BARCELONA, Sepanyol, 26 Februari 2018 /PRNewswire/ -- nubia, jenama telefon pintar inovatif yang dengan beraninya menakrifkan 'kurang-bezel' menerusi Z17S tanpa bucu dengan nisbah skrin-penuh 90.36%, bersedia menggemparkan industri telefon pintar sekali lagi di Kongres Dunia Mudah Alih 2018, menerusi 3 produk baharu yang pastinya akan mengukuhkan reputasi syarikat gergasi teknologi Cina itu dari segi reka bentuk telefon pintar yang cemerlang.
Pertama, nubia berasa teruja untuk memperkenalkan kemajuan terkini teknologi di makmal inovasi mereka. Dengan reka bentuk grafit karbon-nano dengan potongan-berlian dan ditembusi-cahaya, projek rahsia besar ini bersedia untuk diperkenalkan kepada orang awam.
Kedua, Z17miniS serba baharu akan membuat penampilan sulungnya yang amat dinanti-nantikan. Ia padat dengan spesifikasi berkualiti tertinggi, termasuk kamera dwi-kanta depan & belakang + NeoVision7.0 dikuasakan-AI, ciri-ciri kamera baharu seperti AI Portrait 2.0, lukisan cahaya, kamera-makro dan kamera-klon. Reka bentuknya menampilkan kaca melengkung empat-sisi dengan reaksi optik magis kaca silau. Ia merupakan satu keajaiban mini yang tidak boleh dilepaskan.
Akhir sekali, nubia akan mempamerkan pelbagai model baharu yang akan menyelesaikan teka-teki reka bentuk skrin-penuh/hayat-bateri pendek. Siri N/V baharu dengan skrin-penuh dan hayat bateri panjang telahpun tiba, yang dilengkapi dengan pemproses Qualcomm dan kapasiti RAM yang besar, maka pemain permainan mudah alih boleh bersiap sedia untuk memulakan permainan mereka.
Banyak kejutan menanti anda di MWC, yang mana nubia akan mempamerkan aksesori telefon pintar mewah dan produk & penyelesaian IoT. Pastinya akan ada desas desus berhubung tarikh prototaip 5G milik nubia akan membuat kemunculannya pada tahun 2018, memandangkan model-model 5G nubia rasmi bakal dilancarkan pada tahun 2019.
Tahun lalu, nubia meluaskan kehadirannya ke AS, India, Jerman, Sepanyol, Indonesia dan Thailand sewaktu memulakan perkongsian yang membuahkan hasil dengan Amazon, Mediamax dan juga Phone House. nubia turut membuat beberapa pelancaran produk yang berjaya termasuk Siri Z, M dan N - kesemuanya menunjukkan bahawa reruai nubia di MWC '18 harus dikunjungi.
Latar Belakang nubia
Ditubuhkan pada tahun 2012, nubia membawakan telefon pintar premium yang inovatif kepada pengguna yang ingin memanfaatkan sepenuhnya peranti mudah alih mereka. Menginspirasikan dunia untuk "Jadi Diri Sendiri," nubia terus meningkatkan gaya hidup menerusi teknologi boleh genggam yang lebih baik. Beribu pejabat di China, nubia beroperasi di seluruh dunia, termasuk Amerika Utara, Eropah dan Asia Tenggara. Jenama ini terkenal dengan ciri-ciri telefon pintar yang inovatif dan fungsi-fungsi fotografi mudah alih yang profesional.
Maklumat lanjut tentang nubia boleh didapati di laman sesawang rasmi: www.nubia.com/en. Ikuti @nubiasmartphone melalui Twitter, @nubiasmartphone melalui Instagram atau www.facebook.com/ nubiasmartphone untuk berita mutakhir.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180224/2064897-1