omniture

StorageCraft dan Innovix Umum Perkongsian di Malaysia

StorageCraft
2018-02-27 17:34 322

Rakan-rakan kongsi baharu jangka saksikan pertumbuhan perniagaan hasil perkongsian

SINGAPURA, 27 Februari 2018 /PRNewswire/ -- StorageCraft®, yang mempunyai misi untuk melindungi semua data dan memastikan ketersediaannya yang berterusan, hari ini mengumumkan penandatanganan oleh Innovix Distribution bagi tujuan perkongsian di Malaysia. Kedua-dua syarikat melihat potensi pertumbuhan yang sangat baik hasil daripada hubungan ini.

Beribu pejabat di Hong Kong, Innovix Distribution beroperasi di Singapura, Malaysia, Hong Kong dan Macau merentasi 47 lokasi di Asia. Syarikat mempunyai portfolio yang melibatkan lebih 80 jenama ICT dan gaya hidup utama, dengan lebih 5,500 rakan kongsi saluran.

"Kami berbesar hati dapat menambah banyak pengedar seperti Innovix ke dalam pasukan berjaya kami," kata Jason Tan, pengurus serantau StorageCraft untuk Asia. "Kepakaran IT mereka selama lebih 20 tahun, disokong oleh rakan-rakan kongsi bermula dengan pengguna kecil-kecilan kepada pelanggan perusahaan dalam pelbagai pasaran, menawarkan pelbagai peluang yang menarik. Penyelesaian perlindungan data kami dapat melengkapi portfolio produk Innovix, dan kami berharap dapat meningkatkan penembusan pasaran bersama kami dalam berbilang segmen pasaran."

"Perkongsian kami bersama StorageCraft ialah satu hubungan strategik, dan kami komited untuk mencapai matlamat perniagaan kami pada tahun 2018 dan seterusnya," kata Thomas Teng, ketua Innovix Distribution. "Hubungan ini turut memberikan kami peluang untuk membangunkan kumpulan rakan kongsi baharu dan mencapai vertikal yang belum diterokai. Dengan memanfaatkan kekuatan masing-masing, kami dapat berkembang dan mengekalkan perniagaan yang menguntungkan."

Beliau menambah: "Innovix mempunyai pasukan yang memacu perniagaan untuk produk Awan seperti Microsoft Office 365 dan Azure. Pelesenan langganan StorageCraft akan dapat melengkapi tawaran Awan kami dan membantu meningkatkan jualan untuk kami. Menerusi sistem storan OneBlox StorageCraft dan ciri-ciri perlindungan dan pengurusan data yang inovatif, kami berupaya untuk menempa nama kami dan menyasarkan pasaran pertengahan hingga perusahaan selari dengan hala tuju kami serta struktur perusahaan baharu, untuk menumpu pada peluang-peluang perniagaan yang lebih besar."

Tan berharap pelanggan Innovix akan mendapat manfaat daripada tawaran unik StorageCraft dalam pasaran, menyediakan Penyelesaian Pengurusan Data Pintar untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia. Peralihan kepada awan dapat membantu memacu pertumbuhan dalam perlindungan data untuk aplikasi SaaS. Selain itu, penyelesaian StorageCraft untuk melindungi data Office 365 dilihat sebagai satu peralihan penting dalam pasaran untuk pelanggan Innovix memanfaatkan Himpunan Storan Azure sedia ada mereka.

Memandangkan Malaysia menjadi tuan rumah bagi perkongsian strategik awal antara StorageCraft dan Innovix, kedua-dua syarikat berharap agar akhirnya dapat meluaskan perkongsian Malaysia ke Hong Kong.

Ikuti StorageCraft: Twitter, LinkedIn dan Facebook

Latar Belakang StorageCraft
Kumpulan syarikat StorageCraft, ditubuhkan pada tahun 2003, menyediakan penyelesaian sandaran, pemulihan bencana, pemindahan sistem dan perlindungan data yang memenangi anugerah untuk pelayan, komputer meja, komputer riba dan aplikasi SaaS selain analitik data yang hebat. StorageCraft menyediakan perkhidmatan pasaran kesinambungan perniagaan dan pengurusan data melalui produk perisian yang dapat mengurangkan masa henti, meningkatkan tahap keselamatan dan kestabilan untuk sistem dan data, serta mengurangkan jumlah kos pemilikan. Untuk maklumat lanjut, layari www.storagecraft.com.

StorageCraft dan ShadowProtect ialah tanda dagangan StorageCraft Technology Corp. Nama-nama syarikat dan produk lain mungkin merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar pemilik masing-masing. Hak Cipta 2017 StorageCraft Technology Corp. Hak cipta terpelihara.

Maklumat Perhubungan:

Jock Breitwieser
StorageCraft Technology Corp.
+1 408.800.5625
jock.breitwieser@storagecraft.com

Jason Tan
StorageCraft Indo-Pacific Pty Ltd.
+65 9635 7110
Jason.tan@storagecraft.sg

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/339179/storagecraft_technology_corporation_logo.jpg

 

Source: StorageCraft
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Licensing/marketing agreements Data Analytics