omniture

Park Place Technologies Memperoleh Axentel Technologies

Park Place Technologies
2018-02-21 09:00 714

Pemerolehan ini akan menambah baik tawaran perkhidmatan Park Place merentasi seluruh kitaran hayat industri IT dan memperluaskan keupayaannya untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh Asia Tenggara

CLEVELAND, 21 Februari, 2018 /PRNewswire/ -- Park Place Technologies telah mengumumkan pada hari ini ia telah melengkapkan pemerolehan perniagaan Axentel Technologies di Singapura, Malaysia, Hong Kong dan Filipina. Park Place Technologies juga telah menandatangani perjanjian untuk melengkapkan pemerolehan perniagaan Axentel Technologies Thailand pada suku kedua tahun 2018. Axentel Technologies adalah syarikat penyedia utama kitaran hayat industri IT yang berpangkalan di Singapura dan menawarkan perkhidmatannya di seluruh rantau Asia Tenggara. Berpandukan sasaran untuk meneruskan momentum pertumbuhannya, pemerolehan Axentel Technologies merupakan satu daripada enam pemerolehan syarikat yang telah diumumkan oleh Park Place Technologies dalam tempoh 18 bulan.

Pemerolehan Axentel Technologies membolehkan Park Place Technologies meningkatkan keupayaannya untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan di Singapura, Malaysia, Hong Kong, Thailand, Kemboja, Filipina dan seluruh rantau Asia Tenggara.

"Axentel Technologies merupakan peneraju yang terbukti dengan kepakarannya dalam sistem legasi, kekayaan sumber maklumat dan proses yang telah terbukti dalam penyelenggaraan dan penyumberan IT," kata Ed Kenty, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Park Place Technologies. "Trajektori pertumbuhan syarikat ini yang kukuh dan komitmennya yang tidak berbelah bagi dari segi kebolehpercayaan dan kualiti adalah selaras dengan visi Park Place Technologies bagi syarikat kami."

Selepas operasi syarikat ini diintegrasikan, pelanggan global Park Place Technologies dan Axentel Technologies akan segera mendapat manfaat daripada tahap penyampaian perkhidmatan yang lebih baik, fleksibiliti yang dipertingkatkan dan penyelesaian penyelenggaraan yang didorong oleh nilai.

"Objektif kami ialah untuk menjadi TPM yang utama dan terbesar di rantau Asia. Penggabungan infrastruktur APAC Park Place yang sedia ada dengan kawasan pengaruh Axentel di 28 buah negara di seluruh dunia mengukuhkan lagi pencapaian objektif ini," tambah Chris Adams, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi, Park Place Technologies. "Pasukan penjualan syarikat ini yang sangat berjaya, kepelbagaian pelanggan yang mengagumkan dan pasukan kepimpinan yang teguh menjadikan mereka rakan kongsi perniagaan yang ideal.  Kami benar-benar berasa begitu teruja untuk bekerjasama dengan Axentel Technologies untuk menyokong pelanggan global kami dengan rangkaian, pelayan dan peralatan penyimpanan kami yang mempunyai pelbagai platform dan generasi."

Sejak 2005, Axentel Technologies telah berkhidmat sebagai peneraju yang berjaya dalam perkhidmatan penyelenggaraan yang menyediakan perkhidmatannya kepada lebih daripada 200 pelanggan dengan kepakaran penyumberan yang tiada tandingan. Syarikat Axentel Technologies, yang mempunyai kepakaran khusus dalam sokongan sistem perusahaan legasi telah membolehkan pelanggannya untuk memanjangkan jangka hayat operasi aset IT dan mengoptimumkan perbelanjaan modal dengan ketara apabila terdapatnya keperluan operasi untuk menaik taraf. Axentel Technologies mempunyai 28 lokasi perkhidmatan di seluruh dunia dan telah meletakkan kedudukannya di barisan hadapan industri penyelenggaraan, membolehkan pelanggan menyimpan dan melabur semula modal yang dikhaskan untuk IT kembali ke dalam operasi perniagaan teras mereka.

"Sejak 12 tahun yang lalu, Axentel Technologies sangat berbangga untuk menjadi penyedia utama perkhidmatan penyelenggaraan kepada para pelanggan di seluruh dunia," kata Jerry Yiu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Axentel Technologies. "Selepas menyediakan perkhidmatan selama lebih daripada satu dekad, kami akan bergabung tenaga dengan Park Place Technologies untuk menawarkan pelanggan kami nilai perkhidmatan yang lebih bak dengan menyediakan akses kepada portfolio perkhidmatan Park Place Technologies yang luas, sesuai dengan perkhidmatan yang kami tawarkan pada hari ini."

Yiu menambah lagi, "Hasilnya, pelanggan kami, bersama dengan pelanggan Park Place Technologies, akan mendapat manfaat daripada penjimatan kos, kecekapan masa, kemudahan dan kebolehpercayaan, yang mana kesemuanya sangat penting bagi komitmen berterusan kami dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh dunia. Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Park Place Technologies sambil kami terus memesatkan pertumbuhan perniagaan kami dan memberikan peluang baharu kepada pekerja dan pelanggan kami."

Pada bulan November 2016, Park Place Technologies telah memperluaskan jejak globalnya di Asia dengan membuka lokasi ibu pejabat Asia-Pasifik di Singapura dan lokasi kedua di Malaysia. Bersama dengan pemerolehan Axentel Technologies, ini telah membolehkan Park Place Technologies untuk terus mengembangkan tawaran sokongan perkhidmatan data yang sedia ada kepada para pelanggan di seluruh Asia.

Mengenai Axentel Technologies

Axentel Technologies adalah pembekal utama bagi penyelesaian kitaran hayat penyelenggaraan perkakasan IT di 28 buah negara di seluruh dunia. Axentel menawarkan penyelesaian penyelenggaraan perkakasan alternatif tanpa vendor dan bersikap saksama, membolehkan pilihan dan fleksibiliti penuh untuk pelanggan mereka dalam mengekalkan dan menyegarkan semula infrastruktur IT mereka. Dengan menggunakan perkhidmatan pembaikan empat jam dan 250 orang jurutera di seluruh dunia, pasukan perkhidmatan Axentel Technologies menyokong rangkaian pelbagai platform dan pelbagai generasi, pelayar dan peralatan penyimpanan bagi semua rangkaian syarikat globalnya.

Mengenai Park Place Technologies

Park Place Technologies merupakan penyedia utama penyelenggaraan perkakasan pusat data dan komited untuk memberikan perkhidmatan unggul yang melebihi jangkaan pelanggan. Diasaskan pada tahun 1991, Park Place Technologies menyediakan alternatif kepada penyimpanan, pelayan dan penyelenggaraan perkakasan rangkaian selepas waranti bagi pusat data IT. Dengan akses kepada pusat hubungan global 24/7, sokongan daripada jurutera yang paling mahir dalam industri dan pelbagai perkhidmatan terkemuka industri seperti ParkViewTM, Park Place Technologies memberikan keupayaan kepada para pelanggannya untuk meningkatkan kelajuan operasi dan memaksimumkan masa operasi.

Melalui usaha gigih syarikat ini untuk mencapai kecemerlangan, Park Place Technologies berbangga untuk menawarkan pengalaman pelanggan dan kelebihan operasi yang luar biasa untuk perniagaan daripada sektor kerajaan, pengajian tinggi dan institusi penjagaan kesihatan hingga kepada pembekal perkhidmatan awan, SMB dan syarikat Fortune 500.

Dengan lebih daripada 11,000 orang pelanggan, termasuk semua OEM peringkat pertama, perkhidmatan Park Place Technologies tersebar di 30,000 pusat data di lebih daripada 100 buah negara.

Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila layari www.parkplacetechnologies.com

Park Place Technologies Media
Jennifer Deutsch
jdeutsch@parkplacetech.com 
440-668-2622

Michele Mendelson
parkplacetechus@kwittken.com 
646-747-7163

Logo -  https://mma.prnewswire.com/media/535647/Park_Place_Technologies_Logo.jpg  

Source: Park Place Technologies
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Acquisitions, mergers, takeovers