omniture

Pameran Papan Iklan dan LED Antarabangsa 2018 Bakal Bawakan 1,800 Pemimpin Industri ke Guangzhou

International Signs and LED Exhibition
2018-03-01 03:28 483

GUANGZHOU, China, 1 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Pameran Papan Iklan dan LED Antarabangsa 2018 (ISLE 2018), acara terbesar dunia untuk peralatan pengiklanan canggih, akan berlangsung mulai 3-6 Mac di Guangzhou, China. Pameran ini dijangka akan menghimpunkan lebih 1,800 pempamer daripada kalangan pengeluar utama, 200,000 pengunjung dari seluruh dunia dan bakal mengadakan lebih 20 forum bagi membincangkan trend industri terkini.

Menampilkan paparan dan aplikasi LED, jentera ukiran, peti lampu dan pencetakan skrin, ISLE 2018 akan menghimpunkan para pemimpin industri dari serata dunia dan bertindak sebagai platform premium untuk industri-industri pengiklanan dan LED.

"Ia menjadi misi kami untuk membantu para peserta memperoleh maklumat pasaran dan menerima kedinamikan industri dan teknik-teknik utama," kata En. Lee Yingjie, Pengarah ISLE. "Kami membawakan kepada para pengunjung pengalaman pembelian sehenti dan penyelesaian bersepadu yang dapat memberi lebih nilai kepada platform profesional ini."

ISLE 2018 akan turut melibatkan era baharu untuk Teknologi & Aplikasi Paparan Komersial, bagi menyediakan penyelesaian bersepadu. Syarikat-syarikat yang baru ditampilkan termasuk An Shan DAE WHA Display dan GKG Precision Machine Co., LTD., pembekal mesin pempakejan LED utama dan vendor terbesar untuk pencetak perekat pateri automatik di China.

YES TECH, pengeluar paparan LED profesional, akan turut mempamerkan produk paparan LED terkininya, yang telahpun diperkenalkan dalam Sukan Olimpik London, Piala Dunia Brazil, Sukan Asia Incheon dan Ekspo Milan. Selain itu, Linsn Technology yang mantap dalam pelbagai bidang merangkumi paparan LED, perisian komputer, teknologi multimedia dan produk terminal digital akan turut hadir ke pameran ini.

ISLE akan turut mengadakan forum empat hari yang bertumpu pada topik trend Papan Iklan & LED. Tema-tema khusus termasuk, "Paparan Inovatif - Masa Depan Pintar" oleh Absen; "Yejibang: Teknologi Baharu Skrin Besar" oleh Yejibang; aktiviti siri "Ukiran Kata-kata di China & Bengkel Papan Iklan", dan "Cara untuk Mengembangkan Pasaran Jepun" oleh En. Kawata Hiroyuki. Terdapat juga Penerangan untuk "Pawagam LED" dan "Pawagam 3D LED" yang disampaikan oleh En. Li Chao yang merupakan pakar pengurusan kakitangan pertama di negara ini dalam industri LED.

Butiran acara tambahan:

Latar Belakang ISLE

Pameran Papan Iklan dan LED Antarabangsa 2018 (ISLE) ialah platform penyelesaian rantaian industri LED yang bersepadu sepenuhnya untuk papan iklan profesional, berkarisma dan pintar. Untuk maklumat lanjut, layari: http://en.isle.org.cn/  

Source: International Signs and LED Exhibition
Related Links:
Keywords: Advertising Computer/Electronics Trade show news Future Events