omniture

Merck Labur Tambahan €40 Juta Tingkatkan Pengilangan dan Pengedaran di Asia

Merck
2018-02-21 20:23 645

- Pelaburan sokong peningkatan permintaan terhadap pengilangan biofarmaseutikal

- Bangunkan keupayaan menerusi dua pusat pengilangan dan pengedaran baharu di Korea Selatan dan India

- Percepat pengilangan sekali-guna Mobius® di China bagi tujuan pembangunan biosimilar

DARMSTADT, Jerman, 21 Februari 2018 /PRNewswire/ -- Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi yang terkemuka, hari ini mengumumkan pelaburan tambahan sebanyak €40 juta untuk membangunkan platform pengilangan dan pengedaran yang mantap di Asia dalam tempoh dua tahun. Pelaburan ini adalah berikutan pengumuman Merck pada November 2016 yang dibuat oleh Merck mengenai pelaburan Life Science sebanyak €80 juta di Nantong, China.

"Dalam penyelidikan biofarmaseutikal, masa amat penting," kata Udit Batra, ahli Lembaga Eksekutif Merck dan Ketua Pegawai Eksekutif, Life Science. "Pelaburan kami dalam pasaran-pasaran Asia yang penting melibatkan Korea Selatan, India dan China memastikan bahawa pelanggan kami mendapat akses yang tersedia kepada produk-produk yang diperlukan untuk membangunkan terapi baharu dan biosimilar yang dapat mempercepatkan akses kepada kemudahan kesihatan untuk orang ramai di mana-mana jua."

Pusat Pengilangan & Pengedaran di Songdo, Korea Selatan
Industri biofarmaseutikal yang pesat berkembang di Korea Selatan menjadikan negara tersebut sebagai salah satu hab Life Science yang utama di Asia. Dorongan terhadap penyelidikan dan keupayaan pengilangan yang pesat dan tersuai menandakan keperluan yang lebih tinggi terhadap kebolehcapaian produk dan penyelesaian biofarmaseutikal ke arah kemajuan penyelidikan dan inovasi. Pusat pengilangan dan pengedaran baharu Merck, terletak di daerah Songdo, Incheon akan menyediakan prasarana bagi memudahkan pembekalan produk-produk Merck kepada pelanggan di Korea dan juga keupayaan pengilangan media kultur sel termaju (imMEDIAte Advantage® Custom Media). Menempati kawasan berkeluasan 10,141 meter persegi, tapak baharu ini dijangka akan beroperasi sepenuhnya menjelang Suku Keempat 2019.

Pusat Pengilangan & Pengedaran Baharu di Mumbai, India
Pusat pengilangan dan pengedaran baharu, yang terletak di Mumbai, dijangka siap pada tahun 2019. Menempati kawasan seluas 10 ekar, tapak ini berkeluasan lebih 12,000 meter persegi dengan kapasiti tambahan bagi memenuhi pertumbuhan masa depan, selain terus meningkatkan ketersediaan inventori dan mengurangkan masa tunggu.

Pengilangan Guna-Sekali Mobius ® di Wuxi, China
China, dengan pasaran biosimilar yang sedang berkembang, begitu pantas menjadi syarikat utama bioteknologi. Teknologi-teknologi guna sekali menyediakan kefleksibelan dan kecekapan dipertingkat yang penting untuk pembangunan dan pengilangan biosimilar. Pelaburan ini, yang bertujuan untuk mempercepatkan pengilangan guna sekali Mobius® Merck, dapat memenuhi permintaan biofarmaseutikal yang semakin meningkat di China. Tapak ini bakal siap pada tahun 2018, dan dijangka akan mengurangkan masa tunggu sekurang-kurangnya sebanyak 50 peratus.

Semua siaran berita Merck diedarkan melalui emel dan turut tersedia di laman sesawang Merck. Sila layari www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar dalam talian, menukar pilihan atau untuk berhenti melanggan perkhidmatan ini. 

Latar Belakang Merck
Merck ialah sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka dalam bidang penjagaan kesihatan, sains hayat dan juga bahan prestasi. Kira-kira 50,000 kakitangannya berusaha untuk terus memajukan teknologi yang dapat menambah baik serta mempertingkat kualiti kehidupan – bermula dengan terapi biofarmaseutikal bagi merawat kanser atau sklerosis berbilang, sistem yang canggih untuk tujuan penyelidikan saintifik dan pengeluaran, kepada kristal cecair untuk telefon pintar dan juga televisyen LCD. Pada tahun 2016, hasil jualan Merck mencecah €15 bilion di 66 negara.

Ditubuhkan pada tahun 1668, Merck ialah syarikat farmaseutikal dan bahan kimia yang paling lama bertapak di dunia. Keluarga pengasasnya kekal sebagai pemilik majoriti syarikat korporat senaraian awam ini. Syarikat memegang hak global nama dan jenama "Merck". Ini tidak termasuk Amerika Syarikat dan Kanada, memandangkan syarikat ini beroperasi sebagai EMD Serono, MilliporeSigma dan EMD Performance Materials.

Source: Merck
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Corporate Expansion