omniture

Pada kadar 23.6%, pengeluar solar Cina LONGi Solar pecah rekod dunia sendiri bagi kecekapan tertinggi sel solar PERC monohabluran

LONGi Solar
2018-03-01 12:09 892

TOKYO, 1 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Pengeluar solar Cina LONGi Solar Technology Co., Ltd. ("LONGi Solar") mengadakan sidang akhbar di Jepun pada 28 Februari 2018, yang mana syarikat mengumumkan bahawa ia telah mencatat rekod kecekapan penukaran sebanyak 23.6% menerusi sel-sel solar sentuhan belakang pemancar mempasif (PERC) monohabluran, seperti yang diperakui oleh Pusat Pengawasan dan Pemeriksaan Kebangsaan China untuk Kualiti Produk Fotovolta Solar (CPTV). Pengeluar sel solar berkenaan bukan sahaja memecahkan rekodnya sendiri, tetapi terus menjadi pengeluar sel solar PERC monohabluran yang terkemuka di dunia dengan kadar kecekapan tertinggi.

Laporan CPVT menunjukkan kecekapan penukaran sel-sel solar PERC monohabluran LONGI Solar mencatat rekod 23.26%
Laporan CPVT menunjukkan kecekapan penukaran sel-sel solar PERC monohabluran LONGI Solar mencatat rekod 23.26%

Sepanjang dua tahun lalu, teknologi PERC monohabluran, dengan kelebihan yang berbeza dari segi prestasi dan kos, semakin digemari dan diikiraf dalam seluruh industri sel solar, satu sektor yang memiliki keperluan kecekapan yang lebih tinggi disebabkan oleh desakan dalam kalangan pengeluar kuasa solar untuk mengurangkan kos setiap jam kilowatt kuasa solar dan mencapai pariti grid. Hasilnya, semakin banyak pengeluar sel solar yang mula mengeluarkan sel-sel PERC monohabluran.

"LONGi Solar telahpun menumpu pada usaha penyelidikan & pembangunan (R&D) sel-sel dan modul-modul solar monohabluran sebagai sebahagian daripada usahanya untuk mencetuskan kemajuan penting dalam teknologi monohabluran. Sejak Oktober 2017, LONGi Solar telah memecah rekod dunia sebanyak tiga kali dari segi kecekapan penukaran sel-sel solar monohabluran," kata Dr. Li Hua, naib presiden penyelidikan dan pembangunan LONGi Solar. "Syarikat mencatat rekod dunia baharu iaitu 23.6% bagi tahap kecekapan pada awal tahun 2018, setelah diumumkan pada 27 Oktober 2017 bahawa ia telah mencatat rekod dunia menerusi 23.26% kecekapan, mengatasi kecekapan tertinggi yang dipercayai oleh penganalisis industri mampu dicapai oleh sel-sel PERC. Pencapaian ini merupakan satu lagi bukti teknologi utama LONGi Solar dalam sel-sel monohabluran."

"Rancangan LONGi Solar adalah untuk terus membuat pelaburan besar dalam sel-sel PERC monohabluran, untuk meluaskan pengeluaran dengan pantas bagi memenuhi peningkatan permintaan terhadap sel-sel berkecekapan tinggi dan untuk mencapai pengeluaran sel secara besar-besaran dengan kadar kecekapan penukaran melebihi 22 peratus, bagi memberikan lebih nilai kepada pelanggannya," ujar presiden LONGi Solar Li Wenxue.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180227/2064082-1

Source: LONGi Solar
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities