omniture

Huawei Lancar Penyelesaian Rangkaian Didorong-Niat Bantu Perusahaan Bina Platform Rangkaian Digital

Huawei
2018-02-28 21:24 728

BARCELONA, Sepanyol, 28 Februari 2018 /PRNewswire/ -- Di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2018, Huawei melancarkan penyelesaian Rangkaian Didorong-Niat. Penyelesaian ini akan merapatkan jurang antara rangkaian fizikal dan matlamat perniagaan dengan mewujudkan kembar digital bagi infrastruktur rangkaian. Melalui pemahaman hasrat perkhidmatan, pelaksanaan dasar rangkaian yang automatik dan pengoptimuman yang berterusan, penyelesaian ini dapat menyediakan pengalaman terunggul untuk setiap pengguna dalam setiap aplikasi pada setiap detik dan dapat memberi pertahanan terhadap serangan tidak diketahui yang sentiasa ada, membangunkan platform rangkaian digital yang pintar, ringkas, dengan jalur lebar ultra, selamat dan terbuka untuk perusahaan.

Tinjauan terkini[1] Gartner melibatkan 3,160 Ketua Pegawai Maklumat (CIO) daripada 15 industri menunjukkan, secara purata, pendigitan menyumbang kepada kira-kira 20% daripada pendapatan perusahaan mereka, dan terdapat kira-kira 35% proses perniagaan yang telahpun didigitalkan. Tranformasi digital perusahaan semakin bergantung pada pembangunan Internet Komunikasi Benda (IoT) dan dibentuk semula oleh kecerdasan buatan (AI), Data Besar dan teknologi awan, seterusnya menjadikan persepsi pengalaman pengguna masa sebenar, pengoptimuman adaptif dan operasi prediktif amat penting untuk meningkatkan kecekapan transformasi digital perusahaan.

Penyelesaian Rangkaian Didorong-Niat Huawei memperkenalkan teknologi-teknologi Data Besar dan AI dalam Rangkaian Semua-Awan. Penyelesaian ini dipacu oleh strategi-strategi logik dan perkhidmatan perniagaan berkaitan pengalaman pengguna akhir, bagi membantu syarikat-syarikat perusahaan membina rangkaian digital bertumpu pengguna.

Kevin Hu, Presiden Huawei Network Product Line, lancar penyelesaian Rangkaian Didorong-Niat Huawei
Kevin Hu, Presiden Huawei Network Product Line, lancar penyelesaian Rangkaian Didorong-Niat Huawei

Penyelesaian Rangkaian Didorong-Niat oleh Huawei mendayakan pengautomatan dan kepintaran tahap tinggi bagi senario tertentu, termasuk pengenalpastian hasrat perniagaan yang proaktif, konfigurasi rangkaian hujung-ke-hujung secara automatik, persepsi pengalaman pengguna masa sebenar, analisis prediktif dan pengoptimuman proaktif. Rangkaian Didorong-Niat juga berfungsi sebagai platform perusahaan terbuka berorientasikan industri. Ia menyediakan API terbuka yang luas, instrumen pembangunan dan pengaturcaraan serta aplikasi perindustrian disahkan, bagi membangunkan ekosistem aplikasi yang luas.

Kevin Hu, Presiden Huawei Network Product Line, berkata, "Penyelesaian Rangkaian Didorong-Niat oleh Huawei akan menumpu pada pengalaman pengguna dan memenuhi kehendak pengguna akhir dengan berkesan berkaitan pengalaman pengguna untuk membolehkan perusahaan menerima masyarakat pintar bagi ketersambungan semua benda dan mencapai kejayaan dalam perniagaan."

[1]:Gartner "The 2018 CIO Agenda: Mastering the New Job of the CIO" (Agenda CIO 2018: Menguasai Pekerjaan Baharu Ketua Pegawai Maklumat) oleh Andy Rowsell-Jones, Tomas Nielsen dan lain-lain (29 September 2017)

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180227/2066564-1

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services Trade show news