omniture

Epson membuat peralihan besar menuju kemampanan -- memilih TCO Certified

TCO Development
2018-02-22 16:00 831

STOCKHOLM, 22 Februari, 2018 /PRNewswire/ -- Kini pembeli AV akan lebih mudah untuk membuat pilihan yang lebih mampan, kerana Epson sebagai peneraju pasaran menjadi syarikat terkini yang memperoleh pensijilan TCO Certified, iaitu untuk 45 model projektor profesional mereka.

generated by system

TCO Certified ialah syarikat pensijilan yang unggul di dunia untuk produk IT. Pengesahan untuk produk yang diperakui dibuat secara bebas untuk memenuhi kriteria alam sekitar dan sosial yang menyeluruh sepanjang kitar hayat produk tersebut. Bagi projektor, kriteria untuk kualiti imej yang tinggi turut dirangkumkan.

"Tidak boleh berkompromi antara prestasi kemampanan dan prestasi produk. Imej paparan yang berkualiti tinggi sangat penting untuk projektor. Ciri ini boleh mempengaruhi produktiviti dan melanjutkan hayat boleh guna produk serta menghasilkan manfaat kemampanan", kata Niclas Rydell, Pengarah di TCO Development.

Permintaan untuk produk IT yang lebih mampan semakin meningkat. Kajian yang dijalankan baru-baru ini oleh Atea, pembekal infrastruktur IT, menunjukkan bahawa 74 peratus daripada pembeli IT di kawasan Nordic menganggap kemampanan sebagai isu dengan keutamaan yang sangat tinggi atau agak tinggi. TCO Development telah memacu kemajuan dalam bidang ini sejak 1992 dan kini lebih daripada 2,800 model produk menerima pensijilannya. Setelah Epson menyertai Casio untuk mendapatkan pensijilan projektor, kini pembeli yang mengutamakan produk AV dengan ciri kemampanan yang lebih tinggi mempunyai lebih banyak pilihan.

"Dengan pensijilan TCO Certified, pemilik jenama perlu mewujudkan suasana kerja yang bertanggungjawab di kilang yang menghasilkan produk yang diperakui serta memikul tanggungjawab untuk membetulkan sebarang ketakakuran. Pembeli boleh berasa yakin bahawa perubahan yang positif akan turut berlaku dalam rantaian bekalan", menurut Niclas Rydell.

Komitmen Epson terhadap TCO Certified merupakan sebahagian daripada strategi yang bertujuan untuk mengurangkan jejak produk mereka terhadap alam sekitar serta berusaha secara proaktif untuk melindungi hak asasi manusia.

Henning Ohlsson, Pengarah Tanggungjawab Sosial Korporat di Epson, menyuarakan pandangan: "Setelah sekian lama kami menyaksikan cara TCO Certified memacu kemampanan dalam industri IT, kami berasa sukacita bahawa pembeli AV kini dapat memanfaatkan pensijilan ini untuk mengesahkan bahawa projektor Epson yang mereka beli telah dikilangkan dengan cara yang mengutamakan tanggungjawab sosial."

Cari produk yang diperakui menggunakan "Product Finder" (Pencari Produk) kami.

Latar Belakang TCO Certified

TCO Certified ialah pensijilan kemampanan yang bertaraf global untuk produk IT, ditubuhkan lebih daripada 25 tahun yang lalu.  Kriteria kami yang menyeluruh telah dirangka untuk memacu tanggungjawab sosial dan alam sekitar sepanjang kitar hayat produk. Pengesahan pematuhan untuk produk yang diperakui dijalankan secara bebas. Pensijilan ini meliputi lapan kategori produk termasuklah paparan, komputer riba, tablet dan projektor.

Source: TCO Development
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Licensing/marketing agreements