omniture

ZTE Teraju Pengkomersialan Penyelesaian 5G

ZTE Corporation
2018-02-27 17:25 572

SHENZHEN, China, 27 Februari 2018 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia antarabangsa utama bagi penyelesaian teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna untuk Internet Mudah Alih, hari ini memperkenalkan pencapaian terkininya dalam pengkomersialan 5G, ketersambungan 5G, perkhidmatan awan, aplikasi IoT selain produk-produk terminal baharu di Kongres Dunia Mudah Alih 2018 di Barcelona, lantas terus meningkatkan kepimpinan syarikat dalam inovasi 5G.

ZTE komited terhadap usaha pengkomersialan awal teknologi 5G. Pada awal tahun 2017, ZTE melancarkan rangkaian penuh penyelesaian pra-5G untuk jalur-jalur frekuensi tinggi dan rendah selain memulakan pelbagai ujian lapangan 5G yang luas. ZTE merancang untuk menggunakan penyelesaian pra-5G berdaya saing secara komersial menjelang akhir tahun 2018 diikuti dengan produk-produk 5G dalam rangkaian komersial pada separuh pertama tahun 2019, dan sudahpun bersiap sedia untuk membantu pengendali menggunakan rangkaian 5G.

Di MWC 2018, ZTE menonjolkan bagaimana syarikat bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi untuk memperkenalkan penyelesaian pengkomersialan 5G yang utama di dunia dan penentusahan teknologi utama, termasuk rangkaian ujian lapangan 5G paling berdaya saing secara komersial yang kini tersedia, ujian IoDT berbilang vendor berdasarkan piawaian 3GPP pertama dan penghirisan rangkaian komersial hujung-ke-hujung 5G gred pembawa yang pertama dalam industri.

Perlu diberi perhatian, Qualcomm, China Mobile dan ZTE dijadualkan untuk bersama-sama mendemonstrasikan apa yang dianggap sebagai sistem Pengujian Data Saling Boleh Operasi (IoDT) Radio Baharu (NR) 5G pertama dunia dengan sambungan data berdasarkan 3GPP Release 15. Sambungan data yang berjaya memperlihatkan pencapaian penting untuk penentusahan pantas berskala luas bagi teknologi NR 5G dan pengkomersialan, menyokong penggunaan rangkaian komersial 5G yang tepat pada masanya.

ZTE turut menonjolkan penyelesaian dan produk rangkaian hibrid 4G dan 5G yang dapat membantu pengendali menggabungkan dan menggunakan dengan pantas penyelesaian 5G dalam infrastruktur rangkaian 4G sedia ada mereka, selain produk-produk Pra-5G terkini yang mempunyai elemen-elemen gabungan pengkomersialan. Penyelesaian Pra-5G bersepadu dapat membina rangkaian 5G yang lengkap, mendayakan fungsi-fungsi rangkaian 5G, seni bina rangkaian 5G dan aplikasi perniagaan 5G. Penyelesaian 5G Flexhaul ZTE, membawakan ketepatan jam ultra tinggi dan kelengahan masa ultra rendah, selain telahpun melepasi ujian angkut balik dan angkut depan pada rangkaian pengendali, serta TITAN, platform penghalaan dan pengisyaratan berpusat yang menyediakan Angkut Depan 5G dan FMC (penumpuan tetap-mudah alih) dan juga menyokong penuh penyusunan semula rangkaian pada lapisan akses, akan membolehkan pengendali menggabungkan dan menggunakan rangkaian 5G dengan pantas.

Memandangkan kita bakal berdepan dengan masa bila mana kebanyakan perniagaan didayakan awan, maka ZTE akan mempamerkan kesemua infrastruktur awan 5G inovatif, rangkaian dan perkhidmatan awan, serta penyelesaian perniagaan didayakan awan di MWC 2018. Penyelesaian IP berasaskan SDN + vPIPE optik ZTE termasuk beberapa kes kegunaan perniagaan yang ilustratif selain platform pengkomputeran asas kelas pembawa turut ditonjolkan dalam acara ini.

Selain itu, penyelesaian kepintaran rangkaian ZTE yang menggabungkan kecerdasan buatan dan data besar, berserta perniagaan-perniagaan utama termasuk video besar dan IoT akan membantu pengendali berjaya secara komersial dalam era 5G.

Beralih kepada usaha ZTE dalam penyelesaian Internet Semua Benda, strategi "Cip, Rangkaian, Awan" IoT ZTE tidak lama lagi akan dilaksanakan pada platform global penyedia penyelesaian telekomunikasi. Di samping itu, platform IoT baharu ZTE yang dicipta dengan kerjasama pengendali-pengendali multinasional di serata dunia akan membuat kemunculan sulungnya dalam pameran ini. Syarikat turut mempamerkan aplikasi perniagaan termasuk lampu jalan pintar, tempat meletak kenderaan, bacaan meter dan pemantauan kualiti udara, dengan persediaan demonstrasi di Muzium Ekspo Dunia Shanghai sebagai prototaip.

ZTE ialah peneraju industri bagi rangkaian 5G generasi seterusnya yang akan menyediakan fungsi ketersambungan hebat untuk pengguna dan mendayakan ekosistem produk dan perkhidmatan serba baharu. Kepimpinannya dalam 5G membolehkan ZTE untuk memahami masa depan ketersambungan dan mereka bentuk peranti mudah alih yang mementingkan pengalaman pengguna dan dinamik rangkaian masa depan. Tahun ini di MWC 2018, ZTE Mobile Devices memperkenalkan telefon pintar 1.2 Gbps ZTE, yang bakal menjadi penanda aras industri untuk peranti 5G. ZTE akan melancarkan peranti mudah alih 5G menjelang akhir tahun 2018 atau awal tahun 2019. Tablet 5G, CPE dan telefon pintar kesemuanya sedang dibangunkan dan bakal dilancarkan tatkala pembawa utama seluruh dunia menyediakan perkhidmatan 5G kepada pengguna.

"Bersedia ke arah pengkomersialan, penyelesaian 5G ZTE bakal dilancarkan tidak lama lagi." Sebagai pelopor dalam era 5G, ZTE menjadikan pelancaran penyelesaian 5Gnya sebagai matlamat utama. Pada tahun lalu, pasukan penyelidikan dan pembangunan di ZTE berusaha bersungguh-sungguh melalui proses kreatif yang mana dalam proses tersebut, mereka mendapat idea dan cadangan penyelesaian, diikuti dengan peringkat R&D menerusi ujian dan penentusahan selain jalinan kerjasama dengan rakan-rakan kongsi industri untuk menyiapkan bukti konsep dari segi pengkomersialan.

ZTE menjangkakan ia menuju ke arah masyarakat digital dan transformasi pintar dalam masa depan terdekat dengan berganding bahu bersama pengendali dan pelanggan demi menyediakan penyelesaian 5G yang boleh dilaksana secara komersial yang dapat memberi manfaat kepada perniagaan dan pengguna.

Latar Belakang ZTE

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited menyediakan pengguna dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), produk dan perkhidmatan ZTE dijual kepada lebih 500 pengendali di lebih 160 negara. ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada hasil tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi penetap standard antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan merupakan ahli UN Global Compact. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zte.com.cn.

Perhubungan Media:

Margaret Ma                                                       
ZTE Corporation                                                 
Tel: +86 755 26775189                                      
Emel: ma.gaili@zte.com.cn

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Trade show news