omniture

Qlink Ganding Bahu dengan Block Array Dayakan Akses Rangkaian untuk Trak dalam Perjalanan

Qlink
2018-02-21 09:00 1039

Qlink. Rangkaian mudah alih terpencar pertama dunia, umumkan perkongsian bersama dengan Block Array, syarikat yang mengumpul sumber awam bagi logistik pengangkutan yang dikuasakan oleh rekod pengelogan berasaskan rantaian blok  

SINGAPURA, 21 Februari 2018 /PRNewswire/ -- Qlink dan Block Array hari ini mengumumkan kedua-duanya telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) untuk menjalin kerjasama. Qlink (https://qlink.mobi/f/qlink) ialah rangkaian mudah alih terpencar yang paling utama di dunia, mengkhusus dalam pembinaan infrastruktur telekomunikasi sumber terbuka pada rantaian blok. Block Array (https://blockarray.com/) pula ialah platform berasaskan rantaian blok yang merekod maklumat peranti pengelogan elektronik, mengeluarkan bil muatan dan dokumen penghantaran lain melalui kontrak pintar. Block Array merintis pasaran kapasiti penghantaran baharu untuk syarikat-syarikat logistik.

Dua syarikat ini merancang untuk meneroka penggunaan stesen utama natif rantaian blok terhadap kenderaan logistik, mengukuhkan lagi kolaborasi antara rangkaian mudah alih dan industri logistik.

Sebagai sebahagian daripada MoU, Block Array akan melaksanakan fungsi-fungsi Qlink dApp untuk pengguna mereka, membolehkan mereka memanfaatkan rangkaian tanpa wayar terpencar Qlink. Ini bermakna trak-trak akan dapat menghantar data enjin dan data peranti pengelogan elektronik kepada pemilik mereka semasa dalam perjalanan. Sebagai balasan, Block Array akan membantu mengatur Nod Penuh Rantaian Qlink bagi menjamin masa hidup, keandalan dan kestabilan rangkaian untuk penggunanya.

Mengikut undang-undang, trak-trak logistik kini perlu menggunakan Alat Pengelogan Elektronik (ELD) bagi mengekalkan rekod Jam Perkhidmatan mereka. Block Array telah membangunkan platform yang menyediakan bukti pengelogan yang selamat dan bukti ketibaan & pelepasan. Dengan kerjasama dua projek ini, pada masa depan syarikat-syarikat logistik akan mendapati rekod trak mereka sentiasa dapat diakses dalam talian, saksama dan telus. Selain itu, hal ini turut membuka laluan kepada penerokaan peluang-peluang penggunaan Internet Kenderaan baharu untuk pembangunan selanjutnya.

"Penambahan Block Array kepada Rantaian Qlink sebagai nod akan meningkatkan tahap keselamatan dan kestabilan rangkaian Qlink untuk pengguna kami," kata Susan Zhou, Ketua Pegawai Operasi Qlink. "Kami berasa teruja dapat bekerjasama dengan Block Array pada masa akan datang untuk mengukuhkan misi kedua-dua syarikat, dan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik buat pengguna kami. Qlink membangunkan sistem operasi rantaian blok untuk dunia telekomunikasi masa depan dan mengalu-alukan Block Array untuk meluaskan capaian kami dan memperkayakan ekosistem ini."

"Perkongsian bersama Qlink akan membolehkan syarikat-syarikat di Amerika Syarikat dan China mengakses IoT, ELD dan sumber data lain pada masa sebenar. Ia akan membawakan paradigma serba baharu melibatkan komunikasi mesin-kepada-mesin," kata Sam Bacha, Pengasas Bersama Block Array. "Penyelesaian tanpa wayar Qlink adalah kunci untuk merealisasikan aplikasi kami dan kami berharap dapat memanfaatkan semua perkhidmatan Qlink pada masa depan dan terus mengukuhkan komitmen kami terhadap kebolehoperasian rantaian blok."

