omniture

Konsep Pemanas Patio Baharu Burda yang Menang Anugerah untuk Ruang Luar Bangunan Komersial dan Persendirian

Burda Worldwide Technologies GmbH
2018-02-28 08:00 598

ESCHBORN, Jerman, 28 Februari 2018 /PRNewswire/ --

Konsep pemanasan, pencahayaan dan penyejukan ruang luar dalam pelbagai saiz, warna dan konfigurasi - SISTEM MODULAR buatan syarikat Jerman Burda Worldwide Technologies yang menang anugerah, tawarkan penyelesaian unik pertama cipta suasana dan reka bentuk sempurna untuk teres, konservatori, bawah sengkuap dan ruang luar yang lain. Konsep pemanasan ruang luar yang dipatenkan ini baru sahaja menggondol anugerah Hadiah Inovasi untuk kemajuan teknikal di pameran perdagangan terkemuka dunia, R+T 2018, di Stuttgart.  

generated by system

generated by system

Sistem pemalam ini adalah yang pertama seumpamanya di pasaran, menggabungkan kepanasan segera daripada pemanas inframerah berkuasa tinggi, cahaya yang menyamankan daripada lampu LED dan suhu sejuk yang menyegarkan daripada muncung penyejuk, semuanya dalam satu unit. Setiap modul boleh digunakan berasingan atau boleh disambungkan dengan mudah kepada modul yang lain. SISTEM MODULAR boleh didapati dalam pelbagai warna dan saiz RAL untuk disesuaikan dengan reka bentuk dan keperluan hotel, restoran, persekitaran hospitaliti atau teres persendirian yang sedia ada.

SISTEM MODULAR - direka khas untuk suasana sempurna di teres, patio, konservatori dan bawah sengkuap

Elemen teras sistem pemalam ini ialah pemanas sinaran 2000 wat kalis air yang menyediakan kepanasan segera tanpa prapemanasan oleh gelombang pendek inframerah, dilengkapi dengan tiub SILAU ULTRA RENDAH yang berkuasa tinggi dan selesa bagi mata, serta mengurangkan silau sebanyak 80%. Pemanas ini boleh digabungkan dengan lampu LED jimat tenaga (3.5 wat) dan muncung penyejuk. Muncung PERFECTCLIME® perlu disambungkan ke pam air. Semburan halus ini dapat menurunkan suhu persekitaran sehingga 12-15°C. Modul tambahan lain sudahpun dalam perancangan.

Selain modul-modul tunggal, yang boleh dikonfigurasi mengikut kehendak pelanggan, syarikat ini juga menawarkan SET MODULAR pasang siap dengan kepanjangan tiga hingga lima meter dalam pelbagai versi.

Maklumat lanjut: http://www.burdamodular.com dan http://www.burdawtg.com

Hubungan editor:
Barbara Rübsam
Emel: br@burdawtg.de
Tel: +49-6173-324-24-23
Muat Turun Awan: https://goo.gl/SRNDbf

Source: Burda Worldwide Technologies GmbH
Keywords: HVAC