omniture

Festival Habanos XX Bermula Dengan Malam Dedikasi Robustos Reserva Cosecha 2014 Cohiba

HABANOS SA
2018-02-26 23:14 485

HAVANA, 26 Februari 2018 /PRNewswire/ --

  • Cohiba lancar Reserva Robustos Cosecha 2014 baharu
  • Pusing ganti Grupo Habanos cecah 500 juta dolar pada 2017, wakili pertumbuhan 12% pada kadar pertukaran tetap berbanding tahun sebelumnya

Festival Habanos bermula hari ini meraikan ulang tahun ke-20nya menghimpunkan para pencinta tembakau terbaik dunia di Havana dari 26 Februari hingga 2 Mac, waktu untuk mereka akan menikmati pelancaran baharu jenama-jenama Habanos.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:

https://www.multivu.com/players/uk/8279251-habanos-cohiba-robustos-reserve-cosecha/

Pada sidang akhbar, Leopoldo Cintra González, Naib Presiden Jualan di Habanos, S.A. dan Jose Maria López Inchaurbe, Naib Presiden Pembangunan di Habanos, S.A., menyampaikan pelancaran utama, menampilkan Robustos Reserva Cosecha 2014 (50 x 124 mm) Cohiba. Semua dedaun yang digunakan dalam pengeluarannya (pengisi dan pengikat) telah mengalami proses penuaan yang panjang selama tiga tahun. Siri baharu ini telah dikeluarkan dalam kuantiti yang sangat terhad, hanya 5,000 kotak bernombor yang menggambarkan keeksklusifan Cohiba. Pelancaran ini bakal menjadi bintang Malam Alu-aluan Festival pada malam ini di Salón de Protocolo El Laguito, di Playa.

Selain itu, Partagás Línea Maduro melancarkan dua vitola baharu dengan pembalut Maduro Maduro No 2 (55 x 120 mm panjang) dan Maduro No 3 (50 x 145 mm panjang) yang menyertai Maduro No 1 (52 x 130 mm panjang) vitola, sebagai sebahagian daripada portfolio tetap jenama.

Vitola baharu Le Hoyo Río Seco (56 x 140 mm panjang) daripada Hoyo de Monterrey menyertai Serie Le Hoyo yang meningkatkan rangkaian tolok cincin cerut yang berat. Tolok cincin cerut berat Centrofinos (50 x 130 mm panjang) vitola daripada jenama Vegueros juga menyertai portfolionya sekarang. 

Jam tangan Pilot Type 20 juga akan dipersembahkan – hasil dari kerjasama antara Habanos, S.A dan Zenith.

Grupo Habanos dalam tahun 2017 

Dalam tahun 2017, Grupo Habanos yang bertanggungjawab untuk pemasaran eksklusif dunia bagi 27 jenama Habanos, mencapai pusing ganti sebanyak 500 juta dolar, dengan pertumbuhan sebanyak 12% pada kadar pertukaran tetap, berbanding tahun sebelumnya.

Program Festival mengekalkan aktiviti-aktivitinya termasuk lawatan ke ladang-ladang dan kilang-kilang di Vuelta Abajo*, Pesta Komersil, Seminar Antarabangsa, sesi merasa dan sesi memadan, Pertandingan Habanosommelier Antarabangsa dan, buat pertama kalinya, Cabaran Habanos Dunia. Sesi merasa istimewa daripada Habanos akan diadakan bersama Torres Brandy.

Carla Lladó 
Tel: +34-669-54-69-09           
press.habanos@yr.com

     (Foto: https://mma.prnewswire.com/media/645477/XX_Habanos_Festival.jpg )

Source: HABANOS SA
Related Links:
Keywords: Tobacco New products/services