omniture

Precision Aviation Group (PAG) dan UTC Aerospace Systems tandatangani perjanjian MRO & pengedaran untuk Servo Rotor Utama & Belakang AS350

Precision Aviation Group
2018-02-27 23:01 306

ATLANTA, 27 Februari 2018 /PRNewswire/ -- Precision Aviation Group, Inc. (PAG), penyedia utama bagi produk dan perkhidmatan bernilai tambah untuk industri aeroangkasa dan pertahanan sedunia, dengan sukacitanya mengumumkan penandatangan perjanjian MRO & pengedaran terbaharu bersama UTC Aerospace Systems (UTAS) untuk servo rotor utama & belakang Airbus AS350. Perjanjian ini melibatkan pengedaran seluruh dunia bagi unit mampu ganti ditempat (LRU) dalam keadaan baharu dan dibaik pulih, kebenaran untuk membaiki servo di berbilang kemudahan PAG serta memasarkan Program Penambahbaikan Armada (FIP).

"Jaringan global PAG dan pelaburan besar dalam servo rotor utama & belakang UTAS akan menjadikannya mudah untuk pengendali Airbus AS350 mendapatkan alat ganti pada masa sebenar, dan akhirnya dapat mengurangkan masa henti pesawat," kata Ketan Desai, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran PAG. "Perjanjian ini meneruskan hala tuju strategik PAG untuk meningkatkan rangkaian sokongannya untuk OEM. Kami yakin hubungan yang dilanjutkan bersama UTAS ini akan memberi nilai tambah kepada pelanggan kami," tambah Desai.

UTC Aerospace Systems menawarkan pelbagai jenis penggerak helikopter untuk aplikasi kecil, sederhana dan besar atau untuk pasaran awam, komersial dan ketenteraan. Kedua-dua Penggerak Rotor Utama dan Belakang menggabungkan ciri-ciri terkini termasuk kemajuan terbaharu dalam injap-servo, injap solenoid, injap gelendong dan alat-alat pengesan termasuk antipenyesakan pada injap gelendong.

"UTC Aerospace Systems dengan sukacitanya mengalu-alukan PAG sebagai rakan kongsi strategik pengedaran dan pembaikan Peringkat 1/2 Penggerak Servo kami untuk Airbus AS350. PAG menawarkan sokongan masa sebenar pasaran dan keupayaan untuk menyediakan pengendali dengan servo UTAS berprestasi tinggi yang disediakan melalui Program Penambahbaikan Armada (FIP)," kata Ketua Bahagian Jualan dan Pembangunan Perniagaan, UTC Aerospace Systems, Robert Bennett.

Latar Belakang Precision Aviation Group:
Precision Aviation Group (PAG) ialah pembekal terkemuka bagi produk dan perkhidmatan bernilai tambah untuk industri aeroangkasa dan pertahanan sedunia. Menerusi sembilan lokasi dan lebih 260,000 kaki persegi kemudahan jualan dan perkhidmatan di Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Brazil dan Singapura, PAG menggunakan unit perniagaan yang berbeza dan model perniagaan yang berfokus pelanggan untuk berkhidmat kepada pelanggan penerbangan melalui dua fungsi perniagaan - Rantaian Bekalan Penerbangan dan perkhidmatan tanda dagangnya, Inventory Supported Maintenance, Repair and Overhaul (ISMRO®).
PAG menyediakan MRO dan Penyelesaian Rantaian Bekalan untuk pesawat bersayap Tetap dan Berputar melalui: Precision Heliparts – PHP (www.heliparts.com); Precision Aircraft Services – PAS (www.pas-pag.com); Precision Accessories & Instruments – PAI (www.precisionaccessories.com); Precision Heliparts Canada – PHP-C (www.heliparts.ca); Precision Accessories & Instruments Canada – PAI-C (www.precisionaccessories.ca); PHP-Instruments & Accessories – PHP-LA (www.heliparts.la); Precision Heliparts – Amerika Latin (www.precisionaviationgroup.com/php-br); Precision Aero Technology – PAT (www.precisionaerotechnology.com); Precision Heliparts – Australia – PHP-AU (www.precisionheliparts.com.au); Precision Accessories & Instruments – Australia (PAI-AU) (www.precisionaccessories.com.au); Precision Heliparts Singapore (PHP-S); dan Precision Aviation Controls, Inc. – PAC (www.precisionaviationcontrols.com). Subsidiari-subsidiari PAG memiliki keupayaan MRO melebihi 35,000 produk, termasuk aksesori, avionik, komponen enjin, hidraulik, peralatan, NDT, pemula /penjana, dan roda/brek (http://www.precisionaviationgroup.com).

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/338527/precision_aviation_group_inc_logo.jpg       

Source: Precision Aviation Group
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Contracts