oleh syarikat penerbangan.

SOROTAN UTAMA, TREND & FAKTA MENARIK BAGI TAHUN 2018 

  • Antara 1609 Pemenang
    • 199 hotel Lima Bintang, 513 hotel Empat Bintang dan 309 hotel yang Disyorkan.
    • 64 restoran Lima Bintang, 171 restoran Empat Bintang dan 83 restoran yang Disyorkan.
    • 60 spa Lima Bintang dan 210 spa Empat Bintang.
  • Baharu dan Patut Diberi Perhatian
    • Timur Tengah muncul dengan kemenangan besar. Ia menerima empat anugerah hotel Lima Bintang (Burj Al Arab Jumeirah, Dubai; Emirates Palace, Abu Dhabi; Four Seasons Hotel Dubai International Financial Centre; Four Seasons Resort Dubai di Pantai Jumeirah). Ia turut memperoleh 21 hotel Empat Bintang dan enam hotel yang Disyorkan.
    • Amerika Selatan berjaya mendapatkan hotel Lima Bintang pertamanya. Terletak di dalam Taman Negara Iguacu, Brazil di tengah-tengah Air Terjun Iguassu, Belmond Hotel das Cataratas menerajui wilayah tersebut dari segi kecemerlangan perkhidmatan.
    • Marrakech dilancarkan dengan dua hotel Lima Bintang (Mandarin Oriental, Marrakech; Royal Mansour Marrakech), dua hartanah Empat Bintang (Four Seasons Resort Marrakech, La Mamounia) dan dua hotel yang Disyorkan (Amanjena, Selman Marrakech).
    • Bandar Raya New York meraih dua kemenangan Lima Bintang baharu: Baccarat Hotel and Residences dan Four Seasons Hotel New York Downtown. Sebuah hotel Empat Bintang yang baharu turut ditambah: Archer Hotel New York.
    • Munich mengalu-alukan hotel Lima Bintang sulungnya, Mandarin Oriental, Munich. Ini turut disertai dengan anugerah Empat Bintang The Charles Hotel, Rocco Forte Hotel; Hotel Bayerischer Hof; dan Hotel Vier Jahreszeiten Kempinski Munich, berserta hartanah yang Disyorkan Hotel München Palace dan Sofitel Munich Bayerpost.
    • Jepun meraih pencapaian penting. The Ritz-Carlton, Kyoto membawa pulang anugerah Lima Bintang pertama kepada bandar tersebut. Four Seasons Hotel Kyoto dan Suiran, Hotel Koleksi Mewah merangkul anugerah Empat Bintang. Kyoto Hotel Okura pula meraih pengiktirafan yang Disyorkan. Di Tokyo, Shangri-La Hotel, Tokyo memenangi anugerah Lima Bintang. The Capitol Hotel Tokyu dan The Prince Gallery Tokyo Kioicho meraih pengiktirafan Empat Bintang.
    • Hotel-hotel bebas membuat kemunculan mantap. Anugerah Lima Bintang kali pertama menjadi milik Le Richemond Genève; Magee Homestead, Wyoming; Meadowood Napa Valley; Nemacolin Woodlands Resort -- Falling Rock, Pennsylvania; dan Williamsburg Inn, Virginia.
    • Waldorf Astoria Beverly Hills baharu ialah hotel Lima Bintang pertama daripada Hilton di kawasan Hemisfera Barat. Jenama tersebut juga mendapat Lima Bintang untuk Waldorf Astoria Shanghai on the Bund.
    • Rosewood Beijing mencapai penilaian Lima Bintang--kemenangan pertama kali buat jenama tersebut di Asia. Ini merupakan hartanah pertama milik Rosewood di China, yang dibuka pada tahun 2014. Peninsula Beijing turut mencapai penarafan Lima Bintang baharu.
    • Trump Hotels meraih pengiktirafan Lima Bintang untuk kota kara D.C. dan Vancouver, suatu yang luar biasa bagi hartanah baharu.
    • Kemenangan baharu dapat membantu untuk terus mengukuhkan Riviera Nayarit sebagai destinasi mewah berserta The St. Regis Punta Mita Resort Lima Bintang dan Grand Velas Riviera Nayarit Empat Bintang.
    • Forbes Travel Guide mencapai kemajuan hebat menerusi peluasan globalnya, memberikan penilaiannya kepada destinasi-destinasi baharu seperti Amsterdam (hotel-hotel Empat Bintang Conservatorium, De L'Europe Amsterdam dan Hotel Okura Amsterdam; selain hartanah Disyorkan Andaz Amsterdam Prinsengracht, The Dylan, Hotel Pulitzer Amsterdam, InterContinental Amstel Amsterdam, Sofitel Legend The Grand Amsterdam, W Amsterdam) dan Vienna (hartanah Empat Bintang Hotel Sacher Wien, Palais Coburg, Palais Hansen Kempinski dan The Ritz-Carlton, Vienna; berserta hartanah yang Disyorkan Grand Hotel Wien; Hotel Bristol, A Luxury Collection Hotel, Vienna; Hotel Imperial, A Luxury Collection Hotel; Hotel Sans Souci Wien; Park Hyatt Vienna; dan The Ring Hotel Vienna).
  • Bintang-bintang Dalam Semua Kategori
    • Sekumpulan elit dengan 13 hartanah meraih anugerah Lima Bintang untuk hotel, restoran dan spa mereka. Tiga pemenang anugerah Lima Bintang ini termasuk: Banyan Tree Macau; The Broadmoor di Colorado Springs; The Cloister di Sea Island, Georgia; Fairmont Grand Del Mar di San Diego; The Landmark Mandarin Oriental, Hong Kong; Mandarin Oriental, Las Vegas; Mandarin Oriental, Macau; Meadowood Napa Valley; Montage Laguna Beach; Ocean House di Watch Hill, Rhode Island; The Peninsula Hong Kong; Wynn Las Vegas; dan Wynn Palace, Macau.
    • Altira Macau dan Four Seasons Hotel Hong Kong menerima empat anugerah Lima Bintang  untuk hotel, spa dan dua restoran.
    • Nüwa Macau memenangi lima anugerah Lima Bintang untuk hotel, spa dan tiga restoran.
    • Mandarin Oriental, Hong Kong dan Wynn Macau mencapai sejumlah enam anugerah Lima Bintang yang mengagumkan untuk hotel, spa dan empat restoran.
  • Lokasi Bintang Hotel Bersinar Gemilang
    • Bandar-bandar A.S. dengan hotel Lima Bintang paling banyak: New York (10), Beverly Hills (6), Las Vegas (5) dan Miami (5).
    • Secara global, Macau merampas semula kedudukannya sebagai bandar dengan hotel Lima Bintang paling banyak (12). Tahun lalu, ia berkedudukan seri dengan Paris (10). Bandar-bandar lain dengan bilangan hotel Lima Bintang paling banyak termasuk: Paris (10), London (9) dan Hong Kong (8).
  • Lokasi Bintang Restoran Bersinar Gemilang
    • Bandar-bandar A.S. dengan hotel Lima Bintang paling banyak ialah New York (7) dan Las Vegas (6).
    • Di seluruh dunia, bandar-bandar yang mempunyai bilangan restoran Lima Bintang tertinggi ialah Macau (12) dan Hong Kong (9). 
    • Disney berjaya mendapatkan restoran Lima Bintang pertamanya. Victoria & Albert's menjadikan tempat menjamu selera mewah sebagai satu tarikan di Walt Disney World Resort di Orlando.
  • Lokasi Bintang Spa Bersinar Gemilang
    • Di A.S., bilangan spa Lima Bintang paling banyak berada di: California (9), Florida (5) dan Nevada (5). Spa Lima Bintang baharu California ialah The Spa di Rancho Valencia, San Diego
    • Luna y Mar di Los Cabos dan The Spa di Mandarin Oriental, Guangzhou merupakan spa Lima Bintang pertama di destinasi masing-masing.
    • Secara global, bandar-bandar yang mempunyai spa Lima Bintang paling banyak termasuk: Macau (8), Hong Kong (5), Las Vegas (5) dan Shanghai (4). 

