omniture

Laporan Tahunan Artprice bagi Pasaran Seni Global pada 2017: Alternatif Sebenar untuk Pasaran Kewangan, dengan China di Kedudukan Pertama

Artprice.com
2018-02-28 20:53 658

PARIS, 28 Februari 2018 /PRNewswire/ -- Laporan Tahunan Pasaran Seni Global ke-20 kami sekali lagi merupakan hasil daripada kerjasama antara Artprice, peneraju dunia bagi maklumat Pasaran Seni, ditubuhkan dan diarahkan oleh thierry Ehrmann, dan Artron, rakan kongsi institusi Cina yang hebat, diarahkan oleh Wan Jie. Hasilnya merupakan satu-satunya laporan pasaran seni yang benar-benar bersifat global yang menyediakan maklumat andal tentang pasaran seni Barat dan Timur.

Dengan mengumpulkan sumber-sumber mereka untuk menganalisis Pasaran Seni global dengan perincian yang belum pernah dilaksanakan sebelum ini, dua struktur kami menekankan bahawa persaingan sengit memacu pertumbuhan global bagi pasaran ini selain logik dan natijahnya. Tiada organisasi mahupun pasukan lain pada masa kini berupaya melakukan pemprosesan berkualiti tinggi yang sedemikian dan menafsirkan meta data makroekonomi dan mikroekonomi dalam persekitaran Data Besar.

Laporan 18 bab tersebut mengandungi kedudukan pelukis 500-Teratas Artprice yang terkenal masa kini mengikut pusing ganti lelongan tahunan, keputusan lelongan 100 Teratas pasaran, indeks Artprice100® serba baharu kami – satu kemestian untuk kamar dagangan -, seleksi indeks pasaran Artprice dan pelbagai analisis terperinci setiap negara, hab-pasaran, tempoh kreatif dan medium seni.

Muat turun percuma di Artprice.com

https://www.artprice.com/artprice-reports/the-art-market-in-2017

https://zh.artprice.org/artprice-reports/zh-the-art-market-in-2017

Menunjukkan pertumbuhan amat kukuh pada 2017, Pasaran Seni memasuki era baharu 

Pusing ganti lelongan Seni Halus cecah $14.9 bilion sepanjang tahun 2017

Pusing ganti global meningkat +20% berbanding tahun sebelumnya

Pertumbuhan yang diukur pada separuh pertama (+9%) menjadi pertumbuhan kukuh pada separuh kedua (+32%)

Di peringkat dunia, 502,900 karya seni dijual kepada umum pada tahun 2017 (+3%)

Kadar tidak terjual keseluruhan ialah 34% (berbanding 36% pada tahun 2016)

Indeks harga karya seni global Artprice mengakhiri tahun lalu dengan stabil berbanding pada tahun 2016

Rekod lelongan Seni Halus sepanjang zaman menakjubkan yang terkini ialah $450 juta untuk Salvator Mundi oleh Leonardo da Vinci, yang memperlihatkan permulaan era baharu untuk Pasaran Seni yang mana pencapaian penting yang seterusnya adalah pada nilai ambang $1 bilion. Sementara itu, kita bakal menyaksikan hasil antara $179 juta dan $450 juta dalam tahun 2018.

China kekal sebagai pasaran teratas dunia dengan pusing ganti sebanyak $5.1 bilion: 34.2% daripada jumlah global

Amerika Syarikat menduduki tempat kedua dengan $4.9 bilion

5 pasaran teratas dunia kesemuanya menunjukkan pertumbuhan pusing ganti:

China +7%, AS +42%, UK +18%, Perancis +35%, Jerman +12%

Perancis (di tempat keempat) menyumbang 5.3% pusing ganti global dengan $784 juta, mendahului pusing ganti Jerman sebanyak $256 juta, namun masih jauh ketinggalan di belakang tiga pasaran utama. Pusing ganti Perancis meningkat +35%, namun pertumbuhan ini pada dasarnya dihasilkan oleh firma-firma lelongan Anglo-Saxon, Christie's dan Sotheby's.

Christie's ialah firma lelongan yang terkemuka di dunia dengan jumlah lelongan sebanyak $4.4 bilion mendahului Sotheby's dengan $3.4 bilion

Di China, Poly Auction ($1 bilion) mengatasi China Guardian ($815 juta)

Trend 

Indeks 500 Teratas global 2017 Artprice mengandungi 231 pelukis Eropah, 162 pelukis Asia dan 82 pelukis Amerika Utara

10 Teratas melibatkan 4 pelukis Cina, 3 pelukis Eropah dan 3 pelukis Amerika

Tahun 2017 menyaksikan rekod lelongan baharu untuk banyak individu berprofil tinggi dalam Sejarah Seni

Prestasi kewangan 

Jualan ulangan** menghasilkan purata pulangan tahunan antara 5.5% dan + 8.3%

Dalam jangka masa panjang, karya seni yang dibeli daripada nilai $200,000 hingga $1 juta menjana pulangan tahunan terbaik: 8.3%

** Karya seni yang sama dibeli dan dijual semula di acara lelongan semasa tahun 2017

Artprice100© "Kapitalis Wall Street memasuki Pasaran Seni"

Artprice100® menunjukkan perkembangan +360% sejak tahun 2000, dengan purata pulangan tahunan sebanyak 8.9%

Disemak semula setiap tahun, indeks baharu ini menggantikan 4 pelukis pada tahun 2017

Ia merangkumi seorang pelukis Cina (Zhang Daqian) pada tahun 2000, berbanding 18 pada tahun 2017

Pemacu pertumbuhan ini ialah kemudahan akses kepada maklumat Pasaran Seni, jualan elektronik (98% daripada peserta pasaran terhubung dengan Internet), pembiayaan kewangan pasaran, peningkatan populasi pengguna seni yang semakin muda (bermula dengan 500,000 pada tahun 1950-an kepada 90 juta pada tahun 2017) dan peluasan pasaran kepada semua benua.

