omniture

Sidang Kemuncak Pengedar Global SANY 2018 capai kejayaan besar

SANY
2018-02-27 21:14 788

CHANGSHA, China, 27 Februari 2018 /PRNewswire/ -- Pada 8 Februari, SANY mengadakan Sidang Kemuncak Pengedar Global di Changsha, yang bertemakan "inovasi, perubahan, pendigitalan dan saling menguntungkan". Kira-kira 300 wakil pengedar global SANY dari 60 negara, seperti, AS, Jerman, India, Kuwait, Thailand, Afrika Selatan, dan lain-lain, berbicara dengan pengurusan atasan SANY untuk memahami sejarah, strategi antarabangsa dan pelan tiga tahunnya di masa hadapan. Mereka juga menerima program latihan produk SANY, membincangkan taktik pemasaran di pasaran luar negara dan pelan pembangunan yang saling menguntungkan. Dalam tempoh ini, Ibu Pejabat Antarabangsa Industri Berat SANY menandatangani perjanjian sasaran jualan bagi tahun 2018 dengan 61 pengedar, dengan itu memulakan babak baharu pembangunan antarabangsanya.

Pengarah Kumpulan SANY & Presiden Industri Berat SANY En. Xiang Wenbo, Pengarah Kumpulan SANY & Pengerusi Jentera Pam SANY En. Liang Linhe, Naib Presiden Industri Berat SANY & Pengerusi Jentera Pelabuhan SANY En. Fu Weizhong, Ketua Pegawai Eksekutif Rootcloud En. He Dongdong dan Pengarah Ibu Pejabat Antarabangsa Industri Berat SANY En. Zhou Wanchun, menghadiri aktiviti-aktiviti yang berkaitan dalam pertemuan tersebut.

SANY realisasikan pembangunan pesat dalam kehadiran antarabangsa

Mr. Xiang Wenbo,SANY Group Director & SANY Heavy Industry President delivers a speech
Mr. Xiang Wenbo,SANY Group Director & SANY Heavy Industry President delivers a speech

En. Xiang Wenbo membuat ucapan dasar di tempat utama Sidang Kemuncak Pengedar Global SANY bagi tahun 2018.

Pada mulanya, En. Xiang Wenbo, bagi pihak Pengerusi SANY En. Liang Wengen dan Lembaga Pengarah SANY, mengucapkan selamat datang kepada pengedar-pengedar luar negara, dan memberikan penghargaan tulus ikhlas terhadap sokongan mereka dan bantuan kepada SANY selama bertahun-tahun, dan memberikan restu Tahun Baru Cina kepada para pengedar dan peserta-peserta lain. Xiang Wenbo menegaskan bahawa, selama bertahun-tahun, para pengedar SANY di dunia telah membuat sumbangan cemerlang kepada SANY untuk menjadi syarikat terkemuka dalam Inisiatif Jalur dan Jalan. Hasil usaha bersepadu bersama semua pengedar, jualan dan keuntungan SANY berganda pada tahun 2017, dengan aliran tunai yang mencipta rekod baharu.

En. Xiang Wenbo menegaskan bahawa institusi pengurusan antarabangsa SANY mengalami pembaharuan dan transformasi penting dalam tahun 2017, yang melaksanakan idea operasi Pengerusi Liang Wengen yang ditampilkan oleh "dua pemisahan, pemanduan dua roda dan tiga gerabak". Pembaharuan ini membantu SANY dalam pertumbuhan pesat pembangunan antarabangsanya. En. Xiang berharap SANY dan semua pengedarnya melengkapkan dua tugasan pada tahun baharu akan datang. Pertama, roduk dengan daya saing mutlak, yang merupakan kewajipan SANY. Kedua, menyediakan perkhidmatan terbaik dan paling bertimbang rasa, yang merupakan kewajipan SANY dan para pengedarnya. Beliau berkata, "Marilah kita sama-sama bergandingan membina SANY menjadi sebuah syarikat bertaraf dunia."  

En. Zhou Wanchun memperkenalkan strategi antarabangsa dan rancangan tiga tahun SANY. Menurut rancangan ini, SANY bakal, dalam lima tahun, membangunkan SANY menjadi syarikat terkemuka bertaraf dunia dalam industri. Semasa Sidang Kemuncak, Ketua Pegawai Eksekutif Rootcloud En. He Dongdong membuat ucapan dasar tentang Rootcloud. Jabatan-jabatan Industri Berat SANY yang berkaitan membuat pembentangan tentang rancangan operasi antarabangsa SANY dan produknya.

Para pengedar berkata Summit memecah sempadan antara negara, bangsa dan budaya. Para peserta membincangkan pembangunan bersama,dan dengan itu meningkatkan kepercayaan bersama dan mendapat orientasi yang lebih jelas dan keyakinan yang lebih hebat untuk pembangunan antarabangsa SANY.

Mekanisme baharu rangsang kuasa baharu

Dalam rangka kerja sistem baharu, SANY menyediakan sokongan yang lebih langsung dan cekap kepada para pengedar sambil memberikan maklum balas lebih cepat kepada pasaran dalam tahun 2017. Lebih daripada 20 pengedar telah dinaik taraf atau dikontrakkan dalam tahun 2017. Sistem pengurusan baharu memastikan SANY mempunyai dinamik dan daya tenaga baharu dalam pembangunan antarabangsanya.