Qlink mengkhusus untuk membina infrastruktur telekomunikasi sumber terbuka pada Rantaian Blok, yang berpotensi untuk menyokong pelbagai aplikasi berkaitan penggunaan rangkaian. Dengan membina rangkaian mudah alih terpencar pertama di dunia, infrastruktur Qlink akan meluaskan liputan rangkaian ke zon-zon mati, mengurangkan kos infrastruktur telekomunikasi dan mengganjari pengguna kerana berkongsi aset-aset rangkaian yang tidak digunakan demi meningkatkan kecekapan telekomunikasi.

Perkongsian bersama itu ditakrifkan dan disusun bersama-sama oleh Amplifi Capital (www.amplifi.capital), pelabur tahap awal dalam kedua-dua syarikat. Amplifi mengetuai pusingan pelaburan dalam Qlink serta Block Array selain terus memberi khidmat nasihat kepada kedua-dua syarikat.

Latar Belakang Qlink:

Qlink diasaskan bersama sepasukan penginovasi rantaian blok dan telekomunikasi. Allen Li, ialah Ketua Arkitek dan pembangun teras Qlink. Beliau merupakan usahawan silih ganti yang beroperasi dalam industri teknologi internet, perjalanan dan telekomunikasi dengan berbilang projek yang menjadi pilihan pemodal teroka bermula dari tanah besar China hingga Singapura. Mempunyai 7 tahun pengalaman kerja bersama Huawei Technologies dan 4 tahun pengalaman sebagai pengasas & mantan Ketua Pegawai Eksekutif Youyou Mobile.

Qlink membangunkan rangkaian mudah alih terpencar pertama yang akan memperkasa pengendali telekomunikasi, mengilhamkan model-model perniagaan baharu dan menyediakan pengguna dengan pengalaman telekomunikasi yang paling selamat dan berkesan kos. Qlink mempunyai pelabur dan lembaga penasihat yang mantap seperti Xie Shihuang, salah seorang pengasas bersama Alibaba, Li Wei, pengasas Pine VC dan Leo Wang, salah seorang pelabur pertama dalam NEO.

Latar Belakang Block Array:

Block Array ialah sebuah syarikat baharu dalam rantaian blok yang berpangkalan di Chattanooga, Tennessee, menumpu pada penggunaan penyelesaian rantaian blok bersepadu secara vertikal untuk memperbaiki isu-isu yang dihadapi oleh syarikat-syarikat logistik pihak ketiga, pengurusan rantaian bekalan dan industri logistik.

Block Array membangunkan pasaran terpencar untuk penyelesaian penghantaran, termasuk pasaran penghantaran, kontrak pintar untuk bil muatan dan banyak lagi.

Latar Belakang Amplifi Capital:

Amplifi Capital ialah sebuah firma pelaburan swasta. Rakan-rakan kongsi Amplifi telahpun menjadi pengguna awal mata wang kripto dan memberi tumpuan untuk melabur dan memberi khidmat nasihat kepada perintis tahap awal dalam segmen rantaian blok. Bimbingan oleh Amplifi membawa kepada penciptaan nilai ketara dan pencapaian teknologi untuk syarikat-syarikat portfolio kami selain perkongsian yang diperkukuh melalui Amplifi Strategy Group – kumpulan persendirian yang diketuai oleh Amplifi dan melibatkan beberapa syarikat terbesar dalam dunia rantaian blok.

Perhubungan Media Qlink:                                                                                       

Toya Zhang
toya@qlink.mobi
Tel: 852-67467319

Perhubungan Media Block Array:

Akhbar dan Media
contact@blockarray.com
Subjek: Media & Akhbar

Perhubungan Media Amplifi Capital:

Jabatan Perhubungan Media
contact@amplifi.capital
Subjek: Media & Akhbar

 

Source: Qlink
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Transportation Contracts Blockchain