omniture

YOUTH - Pemenang Terbesar Asian Brilliant Stars Kedua Di Berlin

Asian Brilliant Stars
2018-02-23 14:31 988

BERLIN, 23 Februari 2018 /PRNewswire/ -- Pemenang-pemenang Asian Brilliant Stars kali ke-2 diumumkan pada 21 Februari lalu di Berlin. YOUTH, filem terkini arahan pengarah Cina Feng Xiaogang, ialah pemenang terbesar bagi Majlis Penganugerahan itu.

Dari kiri ke kanan: Moritz Bleibtreu, Shozo Ichiyama, Detlev Buck, Zhang Yang, Zhong Chuxi, Chang Chen, Kim Ki Duk, Feng Xiaogang, Chutimon Chuengcharoensukying, Shen Dongjun, Samuel Maoz, Yan Geling, Manfred Wong, dan Shozo Ichiyama
Dari kiri ke kanan: Moritz Bleibtreu, Shozo Ichiyama, Detlev Buck, Zhang Yang, Zhong Chuxi, Chang Chen, Kim Ki Duk, Feng Xiaogang, Chutimon Chuengcharoensukying, Shen Dongjun, Samuel Maoz, Yan Geling, Manfred Wong, dan Shozo Ichiyama

Ditayangkan menerusi Persembahan Khas di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2017, YOUTH oleh Feng Xiaogang mengungguli carta pecah panggung pada bulan Disember di China dengan kutipan melebihi $157 juta (1 bilion yuan), mendahului filem animasi Pixar COCO. "Feng menggaji pakar berkemahiran tradisional untuk melukiskan kanvas bersejarah yang besar dengan pergolakan manusia mendalam yang mencerminkan kebaikan dan kelemahan warga Cina" (Variety). YOUTH menerima tiga Anugerah Asian Brilliant Stars kali ke-2: Anugerah Khas Juri kepada Feng Xiaogang, Anugerah Penulis Lakon Layar Terbaik kepada Yan Geling dan Anugerah Bakat Baharu Terbaik kepada Zhong Chuxi, pelakon wanita utama dalam filem berkenaan.

Feng Xiaogang,Anugerah Juri Khas (atas); Chutimon Chuengcharoensukying , Pelakon Wanita Terbaik (tengah); Chang Chen , Pelakon Lelaki Terbaik (bawah)
Feng Xiaogang,Anugerah Juri Khas (atas); Chutimon Chuengcharoensukying , Pelakon Wanita Terbaik (tengah); Chang Chen , Pelakon Lelaki Terbaik (bawah)

Anugerah Pengarah Terbaik menjadi milik Samuel Maoz menerusi FOXTROT beliau yang terkini. Filem tersebut memenangi Anugerah Juri Agung Silver Lion di Filem Antarabangsa Venice kali ke-74 dan merupakan penyertaan Israel untuk kategori Filem Bahasa Asing Terbaik dalam Oscar 2018.

Chutimon Chuengcharoensukying memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik untuk lakonan beliau dalam BAD GENIUS, filem pecah panggung di Asia pada tahun 2017 dengan ulasan-ulasan yang sangat baik. Chutimon Chuengcharoensukying juga berada di Berlin tahun ini bagi peranan utama beliau dalam DIE TOMORROW, terpilih dalam kategori Forum bagi Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-68.

Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dikurniakan kepada Chang Chen menerusi peranan utama beliau dalam BROTHERHOOD OF BLADES II: THE INFERNAL BATTLEFIELD. Chang Chen amat dikenali menerusi lakonan beliau dalam A BRIGHT SUMMER DAY oleh Edward Yang, THE ASSASSIN oleh Hou Hsiao-hsien dan CROUCHER TIGER, HIDDEN DRAGON oleh Ang Lee.

Zhang Yang memenangi Anugerah Penerbit Terbaik untuk PATHS OF THE SOUL beliau. Zhang menulis skrip lakon layar, mengarah dan menerbitkan filem berkenaan, yang mengisahkan tentang 11 penduduk kampung Tibet yang melakukan perjalanan suci sejauh 1200 km selama setahun.