Pertumbuhan industri muzium turut memainkan peranan yang amat penting. Dengan lebih 700 muzium baharu dibuka saban tahun, industri muzium menjadi suatu realiti ekonomi global pada Abad ke-21. Lebih banyak muzium dibuka antara tahun 2000 dan 2014 berbanding dua abad lalu, dan permintaan terhadap karya seni berkualiti muzium ialah salah satu faktor penting bagi pertumbuhan hebat dalam Pasaran Seni. Pasaran Seni kini merupakan pasaran yang matang dan cair, menawarkan pulangan 8% setiap tahun bagi karya seni yang dibeli melebihi nilai $200,000.

Pada tahun 2017, persaingan sengit antara China dan AS menjana pertumbuhan pesat di Barat, namun mengesahkan peranan China sebagai pasaran global yang terkemuka untuk karya seni meskipun pertumbuhan AS adalah +42%. Dominasi China diperkukuh dengan hanya $0.2 bilion berbanding AS. Seni jelas sekali menjadi unsur penting dalam sumber-sumber Pendekatan Halus Amerika Syarikat dan China, dan pada skala yang lebih kecil, Qatar dan UAE.

Keulungan China juga sekali lagi dapat dilihat dalam kedudukan kami bagi 500 pelukis teratas dunia mengikut pusing ganti lelongan tahunan. Pelukis-pelukis China mewakili 32.4% daripada jumlah keseluruhan berbanding hanya 16.4% untuk pelukis-pelukis Amerika.

Dalam konteks yang mana bank-bank pusat melaksanakan kadar faedah negatif, Pasaran Seni menikmati pencapaian yang membanggakan. Indeks Artprice100® baharu, yang merangkumi 100 pelukis Teratas dalam ketiga-tiga segmen utama: Pelukis Agung, Moden dan Kontemporari, dari serata dunia, menunjukkan perkembangan sebanyak +360% sejak tahun 2000. Walau bagaimanapun, tahap pulangan ini tidak terhad hanya kepada hasil karya oleh pelukis-pelukis ternama. Analisis kami menunjukkan purata hasil tahunan bagi karya seni yang dibeli melebihi had nilai $20,000 adalah sekitar 5.5%.

Internet kini menjadi forum utama dan definitif untuk pengendali lelong seluruh dunia yang menggunakannya untuk menggabungkan bahagian pasaran mereka di seluruh benua. Daripada 6,300 syarikat lelong seluruh dunia, 98% daripadanya kini mempunyai kehadiran dalam Internet (berbanding hanya 3% pada tahun 2005).

Pasaran Seni ialah pasaran yang cekap, bersejarah dan bersifat global yang mana kebolehannya untuk bertahan terhadap krisis ekonomi dan geopolitik kini sama sekali tidak diragui. Sepanjang 18 tahun lalu, ia telah mengatasi kebanyakan pasaran kewangan utama dunia dengan margin yang besar.

Hak Cipta 1987-2018 thierry Ehrmann

Latar Belakang Artprice: 

Artprice tersenarai dalam Eurolist oleh Euronext Paris, SRD long only dan Euroclear: 7478 - Bloomberg: PRC - Reuters: ARTF.

Artprice menyambut ulang tahunnya yang ke-20

Terokai Artprice melalui video: https://www.artprice.com/video

Artprice ialah peneraju global bagi bank data untuk harga karya seni dan indeks karya seni. Ia mempunyai lebih 30 juta indeks dan hasil lelongan merangkumi lebih 700,000 pelukis. Artprice Images(R) memberi akses tanpa had kepada sumber Pasaran Seni terbesar di dunia: pustaka dengan 126 juta imej atau cetakan karya seni dari tahun 1700 hingga ke hari ini, berserta ulasan daripada sejarawan seni Artprice.

Artprice kekal memperkayakan bank datanya dengan maklumat daripada kira-kira 6,300 pengendali lelong dan ia menyiarkan aliran berterusan bagi trend pasaran seni untuk agensi-agensi berita utama di dunia serta kira-kira 7,200 penerbitan akhbar antarabangsa. Bagi 4,500,000 ahlinya, Artprice memberi akses kepada Pasaran Seragam yang utama di dunia untuk membeli dan menjual karya seni. Artprice sedang mempersiapkan rantaian bloknya untuk Pasaran Seni.

Terokai Alkimia dan alam semesta Artprice http://web.artprice.com/video, yang mana ibu pejabatnya merupakan Muzium Seni Kontemporari yang terkenal, Abode of Chaos http://goo.gl/zJssd

https://vimeo.com/124643720

https://www.facebook.com/la.demeure.du.chaos.theabodeofchaos999

Siaran akhbar Artprice: http://serveur.serveur.com/Press_Release/pressreleaseen.htm 

http://twitter.com/artmarketdotcom & http://twitter.com/artpricedotcom

https://www.facebook.com/artpricedotcom

https://plus.google.com/+Artpricedotcom/posts

http://artmarketinsight.wordpress.com/

Hubungi: Josette Mey - e-mel: ir@artprice.com

Sumber: Artprice.com

Source: Artprice.com
Related Stocks:
EuronextParis:PRC
Related Links:
Keywords: Art Computer/Electronics Electronic Commerce Publishing/Information Service Web Site