omniture

GARP Namakan Andrew Lo sebagai Tokoh Pengurus Risiko Tahunan

Global Association of Risk Professionals (GARP)
2018-02-23 05:00 694

Profesor kewangan Sekolah Sloan MIT diberi penghormatan untuk kerja akademiknya yang meluas dan unggul serta sumbangannya dalam profesion pengurusan risiko.

NEW YORK dan JERSEY CITY, New Jersey dan CAMBRIDGE, Massachusetts, 23 Februari 2018 /PRNewswire/ -- Persatuan Global untuk Profesional Risiko (GARP), satu-satunya persatuan keahlian yang diiktiraf pada peringkat global bagi pengurus risiko, memilih Andrew Lo dari Institut Teknologi Massachusetts (MIT) sebagai Tokoh Pengurus Risiko Tahunan 2017.

Anugerah ini, yang dikurniakan oleh Lembaga Pemegang Amanah GARP, mengiktiraf pencapaian cemerlang dalam, dan sumbangan kerjaya kepada, profesion pengurusan risiko. Dr. Lo bakal menerima anugerah ini di Konvensyen Risiko ke-19 GARP, yang berlangsung pada 6-7 Mac 2018 di New York.

Dr. Lo ialah Profesor Charles E. and Susan T. Harris, merupakan profesor kewangan, dan pengarah Makmal Kejuruteraan Kewangan di Sekolah Pengurusan Sloan MIT. Beliau terkenal kerana sumbangannya dalam kepustakaan akademik dan penglibatan yang meneraju pemikiran dalam perbincangan dasar tentang pelbagai subjek seperti pasaran kewangan, kewangan tingkah laku, pengawalan, risiko kecairan dan sistemik, serta inovasi bioperubatan. Beliau meninjau bahagian-bahagian penting sepanjang kerjaya dan sokongan dasarnya dalam bukunya, Adaptive Markets: Evolution at the Speed of Thought, yang ditulis untuk pembaca umum dan diterbitkan pada 2017 oleh Penerbit Universiti Princeton.

"Kami mengucapkan tahniah kepada Profesor Andrew Lo, atas penerimaan anugerah yang terkini ini beliau menyertai senarai panjang pengamal pengurusan risiko, ahli akademik dan pegawai kerajaan yang disegani, yang telah menyumbang dengan cara yang luar biasa untuk pengurusan risiko dan profesion risiko," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif GARP Richard Apostolik. "Andrew menjadi inspirasi kepada kami semua yang percaya pengurusan risiko ialah tanggungjawab setiap orang dan perlu disemat dengan kukuh dalam budaya dan proses membuat keputusan setiap organisasi."

"Ia merupakan satu penghormatan yang luar biasa untuk dinamakan sebagai Tokoh Pengurus Risiko Tahunan oleh GARP, sebuah organisasi yang telah sekian lama sangat saya pandang tinggi kerana fokusnya adalah semata-mata terhadap teori dan amalan pengurusan risiko," kata Andrew Lo. "Saya berasa rendah diri menerima pengiktirafan ini terutamanya memandangkan ketokohan individu yang berada dalam Lembaga Pemegang Amanah GARP dan barisan pengamal serta ahli akademik luar biasa yang pernah menerima anugerah ini sebelum saya." 

Latar Belakang Persatuan Global Profesional Risiko
Diasaskan pada 1996, GARP (www.garp.org) ialah sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan, dengan keahlian tidak berpihak yang dikawal selia oleh Lembaga Pemegang Amanah sukarela terdiri daripada pengamal terkemuka. Organisasi ini mempunyai lebih 150,000 ahli di lebih 190 negara dan wilayah di seluruh dunia.

HUBUNGI: Craig Collins, Naib Presiden Kanan, Ketua Risikan Media dan Risiko, 201-719-7242, craig.collins@garp.com

 

Source: Global Association of Risk Professionals (GARP)
Related Links:
Keywords: Education Higher Education Awards Not for profit