Hasil usaha bersepadu semua pengedar luar negara, SANY telah menganjurkan lebih 500 acara promosi, pertandingan dan pandu uji untuk memasarkan peralatannya di pasaran luar negara. Acap kali, ia menjemput para pelanggan utama dan besar ke ibu pejabat SANY dan pada masa yang sama menggesa penyeragaman kedai-kedai SANY. Perlu ditekankan bahawa pasukan-pasukan SANY "bekerja dan membuat keputusan" bersama-sama dengan para pengedar, dan oleh yang demikian memastikan kejayaan para pengedar SANY dan menyumbang kepada perniagaan SANY.

Perkongsian saling menguntungkan antara SANY dan para pengedar luar negaranya telah mencapai kejayaan yang tiada tandingan. Semasa Sidang Kemuncak itu, pengedar luar negara SANY yang cemerlang berkongsi pengalaman mereka dalam mencapai kerjasama yang berjaya dengan SANY. SANY menandatangani perjanjian sasaran jualan dengan 61 pengedar luar negara. Pada masa yang sama, SANY juga memuji 19 pengedar yang merupakan pemenang Bintang & Emas dan Pemenang Anugerah Khas bagi tahun 2017.

Menurut En. Zhou Wanchun, usaha para pengedar yang telah bekerja keras selama bertahun-tahun dan mereka merupakan kekuatan utama yang membantu SANY memperoleh pertumbuhan stabil di pasaran luar negara meskipun semua pertentangan dalam ekonomi dunia. Angka eksport di China mendedahkan bahawa peralatan konkrit, cerucuk, penggalian dan pengangkat SANY mengambil kedudukan utama dalam industri dari segi eksport, yang disumbangkan oleh kerja kuat dan sumbangan yang dibuat oleh pengedar luar negara SANY.

Di sebalik tabir kualiti terbaik SANY

Xiang Wenbo (5th,L) and Zhou Wanchun (3rd,L) take a photo with the 5-star gold dealer(4th,R)
Xiang Wenbo (5th,L) and Zhou Wanchun (3rd,L) take a photo with the 5-star gold dealer(4th,R)

Untuk membantu para pengedar SANY lebih memahami budaya SANY dan melihat sendiri kualiti peralatan SANY, para peserta telah dianjurkan untuk melawat Bengkel No. 18 di Taman Perindustrian Changsha SANY, yang dikenali sebagai Bengkel Demo untuk Pengilangan Pintar China, barisan pemasangan kren yang bertan kecil di Taman Perindustrian Ningxiang SANY, untuk melihat prestasi dan mencuba penggelek jalan dan kren.

Di Bengkel No. 18 dan barisan pemasangan kren bertan kecil di Taman Perindustrian Ningxiang SANY, pemandu memperkenalkan kepada para pengedar, dalam Bahasa Inggeris yang fasih, tentang produk-produk SANY seperti jentera konkrit, jentera jalan, kren dan jentera penggalian, dan lain-lain. Pengeluaran yang kurang pembaziran dan pengurusan pintar di SANY memberikan mereka impresi yang mendalam. Secara khusus, para pengedar benar-benar memahami kuasa SANY dalam pembuatan pintar selepas melihat barisan automatik trak pam dalam bengkel pintar.

Hampir 400 pelanggan global dan warga asing hadir di tempat itu untuk mengalami sendiri pemanduan penggelek jalan dan kren. Ketua-ketua Industri Berat SANY memperkenalkan prestasi dan kualiti cemerlang dua kategori produk SANY kepada para pengedar. Ramai pengedar juga mengendalikan penggelek jalan dan kren di tapak itu. Sewaktu ia berlangsung, mereka kagum dengan produk-produk baharu SANY yang berkualiti tinggi, berteknologi tinggi dan berorientasikan manusia, sehingga mereka tidak mahu turun dari jentera yang dikendalikan.

Para pengedar amat kagum dengan Sidang Kemuncak ini. Kesemua mereka percaya bahawa, SANY telah membantu mereka memahami SANY dengan lebih baik dan mempunyai keyakinan yang lebih mantap terhadap masa hadapan SANY, dengan itu meletakkan asas yang kukuh untuk kerjasama mereka yang lebih luas.

Kesemua peserta dan pengedar SANY, sama ada rakan baharu atau lama, mempunyai impian yang sama untuk menjual peralatan SANY ke seluruh dunia dan membina kemasyuran SANY di dunia. En. Xiang Wenbo benar-benar yakin bahawa, dengan usaha bersepadu, jenama SANY akan lebih dikenali dan SANY akan menyediakan produk yang berkualiti lebih baik dan perkhidmatan lebih cekap kepada dunia sambil mewujudkan nilai-nilai yang lebih besar untuk semua pihak.

Untuk butiran lanjut, sila hubungi: +86-731-8403-8018 atau lawati laman sesawang rasmi kami: http://www.sanyglobal.com/
Ikuti kami:
Facebook: SANY Group
WeChat: SanyWorldwide

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180226/2064904-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180226/2064904-1-b

Source: SANY
Keywords: Machinery Maritime/Shipbuilding Mining/Metals Transportation Trade show news