LATAR BELAKANG FORBES TRAVEL GUIDE

Forbes Travel Guide ialah satu-satunya sistem penilaian global yang bebas untuk hotel, restoran dan spa mewah. Bermula sebagai Mobil Travel Guide pada tahun 1958, syarikat ini mencipta sistem penilaian Lima Bintang pertama di A.S. Hari ini, pemeriksa Forbes Travel Guide yang menyamar mengembara ke seluruh dunia, menilai hartanah-hartanah berdasarkan sehingga 900 piawaian yang ketat dan objektif. Penilaian Bintang tahunan syarikat berkenaan dan kisah-kisah perjalanan harian membantu para pengembara memilih pengalaman mewah yang terbaik di dunia. Kunjungi forbestravelguide.com.

Berhubung dengan Forbes Travel Guide:

Instagram
Twitter 
Facebook

PERHUBUNGAN AKHBAR:

AS ATAU JERRY INZERILLO
Key Group Worldwide
keygroup.tv 
Jaret Keller             jkeller@keygroup.tv 
Tara Halper            thalper@keygroup.tv

ANTARABANGSA
Ruder Finn
ruderfinnasia.com 
Tripti Gusain           gusaint@RuderFinnAsia.com 
Manali Pattnaik       pattnaikm@RuderFinnAsia.com +65-91269831

Source: Forbes Travel Guide
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Hotels and Resorts Travel Awards