Juri membuat pilihan mereka berdasarkan 19 filem yang tercalon. Tahun ini, barisan juri terdiri daripada pengarah Korea Selatan Kim Ki Duk, pelakon lelaki Iran Babak Karimi, mantan Presiden Anugerah Filem Hong Kong Mandfred Wong, Penerbit Jepun Shozo Ichiyama, pelakon lelaki Jerman Moritz Bleibtreu dan pengarah Cina Cao Baoping. Kim Ki Duk juga berada di Berlin minggu ini untuk filem HUMAN, SPACE, TIME AND HUMAN beliau, yang terpilih untuk kategori Panorama Berlinale tahun ini. Babak Karimi ialah pelakon lelaki utama dalam INVASION, juga menjadi sebahagian daripada Panorama Berlinale tahun ini.

Feng Xiaogang berkata semasa acara ini, "Asian Brilliant Stars memberi peluang kepada kami selaku pembikin filem Asia untuk mengenali satu sama lain dan bertukar-tukar fikiran. Saya amat sukakan filem-filem Kim Ki Duk namun tidak berpeluang untuk bertemu beliau sehinggalah hari ini. Asian Brilliant Stars telah memulakan satu dialog - dialog ini akan diteruskan pada masa depan."

Kim Ki Duk berkata, "Festival filem Big Three memilih banyak filem Asia yang luar biasa selama bertahun-tahun. Apa yang ditambahkan oleh Asian Brilliant Stars ialah perspektif Asia terhadap pemilihan filem dan suara yang lebih padu kepada para pembikin filem Asia."

Dari kiri ke kanan: Feng Xiaogang, Kim Ki Duk
Dari kiri ke kanan: Feng Xiaogang, Kim Ki Duk

Richard Shen, Setiausaha Agung Asian Film and Television Promotion, percaya bahawa "Asian Brilliant Stars bukan sekadar satu majlis penganugerahan, tetapi satu platform untuk mempromosikan Filem-filem Asia dan merapatkan jurang antara Asia dan dunia. Sekiranya budaya Asia ingin meraih pengaruh dalam dunia masa depan, ia juga memerlukan satu dialog dalaman."

Anugerah Asian Brilliant Stars Kali Ke-2:
Feng Xiaogang: Anugerah Khas Juri untuk YOUTH
Samuel Maoz: Anugerah Pengarah Terbaik untuk FOXTROT
Chutimon Chuengcharoensukying: Anugerah Pelakon Wanita Terbaik untuk BAD GENIUS 
Chang Chen: Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik untuk BROTHERHOOD OF BLADES II: THE INFERNAL BATTLEFIELD
Yan Geling: Anugerah Penulis Lakon Layar Terbaik untuk YOUTH
Zhang Yang: Anugerah Penerbit Terbaik untuk PATHS OF THE SOUL
Zhong Chuxi: Anugerah Bakat Baharu Asia untuk YOUTH

Senarai Filem Asian Brilliant Stars Kali Ke-2
Brotherhood of Blades II: The Infernal Battlefield (China)
Wolf Warriors II (China)
Path of The Soul (China)
Our Time Will Come (China)
Chasing the Dragon (China, Hong Kong)
Love Education (China, Hong Kong)
The Day After (Korea Selatan)
I Can Speak (Korea Selatan) 
Anarchist from Colony (Korea Selatan)
Grain (Turki, Jerman, Perancis, Sweden)
Foxtrot (Israel, Jerman, Perancis)
Dangal (India)
Pauwi Na (Filipina)
What a Wonderful Family! (Jepun)
The Third Murder (Jepun)
Mumon: The Land of Stealth (Jepun)
A Man of Integrity (Iran)
Youth (China)
Bad Genius (Thailand

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180223/2063154-1-a  
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180223/2063154-1-b  
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180223/2063154-1-c

Source: Asian Brilliant Stars
Keywords: Entertainment Film & Motion Picture Awards